Tuesday, February 2, 2010

Jom Naik Dubai Metro!

kita di malaysia dah lama 'mewah' dengan kemudahan LRT dan KTM komuter, tapi rakyat dubai baru merasa 'dubai metro' lepas dirasmikan oleh pemimpin dubai, mohammed bin rashid al-maktoum pada 9.9.09, jam 9:09:09 malam!

kali pertama cuba dubai metro, mestilah excited! walaupun aku ni boleh la kira veteran dalam penggunaan LRT kat KL, (maklumla masa di uia kerap travel dari stesen gombak ke stesen taman bahagia - hujung dunia ke hujung dunia tu!) masih lagi excited nak guna dubai metro.

lawa gile design dia kan?

rekabentuk dubai metro ni memang cun, macam siput sket kan? macam topi basikal pun ade sikit-sikit. hihi. yang pastinya memang nampak mewah, sesuai dengan tema infrastruktur dubai yang semuanya memang serba mewah!


* * *

dubai metro ni ade banyak 'line' yang color-coded (green line, magenta line, blue line - banyak!) tapi buat masa ni hanya red line je yang dah dibuka.

aku try 1st time ni dengan mr. khairul, dan adik-adik ipar, tina ngan asrar. saje tiba-tiba ngade-ngade nak cuba dubai metro dari stesen 'nakheel harbour' ke stesen 'mall of the emirates'. selang satu stesen je! hihi.

ni je stesen-stesen yang dah bukak : kitorang try yg stesen yang bawah skali tu, ke stesen mall of the emirates. klik gambarajah untuk makluman lanjut

* * *

kesian dubai, dengan ekonomi meleset yang menekan, dubai hanya mampu buka 10 stesen daripada 29 stesen yang sepatutnya dibuka! khabarnya nak bukak dalam februari ni, tapi nampaknya macam banyak lagi yang belum siap!

hujung tahun ni pun belum tentu boleh jalan!

stesen dubai metro yang masih dalam peringkat pembinaan!

* * *

mr. khairul, asrar & tina on the walkway

stesen LRT kita memang canggih, selesa, bersih - tapi dubai metro punya stesen ni macam KLIA je! siap ade eskalator berjalan yang mcm kat KLIA tu. itu baru stesen nakheel ni, khabarnya stesen burjuman siap ade lampu chandelier yang lawa gile.

stesen burjuman yang mewah!

* * *


ni kat stesen nakheel, ade pak-pak arab pegawai dubai metro yg pakai serba putih pakaian rasmi arab, dok supervise pengguna-pengguna train. kat belah kiri bawah tu pulak, yang pakai hijau tu - bukan askar tau! - tapi tu la polis dubai! wah, siap ade polis, bukan setakat pakai khidmat jaga je, tapi pakai polis!

* * *

masa aku guna LRT kl, bayar tiket masa nak naik LRT je - samada beli tiket pegi balik, atau beli tiket one way (yg bile dah masuk terus tak dapat balik tiket tu) tapi untuk dubai metro, diorang guna sistem 'nol card' yang korang boleh beli kat mana-mana stesen dubai metro, stesen bus atau RTA service center.

ticketing booth kat dubai metro - lebih kurang macam LRT kl kita je

'nol' ni dari perkataan farsi atau arabic bermaksud 'fare' atau 'kos pengangkutan'. kad nol ni konsepnye sama macam 'touch n go' kita. keras, macam kredit kad. boleh guna sampai 5 tahun, dan top-up je bila perlu.

my nol card!

ade 4 jenis -
  1. gold nol card utk gold class,
  2. silver nol card (yang mr. khairul belikan untuk kitorang),
  3. blue nol card untuk orang tua ngan students pasal ade diskaun
  4. red nol card untuk satu perjalanan je macam sistem tiket LRT kita, atau bole top-up selama 90 hari je kalo tak salah

budak-budak bawah 5 tahun naik free!


klik kat gambarajah atas untuk makluman lanjut pasal tiket dubai metro ngan kad nol ni.

* * *

kalo korang taknak pening nak pikir berapa nak bayar kalo nak pegi sini situ, aku cadangkan korang beli je terus kad nol silver dengan harga 20dhs, dan gunalah nak pegi mana pun. tapi jangan terkejut kredit korang dalam tu 14dhs je! rupanya 6dhs ditolak sebagai harga kad nol tu itself!


menariknya nol kad ni, boleh guna untuk naik bas, naik bot dan parking kat stesen dubai metro jugak kot! jadi bila top-up 100dhs pun, bole guna untuk macam-macam pengangkutan. bila naik dubai metro, kita swipe je dan amoun akan ditolak automatik.

dikatakan fare untuk dubai metro ni yg termurah di dunia! ye ke? 2dhs (RM2) perjalanan paling singkat, dan 6.50dhs untuk perjalanan paling jauh.

* * *

perjalanan dubai metro ni memang sangat selesa (pasal masa kitorang naik tu memang lengang), cepat, dan takde bunyi bising. oh, tapi ade lagu-lagu dia pasang kat dalam train tu. ade blog aku baca yang bengang ngan lagu tu, sebab tak semua orang nakkan hiburan, terutama lagu yang diorang tak minat nak dengar!

eh kat lrt kita ade pasang lagu ke? aku pun lupa dah...

train ni memang la laju, tapi pintu dia lama betul nak tutup, kena tunggu lama. harap-harapnya ni cuma untuk bulan-bulan pertama ni. dah lama nanti, kenalah berlari kalo nak kejar train, jangan manja sangat! hihi.

interior mcm LRT kita je

sebabkan lengang, kitorang pun dengan sonok dan tak segan silu amik gamba. minah-minah filipino yang duk kat opposite kitorang mula tu pandang-pandang - rupa-rupanya lepas tu diorang pun lagi beria amik gamba! mungkin seblom tu diorang pun segan nak amik gamba, tapi lepas tgk kitorang ni posing-posing, diorang pun join!

* * *

gold class kat dubai metro

biaselah dubai, mesti ade satu seksyen, level atau kemudahan yang disedia khas untuk sheikh-sheikh kaya. macam bila nak naik burj khalifa pun ade pakej khas untuk diorang tak payah beratur dengan 'orang kebanyakan' - jadi dalam train dubai metro pun ade pakai 'class'!

silver class untuk orang-orang kebanyakan macam aku hihi, dan gold class untuk VIP, yang siap ade carpet dan kerusi leather. yang lawaknya, ade ke pak-pak sheikh ni nak tinggalkan bentley, ferrari ngan maserati diorang untuk naik dubai metro ni?

papehal pun, lagi satu yg menarik, ade gerabak khas untuk wanita dan kanak-kanak je. ni aku rasa sangat best, terutama kalo aku nak gi shopping ngan khaleef dan kahfi je, tak payah berebut-rebut dengan pekerja lelaki filipino atau pakistan yang berlambak tu. rilek je ade cabin khas. senang jugak nak letak stroller.


oh kalo korang perasan, palang besi pemegang (yang aku posingkan kat gamba atas) tu ade 3 cabang - design yang aku first time nampak dan amat kagum dan suka sangat! tapi tina cakap lrt kl pun dah start guna palang 3 cabang ni ye? baguslah!

pasal masa aku mula-mula guna LRT dulu, serius takde palang 3 cabang ni, dan aku paham sangat situasi berhimpit-himpit dan terpegang tangan orang bila cuba nak balance pegang palang besi kalo ade satu je.

syabas kepada si pemikir invotif yang terpikir pasal ni!

* * *

biaselah barang baru, pasti ade banyak kekurangan sebab belum perfect lagi. masa hari pertama dubai metro jalan, terus ade satu train rosak! penumpang kena tunggu 2 jam sebelum train seterusnya!

lagi satu yang lawak, pasal orang dubai ni tak biase naik train macam ni, masa mula-mula tu diorang asyik pi tekan emergency stop button tu everytime diorang nak turun kat stesen. habih la train tu asyik stop je memanjang. bila dah stop tu lama la delay sebab stop tak tentu pasal.

haha. malaysians jugak yang advance, eh?

view kami sepanjang perjalanan

sonok naik dubai metro ni jugak pasal bole enjoy tengok dubai dari perspektif yang lain, selalu tengok dari dalam keta. dari nakheel station ke mall of emirates station tu memang lalu dubai marina, dan pastinya hotel 7 bintang burj arab!

pelancong-pelancong yang pertama kali datang dubai best la sambil travel, sambil tengok permandangan mercutanda dubai ngan bangunan-bangunan tinggi!

* * *

dubai metro bukak tiap-tiap hari, 6am - 11pm. tapi seperti biase, hari jumaat, train hanya akan bukak 2pm sampai tengah malam. aku rasa aku paham dubainye niat untuk hormati hari jumaat, tapi memandangkan takde guna driver, dan mane tau ade orang yang nak ke sesuatu destinasi sebelum solat jumaat di sana, tak dapat la nak guna dubai metro.

ape-apehal pun we had fun, nak citer pasal pengalaman, sama je macam naik LRT kl. cuma semua serba baru, serba mewah. dan yang paling penting, penggunaan dubai metro mudah dan lancar hari tu, termasuklah penyediaan feeder bus percuma yang bole bawak aku straight balik umah ke dubai marina!

8 comments:

FiDa@aMiDa said...

syiqim thanks for sharing info...fida pon tak merasa lagi nak naik dubai metro ni hehehe..pas ni bolehlah beli nol card pi shopping kat ibn battuta..emm ada stesen ke sana dari MOE?

Nadiah Sidek said...

wah..cantik2. part yang paling best tu yang khas untuk wanita & kanak2 la. best malaysia buat jugak..takde la berebut2 dengan lelaki2 yang takde simpati langsung kat perempuan..dengan perempuan nak tolak2. huh!

Syigim said...

fida, ari tu yg kitorang pi try ni pun xplan. tiba2 je tpikir nk try. ibn batuta ade stesen tp xbukak lagi. bila dah bukak, senang gile. betul2 depan ibn batuta.

kalo fida nk gi frm MOE to burjman mall bolehla.. ;)

Syigim said...

yup, nadiah. msia should implement kan! tmbah2 msian men bukannye gentlemen - xkasi can kat pompuan!

transformed housewife said...

cantik stesen2 diaorg ye but still under constructions. dulu Syigim selalu turun kat Tmn Bahagia ye. Knur pun selalu berulang dr Tmn Bahagia ke KLCC. Dulu kami tinggal dgn keluarga mertua kat Kelana Jaya. Knur kerja kat ELS tak jauh dr KLCC.

Syigim said...

kak nur,mmg lawa stesen diorang..design kemain! tp siannye duit xcukup nk siapkan suma stesen..so sknag ni 10 je yg dah bukak operation.

dulu weeknd2 boring2 kat kolej balik umah kakak kat tmn tun..tu yg turun kat tmn bahagia.. ;)

arin said...

mcm hotel stesen dia..

Syigim said...

kak arin, mmg lawa....ade tema2 plak.. ade yg tema underwater rasenye. siap wallpapepr mcm dlm laut :P mcm2 pak arab ni!

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails