aku rindu nak terima kad raya. kad raya yang betul-betul kad. yang aku boleh pegang. yang aku boleh keluarkan dari sampul kaler putih. yang aku boleh belek-belek dan bukak. yang ada tulis 'pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas.' yang aku boleh gantung atau tayang atas almari masa hari raya.
masa kecik-kecik dulu beria-ia beli berpeket-peket kad raya yang 10 satu peket tu, untuk kasi kat member-member sekolah. kalau boleh nak bagi setiap sorang budak melayu yang aku kenal. nak kasi cikgu-cikgu lagi. masa tu kasi by hand je.
bila masing-masing dah masuk U, baru la pandai guna setem untuk hantar kad raya. aku spend dua kali raya bekerja separuh masa kat pejabat pos besar ipoh dengan member aku wani sortkan surat-surat, termasuk lah kad raya yang bertimbun-timbun.
seronok tengok ada banyak kad raya di alamatkan kepada tun dr mahathir, artis-artis termasuklah kami terjumpa kad raya yg di alamatkan kepada member-member kami sendiri!
tahun ni macam jadi satu trend - rata-rata edit gamba untuk digunakan sebagai kad raya. samada letak di blog untuk rakan-rakan bloggers, atau di tag melalui facebook.
apa tidaknya, memang senang sangat. upload kad raya digital tu di wall facebook, kemudian tag 50 (max) rakan-rakan facebook. percuma, mudah, cepat. 50 rakan akan dapat kad tu. aku amik beberapa kad yang aku terima kat facebook, termasuk jugak kad-kad yang aku nampak menarik di facebook.
(maaf ambil, tapi kredit masih ada di kad masing-masing ye?)
kad-kad ni pun menarik. yang kuning tu simple sangat, tetapi itulah yang menarik perhatian. yang putih tu pula tersusun petikan dari surah al-Baqarah.
yang ni pulak mendapat minat aku kerana kad yang comel dan kreatif. gambar rendang ayam kat atas sekali tu cun gile. begitu juga dengan peringatan memandu berhemat di kad raya yang penuh dengan papan tanda jalan raya. menarik!
* * *
ni kad dari nekPP, blog perpustakaan resipi masakan yang sedap-sedap belaka. menariknya blog ni, gambar makanan yang nekPP masak mesti cantik dan tersusun dengan hiasan-hiasan tepi yang comel dan sesuai dengan masakan tu. macam shot dalam majalah!
yang ni pulak 'kiriman' blogger merangkap baker kat dubai ni, fida. ramai juga di facebook, terutama yang dah berkeluarga, menggunakan gamba comel bersama pasangan dan anak-anak sebagai kad hari raya. thanks fida, i nak order roti jala lah raya ni, boleh?
ni pulak dipaparkan oleh kak arin kat blog dia. rasanya nilah kad raya paling comel kot haha pasal ada gamba girlfriend si kahfi!
thanks amirul kasi kad raya yang cantik ni. amirul ni cucu tokcik jugak. kira second cousin aku la. asyik berdua je raya, bila nak bertiga? (apsal aku macam makcik-makcik??)
ok cepat la kasi aku kad raya, nanti aku tambah lagi kat section ni hihi.
* * *
kad raya adik-beradik aku mesti lah ada!
ni kad raya comel dari yong, abg. mat and their kids - haiqal, haqeem dan husna.
ni kad raya dari mak buyung yang baru lepas pantang - syima, din with their girls - sufya dan marissa. tahun ni best lah beraya dengan baby baru kat ipoh!
adik di melbourne pun tak ketinggalan buat kad raya digital. syida guna gamba our first nephew, haiqal! comel, simple dan mesej tu sampai!
ni our puteri bongsu punya kad raya! ceh ceh, ayu la tu hoho. aku suka sangat font dia. jealous!
...and tada! aku buat kad ni guna paint je. i love to draw, remember? ni kad raya yang aku tujukan buat rakan-rakan facebook aku! untuk sape-sape yang aku tak dapat tag (pasal facebook kasi tag 50 je) aku sampaikan salam syawal buat korang juga!
dan pada rakan-rakan bloggers dan bloggirls, silalah ambil kad raya ni untuk hiasan di laman blog anda kalau sudi!
memang betul, kad tu pengganti diri! selamat hari raya aidilfitri!
4 comments:
salaam.. kak syigim..
selamat hari raye.. =)
not coming home this raya?
hi sis.. thanks for the wish.. baruuu je balik dr msia, so celebrating raya in dubai this yr.. :)
phewwiitt..how's zara nye boyfriend celebrate raya?maka dan makan dan makan lagi?zara each time gie visit rumah orang, mulut dia akan nganga gak nak makan apa yang org makan..:p
yuhuuu..diharap tidak TERLAMBAT nak tepek kad raya ahaks..baru boley nak angkut nie syigim hehhh hehh..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
UTUK SYIGIM SEKELUARGA
Post a Comment