semua tanah merdeka pasti ada hari istimewa yang mereka sambut untuk memperingati detik tersebut. malaysia menyambut hari merdeka pada tiap 31 ogos, dan hari malaysia pada 16 september saban tahun. hari di mana jalur gemilang berkibar megah di serata pelusuk negara.
di dubai, sambut hari kebangsaan emiriyah arab bersatu (UAE - united arab emirates) juga tidak kurang meriahnya. 2 september 1971 merakam hari bersejarah di mana 7
emirates - abu dhabi, dubai, sharjah, ras al-khaimah, fujairah, ajman dan umm al-quwain bersatu di bawah payung UAE.
UAE dipimpin oleh presidennya, sheikh khalifa bin zayed al-nahyan, bersama
timbalan presiden merangkap perdana menteri sheikh mohammed bin rashid al-maktoum, yang juga pemimpin dubai.
sheikh khalifa & sheikh mohammed
aku yang tinggal kat dubai ni pun
join sekali memeriahkan! tambahan pulak si kecik kahfi tu lahir di dubai! yang lawaknya, kalau ade je iklan hari kebangsaan di tv, kahfi mesti
stop main dan tepuk tangan. maklumla, rase dia tu
part of uae!
khaleef bergaya bersama bendera UAE
macam kat malaysia jugak, rata-rata sibuk hias bangunan masing-masing dengan bendera UAE, dan potret wajah pemimpim-pemimpin UAE. kalau kat kereta pun paling tidak ade letak bendera kecik, atau ikat riben kaler hitam, merah, hijau, kuning di pintu kereta.

kami sekeluarga ke
mall of emirates, pernah jadi pusat membeli belah terbesar di dunia sebelum
dubai mall dibuka. saje jalan-jalan hari cuti, tengok gelagat rakyat uae sambut hari kebangsaan. kalau tulis ucapan di
guest book, dapat bendera percuma! kena tulis ucapan, nama dan tempat asal.
'happy national day, UAE. god bless! love from khairul, syigim, khaleef & kahfi. MALAYSIA'
aku tulis 'malaysia' tu besar-besar. bangga lah!

tiba-tiba ade bunyi orang buat
sound check yang sangat bising.
shoppers dah mula berkumpul. ada
show ke? ok, maaf la aku tak kenal diorang ni sape, tapi memang artis popular di uae. diorang rap lagu memuji negara mereka, sambil pakai baju kebangsaan arab, dan warna bendera di bahu.
tak dengar butiran lagu tu, pasal sound system memang agak lemah dengan bergaung suma! tapi
beat memang rancak dan ramai yang
enjoy nampaknya!

kalau korang perasan kat bahu artis-artis tu ada selempang yang pakai di bahu tu, yang macam bendera diorang - memang ramai rakyat uae yang bergaya dengan selempang tu kalau keluar berjalan di hari kebangsaan. lelaki yg berpakaian moden atau tradisional; malah wanita-wanita arab yang serba hitam abaya pun ada yang pakai selempang tu di bahu.
itu dah jadi macam uniform mereka di hari kebanggaan mereka ni.
kat malaysia ada tak yang pakai songkok jalur gemilang atau selendang, berjalan-jalan di
one utama atau
midvalley mega mall?
* * *
malamnya, kami ke
the walk, dubai marina - jalan kaki je sebab jalan teramat jem, lorong nak masuk ke
the walk memang bagai tak bergerak. apa taknya, di tengah-tengah the walk tu, warga dubai marina berdiri di sepanjang kaki lima tu, menunggu kereta-kereta mewah lalu dengan sebahagiannya terhias menarik dan unik sempena hari kebangsaan.

memang penuh. memang sesak. memang meriah.
paling kelakar (dan punca utama menyebabkan jem) ada sekumpulan anak muda dubai siap menunggu kereta-kereta yang lalu lalang, pehtu diorang sembur
snow spray yang guna untuk hiasan cermin masa christmas tu atas cermin kereta-kereta yang lalu tadi.
target diorang pastinya anak-anak muda jugak terutamanya yang memandu sambil tingkap terbukak - habis kena
spray! tapi ada jugak
driver keta yang bawak
spray sendiri. abih la mamat-mamat
spray tu yang kena
spray balik!
crowd suka dan gelak-gelak sambil bersorak. kalau yang bawak keta tu awek arab, lagi lah diorang nak
spray!
diorang stopkan keta, sembur-sembur sampai keta tu try escape
namun awas - ade pakcik-pakcik arab
otai yang cuma angkat tangan buat muka
macho sikit dan mamat-mamat arab tadi hormat dan tak
spray. mane taknya ade yang bawak
maserati! selamba ko nak spray keta yang harga juta-juta! ada yang taknak di spray pun diorang jugak akan
horn. mamat-mamat
spray tu pun bukannya budak-budak jahat. diorang memang seronok-seronok je.
pada aku, ala
rileklah. bukannya sembur cat yang susah nak hilang.
all in the name of fun! kalau aku yang
drive aku lagi jerit la, "
spray my car! spray my car!" hihi.
lama lepas tu, polis pun datang kasitau mamat-mamat tu supaya mintak kebenaran dulu sebelum
spray. jangan main
spray je. alamak, hilang la
thrill! jadi kejap je mamat-mamat tu
spray balik - lepas tu agak bosan kot, jadi diorang
stop dan blah. masing-masing terus naik moto-moto besa ducati kat tepi jalan tu.
tu lah dubai. mat rempit diorang pun bawak
ducati tau! haha.

kereta yang lalu kat dubai marina
the walk ni bukan calang-calang. ada yang (menurut mr. khairul) terlampau la mahalnya sampaikan ade 20 je dijual di dunia ni. dan korang bole nampak keta tu lalu selamba je kat sini. maserati ke, bentley ke - malahan kalo
ferrari tu dah biase sangat nampak kat tengah jalan. takyah pegi sepang!
pak-pak arab ni boleh tahan beria jugak dalam menghiaskan keta diorang sempena hari kebangsaan. banyak yang bubuh sticker bendera negara, letak riben dan gantung potret wajah pemimpin uae.
ada keta ni
cute sangat dia guna bulu-bulu macam penyanyi cabaret tu, kaler hijau, merah, hitam, putih - dan lekat kat keliling keta dia. comel sangat nampaknya. ade satu lagi, dia
bedazzlekan hummer hitam dia - bubuh manik-manik kilat
all over keta dia! cool gile dan memang bila hummer tu stop, berambat orang pegi dekat untuk amik gamba.
setahun sekali kereta-kereta ni bergaya betul!

tu lah pengalaman menyambut hari kebangsaan negara lain - tak kurang dan tak lebihnya dari kita rakyat malaysia. bendera sini sana, berpesta, riuh pikuk mereka sama dengan kita! hari ni memang hari gembira, hari menyambut hari kelahiran negara masing-masing - pastinya kemeriahan yang tak terkata.
ok, selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 38, UAE. terima kasih kerana menerima kami sebagai tetamu sementara di negara padang pasir ni!