Friday, June 26, 2009

Tag : By Aisha

tadi saya demam. sekarang sudah beransur pulih. ucapan terima kasih saya kepada pencipta panadol, dan juga kepada encik khairul yang telah memasak lauk pauk yang sedap untuk hidangan makan malam dan siang saya. di dalam hati saya amat bersyukur punya suami yang tidak kekok di dapur dan pandai pula memasak!

saya perasan yang teman saya aisha melengkapkan soalan tag saya untuk dia di blognya. jadi saya ingin pula menjawab soalan tag dari beliau. nah!

* * *

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.


1. Bekas kekasih saya adalah:
~ anuar zain? haha.

2. Saya sedang mendengar:
~ khaleef bising bermain xbox.

3. Mungkin saya patut:
~ rehat kerana saya baru baik demam!

4. Saya suka:
~ menyanyi semasa memasak.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
~ amat memahami kepelik-an saya.

6. Saya tak paham:
~ bagaimana khaleef boleh menewaskan tailung dalam level terakhir kungfu panda, sedangkan saya dalam level latihan pun gagal menewaskan lawan.

7. Saya kehilangan:
idea sebab demam.

8. Ramai yang berkata:
~ yang saya ni comel orangnya. betul lah! gelak kenape?

9. Makna nama saya:
~ tidak dapat dikenalpasti. cuba anda google.

10. Cinta itu adalah:
~ khairul.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
~ mengingati saya di ipoh, kl dan melbourne.

12. Saya akan cuba:
membuat sambal belacan yang lebih pedas dari sebelum ini untuk penkritik terhebat saya, encik khairul.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
~ tidak pernah henti; seakan seperti khaleef yang sedang bermain xbox itu.

14. Telefon bimbit saya:
~ bewarna putih, bergaris merah jambu.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
~ saya terus sambung tidur kembali.

16. Saya paling meluat apabila:
~ orang mengutuk anuar zain.

17. Pesta/Parti adalah:
~ menyeronokkan jika bergelak ketawa di samping keluarga, teman-teman akrab atau yang tersayang.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
~ mok dan kering di dalam semak sebelah rumah saya di ipoh.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
~ kemungkinan di kala 16 tahun - mak masih ada, saya di tahun 'bulan madu' di sekolah, sudah agak senior, namun masih muda - terasa amat cool dan hebat di samping rakan-rakan, membuat pementasan drama yang amat-amat saya minati.

20. Hari ini:
~ saya demam.

21. Malam ini saya akan:
~ cuba menghabiskan soalan tag oleh aisha ini.

22. Esok pula saya akan:
~ ke al-tawasol makan nasi mandi, jika saya sudah betul sihat!

23. Saya betul-betul inginkan:
~ nasi tomato cik, nasi ayam auntyna, rendang hari raya yong dan satay kajang.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
~ saya berkata, "comelnya saya di umur 30 tahun ini!"

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:
~ pastinya pusat membeli-belah - xbox di rumah pun saya kurang minat bermain, inikan pulak di arked permainan.

26.Makanan Barat atau Jepun:
~ pastinya makanan barat! hanya encik khairul yang gemarkan makanan jepun.

27.Bilik yang terang atau gelap:
~ bilik yang terang untuk saya membaca, manakala bilik yang gelap untuk lelap!

28. Makanan segera adalah:
~ sesuatu yang amat saya gemari.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~ khaleef, shhhhh!

30. Siapa yang anda mahu tag?
~ syida, azi, kak arin, fida, anneeza, syu


3 comments:

Arin said...

i loikkeeee..this kin d of tag..tunggu kan entry seterusnya dari saya ye..

FiDa@aMiDa said...

alamak kena tag hehehe nanti cari idea dulu ya..tq

Syigim said...

>> cepat2 kak arin.. nk baca! ;)

>> fida, buat je tag tu. idea dtg auto nanti ;)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails