persiapan raya aku dah buat sejak cuti kat malaysia lagi. memang dah plan, balik malaysia nanti mesti beli baju raya untuk my boys; mr. khairul, khaleef dan kahfi. yang paling kelakar skali nak beli baju melayu dan sampin untuk kahfi. beli satu saiz besa supaya bole pakai lagi tahun depan. jimat!
persiapan raya ni aku bahagikan kepada empat:
persiapan baju
rata-rata kalo baca article mak-mak pasal persiapan raya mesti akan cakap "siapkan anak-anak yang paling penting." dulu aku rasa, asyik cakap mcm tu je. especially artis. rupa-rupanya bila dah jadi mak, memang betul pun. memang lagi excited nak beli baju baru untuk anak-anak. diorang yang diutamakan. kita kemudian-kemudian pun takpe.
dulu masa aku kecik-kecik pun, agak selfish la. dah mak bawak gi super kinta beli baju pusing cantik-cantik, baru aku teringat nak tanya mak, baju raya mak mana? masa kecik-kecik ada yong, aku ngan syima je selalu pakai sedondon bertiga. bila da besar, dah ade identiti masing-masing, mulalah nak pilih kain sendiri!
mak aku pandai menjahit tau. mak pernah jahit baju kurung raya kitorang masa kecik-kecik, pajamas pun ade. mak aku siap bole jahitkan baju barbie doll - kena jahit 5 pasang pulak tu pasal dah ada 5 anak perempuan dengan 5 barbie dolls!
dekat umah aku kat ipoh, kitorang ada tailor yang dah bertahun-tahun buatkan baju raya kitorang adik-beradik dengan mak skali. bayangkan lah mak ngan 5 anak perempuan kali dengan brape pasang baju - kaya tailor tu dengan kitorang je! tailor tu telah menyaksikan perubahan fizikal kitorang, dari kecik budak skolah sampai la ke mak beranak 3. "aiyo u sudah gumuk sikit la." lepas aku deliver kahfi. ceh!
raya pertama tanpa mak, aku serius tak ingat macamana persiapan raya. aku rasa aku pakai baju yang jarang pakai kot, jadi baju tu nampak baru!
persiapan makanan
masa ngan mak dulu, mak confirm tiap-tiap tahun akan buat sejenis kuih raya ni iaitu kuih gajus. kuih tu bujur pehtu ada gajus terbonjol klua. mak suka sangat buat kuih tu dan adik-adik aku pun suka makan. aku je tak berapa pasal aku pun tak minat kacang.
kalau aku rajin aku pun ade buat sejenis kuih ni. simple je butter base. tapi aku bijak sket. satu aku salut dengan kelapa. satu lagi aku tepek coklat cip. satu lagi aku golek-golek atas nestum. satu lagi aku buh ceri. konon-konon aku buat 3-4 jenis kuih raya. padahal suma biskut raya butter. hihi.
kuih lain-lain tu kitorang beli je. adik-adik aku akan tukang isi kuih dalam balang. ada sekali aku ngan yong gi pekan ipoh dekat kedai borong untuk beli kacang-kacang mamak. ala, kadang-kadang orang datang beraya nak kudap-kudap kacang je.
pastu biasalah abah akan stok peti ais dengan ayam dan bahan-bahan rendang. malam raya mak akan masak rendang yang sedap gile. sigh. rindunya dengan rendang tu. nasib baik yong pandai masak rendang tu rase dia sebijik macam yang mak buat.
aku kat dubai ni pun akan cuba sedaya upaya aku untuk menghasilkan rendang macam mak juga! wish me luck!
persiapan rumah
aku penah cakap yang mak aku simple orangnya. jadi dia tak la nak buang duit tuka curtain atau carpet baru tiap-tiap tahun. jadi dalam bab persiapan rumah, kami adik-beradik cuma buat yang patut - sapu-sapu, mop, lap-lap, vacuum, susun-susun.
aku rasala kan, keja yang paling aku malas nak buat ialah gosok pasu gangsa dengan braso. korang penah buat tak? gile boring. kena gosok punya gosok dengan braso tu sampai hitam, lepas tu lap dengan kain, dia jadi berkilat. tapi bila dah duduk-duduk dalam bulatan dengan mak sekali sambil gosok-gosok pasu gangsa tu, sambil sembang-sembang, keja tu jadi best.
aku suka susun-susun kad raya atas almari kat main hall. abah dapat banyak gile kad raya dan bawak balik dari office so aku susun la kad tu. cantik wo aku susun!
persiapan duit raya
masa kecik-kecik aku tak la terlibat dalam bab persiapan yang ni, tapi bila dah besa, abah akan kasi duit seringgit-seringgit atau 2 untuk kitorang tolong letak dalam sampul duit raya. ni nak kasi kat budak-budak sekawasan perumahan yang datang nak beraya atau sebenarnya datang nak berduit raya je.
* * *
tahun ni?
tahun ni memang macam-macam yang baru. ni kali pertama kami beraya dengan ahli baru, kahfi! dan ini tahun pertama kami sekeluarga beraya jauh dari keluarga - di dubai! ini kali pertama kami nak beraya dengan rakan-rakan baru di dubai. (kali pertama untuk aku dan anak-anak le sebab mr. khairul dah beraya di dubai tahun lepas).
gamba raya pasti menarik dengan aku yang special di apit 3 jejaka tampan! baju melayu diorang memang sebijik. tak sabar nak tengok diorang pakai sekali. aku memang dah siap beli baju diorang kat malaysia, tapi hari tu berbuka kat jumeirah hotel, mr. haikal kasi tau yang kat dubai ada tailor india bole cakap melayu, yang memang pandai buat baju melayu ngan baju kurung suma.
logik jugak. dubai ni dah la haven kain. org msia pun pesan kain dari dubai. aku gi beli kat msia. takpe. lain kali boleh buat kat dubai je!
pasal rumah, aku kemas simple-simple je. tiada apa yang ganti atau baru. raya dengan seadanya. begitulah beraya di perantauan. cewah.
esok mr. khairul akan mula cuti raya. rasanya kami akan ke pasar esok untuk beli apa-apa yang patut untuk sambutan raya pertama di dubai ni. lemang ngan ketupat daun palas instant aku dah siap-siap beli dengan yong kat ipoh dulu. ketupat ngan kuah kacang pun ada. kerisik pun umi tolong belikan berpeket-peket. jadi aku nak kena cari bahan-bahan rendang esok.
eh, aku belum pernah jumpa kordial kat dubai ni. semua orang minum jus. mana nak cari kordial?
hmm, apa lagi nak beli..?
2 comments:
syigim!!!!!aku pun selalu dapat tugas Braso!!!!!! hehehehe
selamat hari raya, maaf zahir batin syigim!!!! take care lil girl in sneakers.....hehehe
hahahahaa.. lawak yeen!
happy hari raya to you! have fun & take lotsa picts! :))
Post a Comment