Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


ramadhan datang lagi.

banyak kenangan yang aku teringat bila bercakap tentang ramadhan. cerita-cerita menarik masa bersahur, kisah-kisah yang tak kan dilupakan masa berbuka serta adegan-adegan kelakar masa terawih!


SAHUR
aku bukan la membesar kat kampung; bersahur dengan lampu pelita dan sebagainya. tapi kenangan sahur tu tetap menarik, sesuai dengan perkembangan teknologi masa aku muda remaja dulu, di mana setiap seorang anak-anak podin dah ade handphone masing-masing. aku ingat sangat mak aku call je handphone kitorang bila nak gerak sahur. ye lah, payah jugak nak naik turun tangga gerak sampai 2-3 kali anak-anak yang malas bangun sahur ni hihi.

mak aku dulu memang akan bangun 3-4 pagi nak siapkan hidangan sahur. setiap hari ramadhan, tanpa merungut, tanpa jemu. gerak anak-anak memang mesti. kalau tak bangun masa sekali gerak, mak akan cuba gerak kali kedua. maksud aku, call kali kedua. hihi. kadang-kadang kami anak-anak minum air je pasal terlalu mengantuk nak makan, padahal mak dah panaskan pelbagai lauk yang berbuka malam tadi. ish ish. kesian mak dah readykan semua susah-susah. hmm, budak-budak!

kami 5 beradik perempuan, jadi paham-paham la setiap ramadhan pasti ade hari-hari yang seorang-dua dari kami 'cuti' berpuasa. namun, bangun sahur tetap dimestikan, bagi menghormati adik-beradik lain yang berpuasa. lagipun meriah bangun sahur kami 5 beradik bersama mak dan abah!

yang paling best masa sahur ialah jika hari itu hari cuti minggu dan kami semua tak payah ke sekolah. lepas sahur dan solat subuh, kami adik beradik bentang tilam depan tv dan pasang video (masa tu takde vcd, dvd oii) cerita p. ramlee ke, atau 'back to the future', atau ape-ape saja filem kegemaran bersama. sambil tonton tv, sambil tidur nyenyak hingga ke dinihari. haha.

PUASA
mak dan abah aku agak liberal dalam menitikberatkan soal berpuasa ni. tidak dipaksa, namun kami sentiasa digalakkan. aku memang takde cerita-cerita pasal curi-curi minum air masa mandi atau pegi balik pokok makan biskut senyap-senyap - sebab kalau aku tak larat, aku bagitau je lah kat mak aku. takde nak sembunyi-sembunyi! hihi.

jadi aku masa darjah dua ke satu - aku ingat lagi aku puasa 2 hari saje! hari pertama ramadhan (sebab masa tu semangat berkobar-kobar nak berpuasa) dan hari terakhir ramadhan (sebab masa tu dah balik kampung, jadi nak tunjuk ek depan cousin-cousin yang turut berpuasa) hihi!

satu lagi cerita kelakar pasal tak larat puasa - aku masa tu darjah-darjah. aku dah beli aiskrim ni, tengah pegang. masa tu boleh lagi pikir nak bukak puasa ke taknak. padehal aiskrim tengah cair kat tangan tu!

BERBUKA
masa yang amat dinantikan oleh budak-budak masa berpuasa (bukan budak-budak je!) ialah berbuka! segala macam makanan sedap masak dan beli. yang paling best kalau mak aku masak nasi lauk-lauk dengan bihun best dia sekali. bihun mak aku simple je. tomato, cili, daging, sawi dan telur. simple sangat tapi itu yang kami suka ya amat! masa bukak puasa mesti kami adik-beradik ambik nasi dan bihun sepinggan.

satu yang kelakar masa berbuka ialah mak aku yang tak pernah-pernah masak mee goreng, akan masak mee goreng untuk juadah berbuka. jadi mee goreng ni amat magis - pasal ia muncul setahun sekali je! hihi.

kalau pasal kuih, (kalau tak beli di bazar ramadhan) mak aku akan buat popiah daging, popiah sayur, cucur udang atau karipap. kuih mak aku sedap gile tau - popiah, cucur dan karipap yang tersedap di dunia! (sebagaimana korang-korang akan rasa kuih mak korang yang paling sedap la kan? alah, mak-mak punya sentuhan ni lain sikit!)

lagi satu yang mesti ada masa berbuka ialah tembikai. tembikai, tembikai, tembikai. padahal aku pun tak suka makan tembikai! apsal abah aku tak beli pisang ke, epal ke. hihi.

aku adik-beradik ada tugas masing-masing bila nak bersedia untuk berbuka. tugas aku senang je (pasal aku tak reti masak) iaitu tukang buat air. sape-sape yang 'cuti' berpuasa hari tu akan jadi tukang rasa. senang ade adik-beradik 5 perempuan ni!

namun, cakap pasal tak reti masak - mak aku sorang je yang akan masak semua lauk-lauk juadah berbuka. s e m u a. memang kitorang cuma teman mak bersembang di dapur. mak akan buat semua, dan masak semua yang sedap-sedap.

masa tunggu waktu berbuka, ada iklan 'cordial saga' yang mana ada suara perempuan yang konon-konon klas dan elegen berkata, 'corrrrdial saaaaaga'... ala korang biasa dengar kan iklan tu? hihi.

bila azan bergema je (rumah aku dekat dengan masjid) glup glup glup la! masa aku kecik-kecik aku memang minum 2-3 gelas sebelum makan nasi yang menggunung - alamatnya kembung perut dan tak larat terawih. bila dah besar sikit baru aku mengerti erti sebenar berbuka bukan la nak mengisi balik perut kosong dengan lahap - dan aku mengerti kalau aku minum seteguk dua teguk pun dah cukup menghilangkan dahaga. dan aku mengerti aku boleh makan sikit-sikit sampai la ke pukul 12 tengah malam pun!

TERAWIH
aku mengaku aku bukan lah jenis yang terawih tak tinggal tapi kenangan terawih tu tetap ada. masa kecik-kecik dulu aku ingat lagi berjalan kaki dengan yong, jiran aku si ani dan sahabat seperumahan kami, kak saniah. berjalan kaki tu ke masjid yang bukannya dekat! waktu gelap lepas maghrib pulak tu! di lorong perumahan yang tidak la begitu terang. kalau sekarang ni, takdenye mak-mak akan benarkan anak-anak perempuan berempat begitu berjalan waktu malam!

tapi itulah satu daripada kenangan ramadhan yang aku takkan lupakan, berjalan kaki dengan memakai telekung, sambil di tangan memegang erat sejadah dan kain sembahyang.

kalau datang mood nakal tu, kami ke masjid sambil dapat mengintai mamat-mamat kopiah yang datang ke masjid berterawih bersama. abang-abang form 5 yang hensem-hensem dan smart sungguh dengan baju melayu. hihi.

hmm. sahur, berpuasa, berbuka dan berterawih. penuh kenangan warna-warni. sungguh berharga dan takkan dilupakan.

* * *

kini aku pun dah berkeluarga. semestinya bersahur, berpuasa dan berbuka tu membawa seribu satu lagi kenangan baru yang indah, menarik, kelakar dan sebagai. tiada yang lebih membahagiakan dari menyediakan juadah menarik untuk mengisi perut suami yang sudah sehari berpuasa, menahan lapar dan dahaga. tambah-tambah jika lauk-pauk dipuji sedap oleh si suami!

dan aku mengerti bagaimana mak bangun pagi buta saban hari ramadhan untuk menyediakan sahur bagi kami sekeluarga. sebagai isteri, aku pun rasa seronok bangun pagi sebegitu, memastikan juadah yang naik selera untuk orang yang makan sewaktu mengantuk! kemudian gerak si suami untuk sahur bersama. terasa keindahan ramadhan di situ.

bila khaleef dan kahfi sudah bersedia berpuasa, pastinya itu mengundang sejuta lagi memori puasa yang menarik, bila tiba masa gerak khaleef bangun sahur, atau memujuk kahfi untuk berbuka jika dia tak larat. aku tak sabar nantikan semua itu!

* * *

bila dah sebulan berpuasa, tibalah masanya menyambut syawal yang mulia. tapi itu cerita untuk posting yang lain! sehingga itu, saya sekeluarga bagi pihak mr. khairul, khaleef dan kahfi mohon ampun dan maaf sempena ramadhan yang mulia ini - moga kita semua dapat melaluinya dengan tabah, beserdehana dan penuh keinsafan!

selamat berpuasa kepada adik aku syida yang berpuasa di melbourne tahun ini, dan mr. khairul tersayang yang berpuasa sehari tanpa isteri di sisi di dubai. (i nak balik dah ni!)

buat yang lain, selamat berpuasa!

3 comments:

tini said...

salan kenal syigim..
suka n3 ni, mengimbau kenangan dgn mak ayah. pengumuman puasa pn best. smp skrng dok tunggu nak tgk w/pun dh tau mesti sama dlm kalendar!

NekPP said...

mesti ingat kat aruwah 'mak'..alfatihah!..

Syigim said...

>> hi tini :) thanks jenguk2 blog saya. yg paling best kumpul ramai2 depan tv tunggu pengumuman puasa. :)

>> a ah nekPP. kenangan dgn mak masa ramadhan & raya sure takkan lupa smpai bila2. terima kasih sedekah al-Fatihah :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails