Tuesday, June 22, 2010

Airport Baru Dubai : Terbesar di Dunia

dubai ade bangunan tertinggi di dunia. hotel tertinggi di dunia. hotel termahal di dunia. pulau buatan manusia terbesar di dunia. pusat membeli-belah terbesar di dunia. fountain muzik tertinggi di dunia. aquarium terbesar di dunia.

sekarang, dah buat lapangan terbang terbesar di dunia pulak!


dubai world central - al-maktoum international airport menerima penerbangan pertama dua hari lepas, dari hong kong. tapi belum betul-betul beroperasi lagi. soon.

kononnya bakal menampung 160 juta penumpang (klia 35 juta sahaja - menurut wikipedia)!

yang tengah-tengah berdiri sebelah awek tu rashid al-maktoum, ruler of dubai

tapi, korang tau tak dubai memang dah ade lapangan terbang antarabangsa. selama ni kitorang landing kat situ je dari malaysia naik emirates airline.

jarak antara kedua lapangan terbang ni lebih kurang sejam je. jadi, yang aku tak paham, kenapa nak buat airport yang serba besar dan mahal ni, padehal dah ade airport yang serba besar dan mahal jugak!

dubai international airport pun bukan ke baru je tambah terminal 3. baru je renovate. lagipun, lapangan antarabangsa dubai sudahpun jadi yang terbesar di middle east - tapi masih nak buat lapangan terbang antarabangsa al-maktoum yang lagi besar ni ye? tak cukup kot setakat middle east je, nak la yang terbesar di dunia!

wah. banyak duit ye, dubai.

ini sekadar ilustrasi. tapi klia pastinya jauh lebih cantik kan?

hmm, kitorang balik malaysia nanti rase-rasenye naik ikut al-maktoum airport ni tak? hihi. nak baca berita selanjutnya pasal airport baru ni, sila klik sini.

6 comments:

Nadiah Sidek said...

ha..tu la, smlm ms duk google nak cari bangunan terbesar tu, airport dubai duk kat ranking atas sekali. biasa la tu syigim..masing2 nak tunjuk kemegahan dgn cara tu. biarlah rakyat papa kedana asal negara megah dipandang dunia. uhuhu..

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

mana ade duit banyak, dubai banyak hutang ada la! :)

Yuslinda said...

syigim,
airport ni dekat la dengan umah kak linda..:(..skg pun dah bising bunyi kapal,they dah start cargo dah kalu tak silap.ingat lari ke mirdif bunyi bising,campak kat sini pun lebih kurang....wuuwaaaaaaa

lina said...

wah bangga nyer korang guna airport...tu.walau lina tak terlibat..tp bangga system yg digunakan hasil tangan anak melayu malasia....kalau dpt support system kat dubai ni bagus gak..

Syigim said...

>> nadiah, mmg masing2 nak tunjuk kemegahan. 2 negeri dalm satu negara pun nk berlawan2! :P

>> fairus, shhhhhh....kot ade spy hahahahah

Syigim said...

>> kak linda, your kids & planes xboleh dipisahkan kot. besa sok the twins jadi pilot tu! ;)

>> hmm, kak lina......airport ni xtau le plak 'hasil tgn anak melayu' ke tp dubai racing club meydan tu memang - kan fairus, kannnnn? ;)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails