Monday, July 19, 2010

Nasi Lemak Taliban @ Medan Gopeng, Ipoh

nasi lemak banyak yang sedap-sedap. tapi aku cakap terus la ye - ini bukan entry pasal nasi lemak sangat. ini entry yang lebih bernostalgia. hihi. mane tadi? oh, nasi lemak sedap.

  • nasi lemak giant puchong yang harganya rm1 tapi didatangkan dengan sayur sekali!
  • nasi lemak kampung melayu, ipoh yang telur mata kerbaunya dibuat fresh masa kita order; separuh-separuh masak dengan telur kuning yang masih cair!
  • nasi lemak taman tun yang berderet orang beratur nak makan nasi lemak dengan lauk bermacam-macam terutama rendang ayam yang lazat!

memang nasi lemak banyak yang sedap-sedap. tapi yang ini bukan saja sedap, tapi paling istimewa. bukan pasal sambal sotong yang best, bukan pasal pakcik yang jual tu hensem. nasi lemak dia pun tak balut dengan daun pisang.

tapi, memang nasi lemak ni istimewa sebab mengingatkan aku tentang mak.

masa zaman belaja di uia dulu, sampai ipoh dari kl naik plusliner mesti suruh driver turunkan aku kat medan gopeng. aku jalan sampai gerai nasi lemak ni, call abah mintak tolong ambikkan, order sebungkus dan tunggu abah ngan mak sampai.

aku pompuan, turun bas sorang-sorang, malam-malam - tapi rase selamat tunggu abah kat gerai ni. pasal gerai ni dulu kongsi sikit space restoran nasi kandar yang terang. jadi aku tak la rasa takut sangat tunggu abah ngan mak sorang-sorang.

asalnya aku sorang je yang beli nasi lemak ni. tak beli untuk family pun. pasal naik bas ekspress kat pudu kadang-kadang tak sempat makan. lama lepas tu, mak pun nak sebungkus. lama-lama, kalo aku call suh amik, aku akan amik order skali untuk mak, abah ngan adik-adik - baper bungkus nak? hihi.


oh, nak tanya pasal nama nasi lemak ni ke?

pertama sekali aku nak terangkan yang sebenarnya aku je yang gelarkan nasi lemak ni 'nasi lemak taliban'. jadi kalo korang di ipoh jangan la tanya "mane nak cari nasi lemak taliban" - confirm yeop/kak long tu tak tau sebab nama tu aku yang coinkan, dan adik-beradik aku je yang guna nama ni.

kenapa nama ni?

harap-harap jangan la obama pegi hantar askar batallion gi serang pakcik ni. pakcik tu takde kena mengena pun dengan osama (eh aku baru perasan nama diorang - obama & osama) satu huruf je yg membezakan!) aku kasi nama nasi lemak taliban tu semata-mata pakcik tu memang pakai serban suma, dan masa tu kecoh pasal taliban. saje je nama tu terkeluar - tau-tau melekat plak!


camne nak cari?

sape-sape yang duk ipoh, atau melawat sedara mara kawan-kawan di ipoh, nak cari gerai ni pegi je medan gopeng. cari 'billion'. ada barisan kedai-kedai kat situ. cari pulak 'restoran darul ridzuan'. malam-malam ade lah van putih park depan BSN!

deret kedai ni terletak berhadapan dengan jalan yang nak menuju kampung melayu.

skang dah pakai van putih. dulu setakat guna meja yang bole lipat-lipat tu je. amik ruang sikit kat depan restoran nasi kandar tu. skang ni dah amik space kat tepi jalan sebab nak parkkan van putih tu.

alhamdulillah maju jaya nampaknya bisnes nasi lemak pakcik tu!


aku ni dok cakap pakcik, pakcik, pakcik - tapi kalo korang tengok gamba nampak awek je yang menjual kan? mesti korang tertanya-tanya mane pakciknye? haha.

dulu memang pakcik yang jual nasi lemak ni. hensem pakcik tu. baik pulak. haha. kadang-kadang anak lelaki dia tolong. kadang-kadang anak pompuan. awek tu anak pompuan dia la kot, dah amik-alih menjual.

dulu, lauk nasi lemak tu buh dalam tupperware je. skang dah ade bekas macam kat buffet pulak. bagus betul pakcik ni memajukan perniagaan dia.


tapi kan, yang tak berubah cuma lauk-pauk dia. dari dulu sampai sekarang memang banyak pilihan. dari gerai kecik sampai gerai van - lauk memang berbagai-bagai. kerang, ikan bilis petai, ayam rendang, ayam merah, ayam goreng, sotong, paru - ikan keli pun ade!


dulu aku mesti order nasi lemak dengan sambal sotong. sedap gile. dah baper tahun tak datang, aku masih nak sambal sotong - tapi secara jujur, dah tak sesedap yang dulu lah! apsal ni pakcik? hihi.


kalo tak amik sambal sotong, aku suka jugak ayam masak merah dia. dan dah 10 tahun pun, ayam tu tetap sedap! syabas! hihi.


ikan keli pun ade! aku suka sangat ikan keli, tapi ade ye orang nak makan nasi lemak dengan ikan keli?


dari sudut gerai ni, korang akan nampak mcd medan gopeng. jadi sape yang tahu kawasan ni, tau la mana nak cari nasi lemak ni. masa aku balik malam-malam dari kl dulu mane ade mcd ni. baru sangat. kalau ade mcd 24hours ni mesti aku lepak sini je sambil tunggu mak ngan abah amik.

tapi kalau camtu, aku takkan tau la pasal nasi lemak sedap ni!

mcd medan gopeng

* * *


tada! ni bukan semua aku punya ok. seisi rumah! hihi. kitorang order nasi lemak biase je, sambal buh asing-asing. sambal dia memang sedap gile. manis-manis pedas. tambah pulak dengan telur mata - perfect!


sedap! sedap macam dulu. sedap macam masa mula-mula cuba nasi lemak ni masa tunggu mak ngan abah amik.


aiseh. gamba ngan sambal takde. tapi memang sedap ok. 10 tahun, masih di situ gerainya. kalau datang ipoh, pegi cuba okay!




9 comments:

adzsha said...

sigh. sedapnya nasi lemak! kena plak dgn teh tarik...
meletup ok, mak mertua, bapak mertua, hubby lalu or anak menangis mmg dah tak tgk kiri kanan ok...

Hidayah Ismawi said...

Seriously looks really yummy! Dunno when I'll reach Ipoh but I hope I remember this post and stop for the nasi lemak..

My favourite nasi lemak (in terms aof taste and nostalgia) is Nasi lemak ko-op putera kat MRSM Jasin..our ko-op puteri also sold nasi lemak but it was nowhere near as good (different supplier).. each night the ko-op putera would send around 30(?) nasi lemak to our co-op.. there was always a big mob waiting.. I used to stalk the ko-opian and buy even before the nasi lemak found its way to the ko-op.. Jasin where I learnt that people do eat nasi lemak at night .. and I did..almost every night ..ahaha

MY LATEST ENTRY: Kids Fun Time Contest-The Prizes arrived!

Nadiah Sidek said...

ala..lmbt lg blh gi ipoh. mak nadiah org ipoh tp jarang dah balik sana. dah takde sape kat sana. tinggal sorg je pak sedara mak kat sana

The Womanish said...

hehehe...me & hubby pun ada namakan sendiri satu kedai ni...
so, only us yg tau kedai apa.

even like you ada sebab nak namakan taliban...tapi kitaorg ntah apa nama, setakat sebut ikut sedap mulut je..hihihiiii

Syigim said...

>> lin, sedappppp! tapi i makan with ribena on the side ye hahaha...

>> hidayah, thanks for sharing :) actually it's my first time eating nasi lemak at night too when i first ate this nasi lemak taliban.

it was weird at first, bcoz i thought nasi lemak is a bfast thingy..hihihi..

Syigim said...

>> mak nadiah org ipoh ke! ipoh mana...kot2 kenal my mak's family. mak & adik2 dulu duk sungai rokam :)

>> the womanish, mmg kadang2 kita akan namakan kedai tu ikut senang nk ingat kan? macam "kedai pakcik kopiah" or "goreng pisang perabot" - sebb gerai dia sblah kedai perabot. hihihihi..

Hilawati said...

Syigim,nasi lemak rose tuh memang yummy..aku pun selalu pi beli kat sana,sanggup tu drive all the way from pasir puteh.there's another yummy nasi lemak dekat ipoh jaya...nasi lemak ni kukus...lauk-pauk nyanpun sedap.concept nye sama dengan nasi lemak rose...beza nya nasi nye di kukus.aku lupa la nama nya apa...heheh...

Syigim said...

hilawati..nasi lemak kukus mmg sedap :)

Anonymous said...

Mahal kot..nak kate sedap sgt taklah sgt....beli berdua ngan suami dekat rm18...jgn kate sy ambil lauk macam2 pulak...standardlah...kami bajet paling2 pun mungkin rm12-13 masatu..tobat nk pg lagi...

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails