Wednesday, June 30, 2010

Tag : Wasiat Dari Orang Kaya

sangat kelakar tag ni. tajuk pelik. soalan pulak bermacam-macam. menarik untuk aku yang suka soalan-soalan tag ni.

ha, dah tu kasi pulak gamba kerbau ni. ntah kerbau sape yang tak dapat royalti untuk gamba ni. tak ditambat pulak tu. hilang kang. kerbau oh kerbau. kalo kasi time raya haji tu, berpadanan jugak ye.


tag wasiat ni diberikan oleh fida, yang kaya dengan bakat membuat dan menghias kek. lazat!

1. ucapan terima kasih kepada si pemberi tag
macam fida, aku pun nak buat lauk nasi mandy dengan kerbau ni. terima kasih, fida. burp!

2. bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7 yang paling tak active
kak arin yang kaya dengan posting - kadang 3-4 posting sehari!
aisha dan nadiah yang kaya dengan pengalaman di negara obama
fairus yang kaya dengan pengetahuan fotografi
ica dan hidayah yang kaya dengan bakat penulisan

3. bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
oit korang. korang dapat tag ni. meh le ambik. hihi. (seperti biasa aku tak kasitau diorang. moga-moga diorang jenguk blog ni dan dapat kejutan!) hihi.

4. cerita 3 perkara apa yang anda selalu lakukan sambil tengok tv

tengok tv sambil blogging
tengok tv sambil makan
tengok tv sambil dodoikan si kazim

5. bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan

burung puyuh goreng
daging rusa
satay unta

bagi aku yang picky-eater ni suma dah kira pelik okay!

6. cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat facebook
tak pasal-pasal ade soalan ni. tu la aku cakap tadi tag ni agak klaka. ok. dalam facebook ade lah kira-kira 300 lebih. semuanya aku kenal secara peribadi, dan kalau tak pun mungkin kawan yang selalu berkomunikasi di alam blog ni, dan beberapa kawan mr. khairul.

maaf, aku tak luluskan orang yang tak dikenali, jadi kenalkan diri dulu ye! *senyum*

7. camne korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana?
ha. kan dah kata dah. ntah mane datang pulak soalan pasal pakwe ni. man, aku tak pernah bahasakan mr. khairul sebagai, "inilah pakwe aku. haha." memang klaka. ape-ape pun, aku dah banyak kali sangat ceritakan pertemuan pertama ni, jadi kalo korang rajin, sila google sendiri. hoho.

okeh, masa untuk blogger-blogger di atas untuk claim kerbau ni ye. cepat-cepat. kang kerbau yang tak ditambat ni hilang pulak!

5 comments:

arin said...

alamak, kerbau lak ..
ok, ok akan di buat ye..

FiDa@aMiDa said...

makaceh sudi jawap tag moooo

Nadiah Sidek said...

aiyoo..tag hati tu pun tak buat lg lor. masuk buku 3-5 dulu..ehe..

Syigim said...

>> haha, kak arin tu la lawak tetiba ade gamba kerbau tu! ;)

>> fida, mesti la! kita mmg suka kena tag ni hihi..

Syigim said...

nadiah, take your time. kalo dah xde ape2 idea nk blog tu, korek2 la tag tu ;)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails