Friday, May 14, 2010

A Little Note of Thought & Thanks

a note of thought:

hari tu dalam kereta, mak khairul duduk kat depan dengan khairul, aku duduk belakang dengan budak-budak. tiba-tiba tengah bersembang khairul cium tangan mak dia. saje-saje. comel kan? aku terus nangis senyap-senyap kat belakang. pertama, sebab terharu tengok betapa anak sayangkan maknya. kedua, teringat terus kat mak aku.

mak, rindu kat mak.

mak, rindu nak cium tangan mak.

baper hari lepas tu pulak mak bestfren aku call dari malaysia ni! terharu sungguh. tima kasih, makcik! ingat jugak makcik kat syigim ye. tiba-tiba tengah bersembang makcik mention yang dia masih lagi teringat - malam yg mak aku meninggal tu, aku sebenarnya tidur rumah makcik tu saje nak temankan dia sebab bestfren aku masa tu blaja kat oversea, jadi mak dia sorang-sorang je kat umah.

makcik citer pun dengan nada sebak.

aku pun pujuk cakap kat makcik, "takpe makcik, malam tu memang mak izin pegi tido umah makcik. dah siap-siap cium tangan mak."

pasal aku pun cium tangan mak cuma bila nak klua je. seblom naik bas kat medan gopeng nak balik kl. seblom klua pegi mall. pagi-pagi sblom pegi keja. mesti cium tangan mak. kalo aku tak klua nak pegi tido rumah makcik hari tu, takde la aku rasa hangat tangan mak.

jadi, malam tu nak ditakdirkan Allah, aku klua nak gi tido rumah besfren aku tu, nak temankan mak dia. jadi aku cium tangan mak sblom klua. kalo aku tak klua ke rumah dia, mesti malam terakhir mak, aku masuk tido je without cium tangan mak kan?

jadi, Allah tu Maha Mengetahui. semua yang berlaku ade hikmahnya.

* * *

okeh, takmo sedih-sedih.

* * *

a note of thanks:

tapi, sebenarnya sedih jugak, pasal bantuan dari malaysia dah pulang! hihi.

dah seminggu mak mr. khairul balik malaysia, meninggalkan anak sulungnya cuba meneruskan penghidupan dengan isteri dan anak-anak keciknya!

opah yan bersama cucu terbarunya

terima kasih tak terhingga kepada mak mertua :

  • masakkan lauk pantang yang sedap-sedap dan panas-panas
  • bakarkan tungku, rebuskan daun-daun untuk mandi, bancuhkan kapur + limau untuk bengkung
  • sabar melayan karenah mengade-ngade manja si khaleef dan kahfi, termasuk la bapak budak-budak tu sekali!
  • tiap pagi bawakkan kazim naik atas ke rooftop poolside untuk jemur dia bawah matahari
  • ironkan semua baju-baju kemeja keja khairul
  • mengorbankan waktu berjalan-jalan untuk duk rumah je menjaga cucu dan menantu yg tengah pantang - khairul tak sempat bawak berjalan pun (pasal dia banyak travel sini sana masa tu) dan bawak mak dia makan luar best-best pun cuma hari terakhir

dan banyak lagi yang tak tersebut di sini. TERIMA KASIH!

* * *

siapa yang masih punya mak, genggam erat tangannya.

rasala kulit kering mak yang bertahun-tahun jaga makan pakai kita. ciumlah tangan kasar mak yang kerja keras membesarkan kita. jiwailah sentuhan lembut mak yang saban waktu tenangkan kita.

sebab kita tak tahu sampai bila kita boleh rasa sentuhan itu.

16 comments:

lina said...

Ya Allah sebak nyer baca n3 kali ini. Pengajaran yg boleh dibuat drp n3 nk cium tangan mak sebelum tidur taip2 kali balik kampung....sekarang ayah i pun tengah sakit, tp i tak nak letak dlm blog sbb tak sampai ati tengok keadaan nya, tp i still simpan gambar dia kat hospital....amat menyedihkan.

paij188 said...

syigim, terharu dan sebak i baca. u r lucky sebb ur in-law bole lah, macam mak sendiri, layan u ngn anak2 tak berbelah bahagi. not all ladies are lucky like that tau!

anyway, besides all that i enjoy reading ur entries! it completes my day. (even kadang2 baca kelam kabut tak sempat nak komen.)

take care with the kiddies!

arin said...

