Wednesday, September 30, 2009

Nostalgia Beraya di Hari Raya

ada sape lagi nak jemput datang open house raya? di dubai, orang tempatan raya sehari sama rakan dan keluarga; hari yang kedua bercuti ke negara jiran atau tempat peranginan. malaysians? syawal kan sebulan!

seronoknya pergi beraya. kecik-kecik dapat duit raya, dah besa ni seronok tengok anak dapat duit raya.

beraya - bagi aku bagaikan evolusi. memori terawal beraya aku pastinya di sisi keluarga. kemudian evolve kepada beraya sendiri-sendiri bersama member-member, dan kini beraya dengan keluarga sendiri - suami dan anak-anak.

masa kecik-kecik dulu, kalau raya je mesti balik teluk intan belah abah, sebab mak pun dah lama yatim piatu. raya ke-3 - 4 baru ke taiping rumah tokcik. masa tu opah (mak abah) ada lagi, 7-7 adik-beradik abah akan balik kampung. mak cho, pak huri, mak yang, pakcik kudus, mak nyah ngan mak cu. campur anak-anak suma memang riuh. rasanya ada dalam 30 cousins aku!

raya pertama, lepas melawat kubur atuk shoib, mesti pegi 2-3 rumah yang sama tiap tahun. rasanya tuan rumah dah bersedia bila nampak batallion cucu tok shoib datang beraya. memang kecoh, memang bising, memang perabih kuih raya, lemang dan minuman kordial!

* * *

raya ke-3 atau 4, kalau tak ke rumah tokcik jumpa anak-anak tokcik mak long, pak ngah, uncle lim dan ucu sefamily, kami ke kuala lumpur. kat kl semestinya port kami di rumah cousin mak yg dah macam kakak sendiri; mak keh. yang pasti turut serta - adik-adik mak; auntyna, cik ngan cu sefamily.

* (my mom's mother, mak keh's mother and tokcik are sisters)

rindunya nak beraya ramai-ramai!

* * *

just10 raya @ year 2000 : wani, niraku & syu (standing) and me, hani & fazlein (sitting down)

bila dah besa sket, mak kasi jalan beraya sendiri dengan member-member. kenangan paling best pastinya beraya dengan gang just10. rumah aku paling hampir dengan rumah asmatul, niraku ngan fazlein. ingat lagi masa tu berjalan kaki je nak pergi beraya. jalan ramai-ramai sambil bersembang, tak ingat panas dan letih. memang seronok.

bila dah masuk 17 tahun ke atas, seingat aku niraku adalah member pertama yang berkereta. jadi, daripada berjalan kaki, kami upgrade kepada kereta. sumbatlah kami 6-7 orang dalam kereta niraku tu nak beraya. sungguh berjasa kereta tu! masing-masing kebanyakan belum bertudung, dengan jeans, atau tudung senget-senget.

* * *

just10 raya @ 2003 : fazlein, syu, safira, wani (on the sofa) and anneeza, niraku & me

tiap-tiap kali raya kami cuba berkumpul. itulah reunion kami lepas semuanya terbang ke uni dan kolej masing-masing.

menjelang graduasi, rasanya rata-rata dah berkereta. daripada berjalan kaki dan bersempit-sempit dalam kereta niraku - lepas tu kalau beraya pasti tidak kurang 5 bijik kereta bertapak kat depan rumah.

yang paling seronok, walaupun kami dah muda remaja, dan baru-baru bekerjaya merasa duit sendiri - masih lagi mak-mak just10 kasi duit raya bila beraya. pada mereka kami masih anak-anak kecik yang beraya ke rumah diorang dari zaman sekolah-sekolah lagi!

selain dari sumber pengangkutan yang bertambah maju (dari berjalan kaki, naik bas, satu kereta ke 5-6 bijik kereta), satu lagi perubahan ketara ialah fesyen. daripada sekadar jeans dan tudung senget; raya-raya yang mendatang lepas tu menampakkan betapa kami budak-budak just10 comot dah jadi kupu-kupu - boyish dah jadi feminin - yang tudung senget dah tudung lilit-lilit - semuanya bergaya, dan ada yang pertama kali mengenakan make-up dan high heels!

* * *

just10 raya @ 2007 : me, hani, wani & niraku

raya yg akhir bersama just10 sebelum ke dubai, masing-masing datang beraya dengan suami, dengan anak-anak. memang evolusi betul. dari kami budak sekolah, ke mak budak. dulu mak-mak kasi duit raya, sekarang jadi opah yang kasi just10 juniors duit raya. malahan bukan saja dapat duit raya dari opah-opah ni, tapi juga dari makcik-makcik just10 seniors!

cerita raya bukan lagi gosip budak lelaki cun, homework raya atau 'cuti raya uni sampai bila'. masa tu kisah sembang berpusat pada anak-anak, bertukar jabatan, dan rancangan melanjutkan pelajaran.

* * *

evolusi berterusan!

kini di dubai, aku beraya dengan suami dan anak-anak. rasanya beraya di dubai ni lagi terasa beraya rumah kawan-kawan kerana bagai semuanya nak buat open house, terutama raya pertama dan kedua. rasanya di malaysia memang tak pernah kami suami isteri beraya dari rumah ke rumah dari pagi lepas solat hari raya sampai ke malam satu syawal, dan sehari suntuk hari kedua jugak!

yang paling seronok pastinya dapat merasa makanan malaysia walau jauh di perantauan. laksa, nasi lemak, nasi dagang, nasi ayam, nasi minyak, satay, keropok lekor, soto, rendang pelbagai rasa, serunding, lemang, ketupat dan kuih raya yang bermacam rupa - memang mewah hidangan raya di dubai!

cakap-cakap tentang makanan ni, nak ulang soalan kat atas tadi - ada sape lagi ke nak jemput ke open house raya? *sengih*


No comments:

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails