1. bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
kami bercuti ke musandam, oman nak tengok ikan lumba-lumba! kami pilih musandam sebab destinasi ni dekat, 2-3 jam je dari dubai. lagipun masa tu keluarga mr. khairul bercuti-cuti dubai, jadi ambil kesempatan bawak diorang jalan-jalan ke negara jiran.
jom baca pasal percutian oman saya kat sini.
2. berapakah umur anda? (jangan malu-malu nak announce) dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda di usia anda sekarang ni?
saya baru saja mencapai umur 31 tahun, alhamdulillah. saya amat seronok dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun ade beberapa impian saya yang belum tercapai!
3. saya tahu anda seorang gemar bergambar di depan kamera! jadi pergi ambil kamera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
saya memang suka bergambar, dan suka amik gamba. tapi ketika ini saya amat malas untuk amik wayar, upload ke notebook, edit dan buh kat blogger. jadi cukup saya cerita je?
wallet saya warna off-putih dari kenneth cole. saya suka wallet yang banyak compartment sebab sayalah tukang penyimpan kad-kad insurans saya dan 3 orang anak-anak - bilangannya dah lebih dari 10!
4. anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
memang saya blogger yang fanatik. saya blog pada pagi (lepas bapak budak pegi keja, budak-budak dah mandi, breakfast dan kazim tido) dan lepas makan tengahari (budak-budak dah makan, dan kahfi pulak tido). malam-malam, notebook di conquer oleh bapak budak.
5. apakah yang berlegar-legar dalam fikiran anda sekarang?
"seronoknya menjawab soklan tag ni".
6. tag 3 orang lain yang anda suka.
tag orang yang saya suka? ye la kan. takkan tag orang yang tak disukai kot. hihi.
nadiah dah tag kak arin dan fairus kan? jadi saya tag fida, aisha dan liyana yang memang tukang jahit beg. hihi.
* * *
6 orang di atas juga dikehendaki (oh, terlalu garang bunyinya) dipersilakan (ha, baru molek) membuat tag di bawah juga ye. tag dari kak lina.
1) apakah yg bermain di fikiran anda sekarang?
"bestnye, ade lagi satu tag nak jawab!"
2) apakah nama samaran anda?
saya takde nama samaran, sebab 'syigim' tu memang nama betul.
3) berikan 3 org yg anda sayang?
khaleef, kahfi & kazim. kenape 3 je ye. abah saya? kakak dan adik-adik saya? pehtu kang merajuk pulak kay lagi satu tu!
4) panggilan utk si dia
saya rasa anda tahu. kalau tak tahu, sila kaji blog saya. hahaha. (macam la takde keja lain ye)
5) hadiah yg diimpikan dr seseorang yg istimewa?
dapur kaler kuning.
6) blog mana yg anda suka tengok?
blog adik-adik dan kawan-kawan saya. blog yang menulis dengan teratur dan tidak terlalu banyak rojak atau shortform. blog yang menulis tentang subjek yang saya suka.
7) tagkan pada 15 org blogger.
kak arin
aisha
fida
fairus
nadiah
ica
hidayah
3 comments:
pandai ek dia..kite tag dia, dia tag kite balik :D
syigim..pandai betul dia jawap tag...seronok baca..
>> biasela nadiah! hihihi...
>> kak lina, sbb saya mmg suka jawab tag! hihi
Post a Comment