Alhamdulillah syigim dapat mil yg sebegitu sekali baik nya.Tak semua org beruntung mcm syigim tau.Mendapat mil yang tiada belah bahagi sayang nya pada menantu.
Allah tuh maha kaya,mak syigim dah tiada, tp syigim jumpa khairul dan mak khairul yang sayang kat syigim sepenuhnya.
Happy weekend!

kinsyakrn said...

rupanya kita jarang cium dan pegang tangan kalau bukankerana nak kuar atau raya..mak ada kat sebelah tp rindu sgt mak..

Syigim said...

>> lina, doa saya buat ayah lina supaya sembuh. sakit tua ke? xpe, kita buat ape yg mampu sbagai anak :) yg selebihnya berserah kpd Allah.

>> fairus, alhamdulillah she's available to take care of us, n bapak khairul pun doesnt mind.

that's SO SWEET, fairus. means a lot, u know. ade sorang yg suka baca postings i pun dah kira best :)

Pp said...

bahagia ~! :-)

Syigim said...

>> mmg Allah maha kaya. adik2 mak pun mmg rajin melayan anak sedaranye yg suka mintak2 suh masak itu ini. hihi. alhamdulillah!

>> kinsyakrn, betul tu. ntah2 ade yg time raya je bersalam kan? benda2 kecik ni kita amik remeh bila org tu ade depan mata. bila dah xde, terasa sgt... :')

Syigim said...

Pp, memang bahagia. bahagia mengenangkan dapat jgk salam cium tangan mak malam yang dia pergi buat selamanye tu... :)

CikLilyPutih said...

untungnye MIL jaga sampai cam tu sekali, mintak2 la my MIL pun cam tu gak amin!

Nadiah Sidek said...

part mr khairul cium tgn mak dia tu..sweet je. susah nak jumpa lelaki yg bermanja2 dgn mak mcm tu. u're so lucky syigim bersuamikan mr khairul & dpt MIL yg sgt caring

ummiluqman said...

sangat terharu baca entry ni tak sabar nak balik dan jumpa mak.

Syigim said...

>> alhamdulillah ciklilyputih, my husband's mom sihat walafiat bole travel jauh n jaga cucu2 yg naughty nih! ;)

>> nadiah, mmg manja gile dia ngan mak dia.. anak sulung kesayangan.. ;)

>> azma, bila plan balik msia? sblom tu skype je dulu ngan mak ye hihi :)

FiDa@aMiDa said...

Baru ada masa nak singgah blog syiqim...sedih dan terharu baca entry kali ni. Bertuah badan dpt MIL yg jaga mcm anak sendiri..tak semua MIL boleh buat mcm tu tau.

Dok perantauan ni mmg kita selalu rindu pada parent kita..lebih2 lagi rindu pada mak...rindu masakan mak...sob sob tetiba teringat lak pada arwah abah, gurauan arwah abah.

anyway take a good care of yourself and kids

Syigim said...

fida, kita ni tinggal sorang je kan. fida ade mak je, syigim ade abah je. selalu je teringat2 kan.

xpe doakan sihat sejahtera diorang :) dan al-Fatihah buat yg dah pergi..

CatlinaFly said...

sedihnye...teringat kat my mama..teringat kecik2 dulu(padahal sampai form 1),kalau tido suka kalau mama peluk..(mengada kan..hehehe)..sampai dah kawin kadang2 me masih menempek kat riba mama..cuma skrg dah ada anak2 sedara, tak buat lagi dah..sy ni jenis degil..kadang2 sebab jugak tgk bila anak sy nak kita peluk2 time tido.just like me and my mama..tapi kasihannya mama bila ada perbuatan sy yang mengguris hatinya..hope she forgives me..uwaaaa!!syigim ur entry went deep into my hearttt!eh betul ke ayat aku ni?heh)

semoga roh ibu syigim dicucuri rahmatNya..amin..

Syigim said...

how come br notice komen ni! nways, muda ke dah jadik mak budak ke...we're always babies to our moms! :D

thanks doc! :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails