di dubai, sambut hari kebangsaan emiriyah arab bersatu (UAE - united arab emirates) juga tidak kurang meriahnya. 2 september 1971 merakam hari bersejarah di mana 7 emirates - abu dhabi, dubai, sharjah, ras al-khaimah, fujairah, ajman dan umm al-quwain bersatu di bawah payung UAE.
UAE dipimpin oleh presidennya, sheikh khalifa bin zayed al-nahyan, bersama timbalan presiden merangkap perdana menteri sheikh mohammed bin rashid al-maktoum, yang juga pemimpin dubai.
aku yang tinggal kat dubai ni pun join sekali memeriahkan! tambahan pulak si kecik kahfi tu lahir di dubai! yang lawaknya, kalau ade je iklan hari kebangsaan di tv, kahfi mesti stop main dan tepuk tangan. maklumla, rase dia tu part of uae!
macam kat malaysia jugak, rata-rata sibuk hias bangunan masing-masing dengan bendera UAE, dan potret wajah pemimpim-pemimpin UAE. kalau kat kereta pun paling tidak ade letak bendera kecik, atau ikat riben kaler hitam, merah, hijau, kuning di pintu kereta.
kami sekeluarga ke mall of emirates, pernah jadi pusat membeli belah terbesar di dunia sebelum dubai mall dibuka. saje jalan-jalan hari cuti, tengok gelagat rakyat uae sambut hari kebangsaan. kalau tulis ucapan di guest book, dapat bendera percuma! kena tulis ucapan, nama dan tempat asal.
'happy national day, UAE. god bless! love from khairul, syigim, khaleef & kahfi. MALAYSIA'
aku tulis 'malaysia' tu besar-besar. bangga lah!
tiba-tiba ade bunyi orang buat sound check yang sangat bising. shoppers dah mula berkumpul. ada show ke? ok, maaf la aku tak kenal diorang ni sape, tapi memang artis popular di uae. diorang rap lagu memuji negara mereka, sambil pakai baju kebangsaan arab, dan warna bendera di bahu.
tak dengar butiran lagu tu, pasal sound system memang agak lemah dengan bergaung suma! tapi beat memang rancak dan ramai yang enjoy nampaknya!
kalau korang perasan kat bahu artis-artis tu ada selempang yang pakai di bahu tu, yang macam bendera diorang - memang ramai rakyat uae yang bergaya dengan selempang tu kalau keluar berjalan di hari kebangsaan. lelaki yg berpakaian moden atau tradisional; malah wanita-wanita arab yang serba hitam abaya pun ada yang pakai selempang tu di bahu.
itu dah jadi macam uniform mereka di hari kebanggaan mereka ni.
kat malaysia ada tak yang pakai songkok jalur gemilang atau selendang, berjalan-jalan di one utama atau midvalley mega mall?
* * *
malamnya, kami ke the walk, dubai marina - jalan kaki je sebab jalan teramat jem, lorong nak masuk ke the walk memang bagai tak bergerak. apa taknya, di tengah-tengah the walk tu, warga dubai marina berdiri di sepanjang kaki lima tu, menunggu kereta-kereta mewah lalu dengan sebahagiannya terhias menarik dan unik sempena hari kebangsaan.
memang penuh. memang sesak. memang meriah.
paling kelakar (dan punca utama menyebabkan jem) ada sekumpulan anak muda dubai siap menunggu kereta-kereta yang lalu lalang, pehtu diorang sembur snow spray yang guna untuk hiasan cermin masa christmas tu atas cermin kereta-kereta yang lalu tadi.
target diorang pastinya anak-anak muda jugak terutamanya yang memandu sambil tingkap terbukak - habis kena spray! tapi ada jugak driver keta yang bawak spray sendiri. abih la mamat-mamat spray tu yang kena spray balik! crowd suka dan gelak-gelak sambil bersorak. kalau yang bawak keta tu awek arab, lagi lah diorang nak spray!
namun awas - ade pakcik-pakcik arab otai yang cuma angkat tangan buat muka macho sikit dan mamat-mamat arab tadi hormat dan tak spray. mane taknya ade yang bawak maserati! selamba ko nak spray keta yang harga juta-juta! ada yang taknak di spray pun diorang jugak akan horn. mamat-mamat spray tu pun bukannya budak-budak jahat. diorang memang seronok-seronok je.
pada aku, ala rileklah. bukannya sembur cat yang susah nak hilang. all in the name of fun! kalau aku yang drive aku lagi jerit la, "spray my car! spray my car!" hihi.
lama lepas tu, polis pun datang kasitau mamat-mamat tu supaya mintak kebenaran dulu sebelum spray. jangan main spray je. alamak, hilang la thrill! jadi kejap je mamat-mamat tu spray balik - lepas tu agak bosan kot, jadi diorang stop dan blah. masing-masing terus naik moto-moto besa ducati kat tepi jalan tu.
tu lah dubai. mat rempit diorang pun bawak ducati tau! haha.
kereta yang lalu kat dubai marina the walk ni bukan calang-calang. ada yang (menurut mr. khairul) terlampau la mahalnya sampaikan ade 20 je dijual di dunia ni. dan korang bole nampak keta tu lalu selamba je kat sini. maserati ke, bentley ke - malahan kalo ferrari tu dah biase sangat nampak kat tengah jalan. takyah pegi sepang!
pak-pak arab ni boleh tahan beria jugak dalam menghiaskan keta diorang sempena hari kebangsaan. banyak yang bubuh sticker bendera negara, letak riben dan gantung potret wajah pemimpin uae.
ada keta ni cute sangat dia guna bulu-bulu macam penyanyi cabaret tu, kaler hijau, merah, hitam, putih - dan lekat kat keliling keta dia. comel sangat nampaknya. ade satu lagi, dia bedazzlekan hummer hitam dia - bubuh manik-manik kilat all over keta dia! cool gile dan memang bila hummer tu stop, berambat orang pegi dekat untuk amik gamba.
setahun sekali kereta-kereta ni bergaya betul!
tu lah pengalaman menyambut hari kebangsaan negara lain - tak kurang dan tak lebihnya dari kita rakyat malaysia. bendera sini sana, berpesta, riuh pikuk mereka sama dengan kita! hari ni memang hari gembira, hari menyambut hari kelahiran negara masing-masing - pastinya kemeriahan yang tak terkata.
ok, selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 38, UAE. terima kasih kerana menerima kami sebagai tetamu sementara di negara padang pasir ni!
No comments:
Post a Comment