Friday, August 14, 2009

Tag 5-5-5

lama tak menjawab soalan tag. kali ini sang mikrobiologist just10 anneeza telah men-tag saya. nah, baca!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini
  1. kami bersekolah bersama dari darjah satu hingga tingkatan 5 di sekolah perempuan methodist, ipoh. (ko 1M kan? aku 1G)
  2. kami berdua adalah antara 10 ahli just10
  3. kami bersama 2 lagi rakan iaitu hani dan wani (juga ahli just10) bersekongkol untuk menggilai sebuah kumpulan rnb soul suatu ketika dahulu
  4. gambar kami berdua di youthquake party pernah muncul di akhbar the new straits times lantaran kami berdua juga sama-sama memakan tali leher kartun
  5. seorang blogger tegar yang menulis pengalaman beliau breastfeeding, baby-wearing dan yang terkini; menjahit!

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
  1. nama adik-beradik saya semuanya bermula dari syazrin kecuali adik bongsu saya
  2. kereta kembara saya pernah di bawak lari orang di puchong dan polis berkata "adik, tiap-tiap hari ade kereta kena curi di puchong." la! dah tu?
  3. kek keju saya tersangatlah sedap. tak percaya?
  4. saya amat meminati anuar zain
  5. saya mempunyai 2 anak lelaki bernama khaleef dan kahfi. nama anak perempuan turut disediakan, bermula dengan huruf 'k', sekiranya ditakdir anak ke-3 nanti perempuan!

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
  1. blogging
  2. mengumpul tisu, stirrer, buku kegemaran dan lain-lain barang yang punya nilai sentimental
  3. menyanyi sewaktu memasak, memandu, mandikan khaleef & kahfi dan dalam berbagai-bagai lagi keadaan
  4. melukis (hobi yang telah lama ditinggalkan)
  5. bergambar sewaktu melancong

5 orang penerima tag yang seterusnya
  1. kak arin
  2. aisha
  3. liyana
  4. fida
  5. my sisters syidot & azot



No comments:

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails