Monday, October 26, 2009

Recharge HP @ the Mall?

korang pernah tak tensen kat shopping mall pasal bateri handphone korang dah kong? tambah-tambah dah janji dengan orang tapi lupa pulak nak jumpa kat mana. nak call tak boleh. nak guna public phone? lupa pulak no hp orang tu pasal dah save dalam hp, bukannya hafal. camne nak check no hp dia kalau nak on hp pun tak boleh?


ok, aku tak tau la kat malaysia dah ade ke gadjet ni - kalo dah ade, maaflah. ini pertama kali aku tau kewujudan servis ni. dan bila nampak blok putih ni kat dubai mall, aku mengaku sangat terkagum! idea yang sangat menarik!

'welcome. recharge your mobile battery.'

nokia? ericson? mane-mane pun jenama hp korang bole charge kat sini. percuma. gile best! so kalo jalan-jalan kat mall dan bateri hp korang kong, jangan risau, jangan cemas. cari je servis ni dan korang bole la recharge bateri sambil borak-borak dengan member atau tunggu je seminit-dua, sekadar sampai bole ber-sms.

aku suka servis ni pasal banyak kali aku kena - kalo bawak hp kadang-kadang dah nyawa-nyawa ikan bateri dia, atau memang dah k.o. dan yang pokpekpokpek pastinya mr. khairul! hihi.

* * *

taking this opportunity to wish 2 qistina-s a happy belated birthday - my cousin iwani qistina on the 24th, and mr. khairul's sister, qistina shereen on the 25th. happy birthday shina and tina; and may all your dreams come true!

5 comments:

arin said...

kalau kt malaya, kompem kena bayar..but good idea la servis gini..

Syigim said...

takde lagi ye kat msia? tu la best kan kalo buat. at least kat major shopping malls like midvaly, ou, klcc & pavillion. senang citer! ;)

FiDa@aMiDa said...

oh ada ek kat dubai mall..tak perasan lak..area belah mana tu? senang lah charge kalau batery hp dah nyawa2 ikan hehehe tq for the info

ramona said...

da ada laa kat mesia..kak syigim.. hehe.. tp xde la box cenggini.. just kene g kat kaunter info mtk dorg chargekan.. KLCC got it for quite sometime.. :)
JJ pun ada.. but of course, kena tebal muka sket laa.. hehehe.. :D

Syigim said...

>> fida, mmg xleh nk ckp area mane psl tau la dubai mall tu besa, xingat dah pun.. tgh jln2 tiba2 nmpak ;)

>> well ramona, msia's malls should make it known that they do have this service. i dont think a lot of ppl know ;)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails