Monday, September 14, 2009

Hari Raya Feel

aku tahun ni macam tak feel la raya. (ye, memang la pasal aku kat dubai, bukan kat malaysia - jauh dari keluarga dan kawan-kawan - tapi ke-tidak-ada-an tu lebih dari itu.)

bila pikir balik, patutla terlupa yang raya nak dekat. takde iklan raya kat tv dubai. kalau dulu, lagu raya eon dan salem siap hafal. "lemparkan senyumannn, hulurkan salamannn, kini dan selamanya ucapan selamat hari raya..." masa iklan, ternanti-nanti iklan hebat dari yasmin ahmad.

sesama adik-beradik berbincang iklan mana yang paling kelakar atau menyentuh perasaan. masa tu imej pakai baju raya, berkumpul sedara-mara kat kampung dan juadah raya jelas dipaparkan dalam iklan. memang terasa betul tak sabarnya nak melaram baju baru dan balik kampung makan lemang.

yang kaki majalah tempatan sibuk menunggu majalah kegemaran keluar dengan shot khas raya artis pujaan atau gamba ekslusif yang dinantikan seperti gamba raya pertama erra fazira dengan baby girl, atau mawi dengan isteri, atau abby beraya dengan anak-anak je tahun ni. berderet-deret gantung dengan sepit baju kat kedai mamak jual majalah. aku masa minat gile ngan 4U2C confirm beli setiap satu majalah yang ada gamba diorang pakai baju melayu. comelnya!

merata-rata ada feel raya. mana tak rasa gahnya nak sambut syawal di malaysia!


itu belum masuk feel raya kat shopping malls kat malaysia. masing-masing berlumba nak letak hiasan raya paling gempak. paling kreatif. siap ada tema. macam OU tahun lepas buat tema padang pasir kalo tak salah aku, siap pasang lagu arab, dan buat macam rumah aladdin kat tengah-tengah tu. pernah pulak klcc buat tema kampung, dan buat sebijik rumah kampung kat tengah-tengah, siap dengan panjut dan lemang ketupat semua.

aku kan hari tu pegi dubai mall. hiasan raya alahai, seciput. nak kata raya pun pasal ade bulan besa seketul, di tengah-tengah juntaian bintang-bintang. cantik tu cantik la. tapi tu je la hiasan raya kat pusat membeli-belah terbesar di dunia tu.

jalan-jalan lagi, nampak la ada benda-benda kaler biru ni, yang bentuk macam pelita, tapi tak kot. macam tanglung ada lah. itu je la hiasan yang aku perasan. mall ni pun besa ya amat, jadi mungkin belah hujung dunia sana aku tak pegi ada hiasan raya lagi menarik.

lagu raya berkumandang di corong shopping mall? ye lah tu.

jadi korang pahamkan apa maksud aku takde feel raya tu. aku rindukan lagu sharipah aini atau anuar elina diulang-ulang kat corong radio dan kala aku beli baju kat jaya jusco. aku rindukan tergelak atau menitis air mata tengok iklan raya kat tv. aku rindukan nak pegi tangkap gamba kat rumah kampung klcc atau hiasan raya OU. aku rindukan nak beli majalah semata-mata nak tengok anuar zain pakai sampin kaler apa tahun ni.

aku tau korang wonder aku dah download lagu raya ke belum. mesti la dah. tapi tak sama. sama la macam kalo korang dah ade dvd 'lord of the rings' dan bole tengok bila-bila masa, tapi tiba-tiba korang still excited dapat tahu 8tv nak tayang 'lord of the rings' malam ni. aku nak la excited tiba-tiba terdengar lagu hail amir dengan uji rashid masa cari kasut raya ke ape ke.

tu je lah. kalo korang baik hati, korang dedicate la lagu raya kat aku. boleh la aku tiba-tiba "eh eh, lagu raya." dan kalo korang lagi hati baik lagi suci murni, kirimla kat aku majalah yang ada gamba anuar zain pakai baju melayu ye, ye, ye?

sementara ni, aku browse youtube je la menonton iklan-iklan raya yang terdahulu. jaaaadilah! untuk hiburan korang, ni video dua budak busuk kesayangan aku si khaleef dan si kahfi.

enjoy.



3 comments:

Silent Scribbler said...

I feel ya!!! Sini takde feel raya langsung, in fact tengah ditimpa dgn timbunan buku2 dan artikel yang kene baca. :-P Apa2 Malaysia paling best.

liyana azmi said...

yana faham sgt your feeling. Last time when I was celebrating eid in Melbourne pun mcm tu. Nasib baik duduk kat hall terasa jugak lah beraya...i wish you a happy hari raya, yang penting you're always with the loved ones...jemput dtg umah ye...:p

Syigim said...

>> ya lah. how selfish of me! at least uae celebrates ramadhan with a bang & welcomes syawal too. tp ko tu dah la kat kampung US ye..lagiii la xde hint of raya. well, there's always lagu raya on the net & melodi raya live @ tv3.com hihihi.. :))

>> thanks tukang jahit ku tersayang.. hihi.. yes, wishing you a fantastic raya too liyana.. :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails