Saturday, November 28, 2009

Dubai Welcomes Winter

bayangkan korang tengah drive tengah-tengah ldp, atau dalam perjalanan ke klcc, dan kelihatan pekerja-pekerja restoran, atau buruh kasar, atau penghantar makanan tengah duduk rilek-rilek, borak-borak - kat divider jalan. bukan lepak kat construction site tengah jalan tau - tu biase lah. ini lepak-lepak, baring-baring kat rumput divider tengah-tengah main road. dan bukan satu-dua gang je. berderet kelompok-kelompok duk melepak sepanjang pembahagi jalan tu!

di dubai, tu tandanya musim sejuk dah nak tiba!


masa mula-mula perasan aktiviti ni, memang tertarik. pelik. kelakar pun ada. bukan duduk-duduk kat taman bunga atau padang pulak tu. tapi duduk-duduk di tengah jalanraya sibuk dengan kereta lalu-lalang saban waktu.

kebanyakannya pekerja dari india dan pakistan. selalunya bila cuaca dah semakin sejuk, angin sepoi-sepoi dingin, mulalah nampak aktiviti ni. ade yang duduk. ade yang baring. ade yang gelak-gelak. ade jugak yang duduk senyap seorang melayan perasaan.

diorang tak kisah ke orang pandang-pandang? diorang tak kisah ke habuk ngan asap kereta? diorang tak kisah ke duk kat pembahagi jalan tu agak bahaya kalau-kalau ade kereta yang hilang kawalan ke ape ke? pihak kerajaan dubai pun rilek je ye?


bayangkan macam dalam gamba ni, kereta lalu lalang, dan diorang duk kat tengah-tengah tu. ramai tau! sepanjang pembahagi jalan ni!

diorang ni tak perlu hiburan lain - lepas penat bekerja, duduk-duduk waktu petang dengan rakan sekerja, borak-borak sambil menikmati permandangan sekitar. balik rumah pun sempit dengan 20 lagi rakan sebilik. keluarga jauh di negara asal. bukannya ada tv mahupun radio. nak ke mall, takde duit nak di belanja.

lansung sinilah hot-spot diorang! bersyukurlah - bila kita balik rumah, suami-isteri sambut, anak-anak peluk, mak-abah senyum, ade sahabat-sahabat gurau ketawa, boleh bukak tv, radio, dvd, x-box, air-cond dan sebagai. main facebook pun boleh!

syukur!


4 comments:

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

syigim,
I had the same thought since the first time I saw this guys lepak2. Merosakkan pandangan pun ye jugak. Diorg ingat kat India ke, nampak landscape cantik2 terus amik gamba ramai2, jalan pegang2 tangan (guys and guys), tepi highway yang banyak kete tu pun jadi. Anyway, hope u enjoy the winter..

p.s. bile nak g lepak2 makan pulut kuning lg ni?

Syigim said...

ya fairus i agree!!! mcm xcaye je. mula2 ingat ade event. rupanye it's like benda biase je to them. seriously, dubai gov xkisah ye?

your pulut kuning is superb.. esp sbb lama xmakan. ok nxt mth we make a date - picnic @ jbr beach depan umah i ni! :)

I am who I am said...

Gim, when u put ur words that way right....it's actually veryyyy touching u know. Cian diaorang.
*Blk umh pn pnuh cz kongsi rmai2
*Xde TV @laptop, wifi etc
*jauh dr kluarga
*nk lepak kt mall xde $$

sigh...thanks Gim. I betul2 insaf dh ni.

Syigim said...

>> hi 'i am' - introduce urself pls! dora ke? nways.. yes, have to appreciate whatever little luxuries we have! :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails