Friday, July 3, 2009

Kepulangan Anak Watan

sempena sekembalinya saya ke tanahair, suka saya untuk berblog dalam bahasa kebangsaan saya, bahasa ibunda bahasa melayu tercinta. saya harus menaip pantas kerana tiada kemewahan masa seperti di dubai - masa perlu diisi dengan pertemuan kekeluargaan dan makanan idaman!


amat menarik penerbangan kali ini, kerana percaya atau tidak, ini adalah penerbangan pertama kami berdua bersama! sebelum ini encik khairul ke dubai dahulu sebelum saya, yang menyusul kemudiannya bersama abah dan khaleef. ketika itu masih mengandungkan kahfi. seronoknya naik kapal terbang berempat sekeluarga!

lapangan terbang antarabangsa dubai amat sesak! rata-rata mengusung kotak berkoyan-koyan - lagaknya seperti tidak akan kembali lagi ke dubai. mungkin? penerbangan pukul 3. kami sudah tiba sejak tengah malam dengan semangat berkobar-kobar untuk pulang ke malaysia setelah berbulan-bulan di rantau orang.


khaleef lena sejak dari rumah. kami bergurau membayangkan bagaimana agaknya jika khaleef tidur sepanjang penerbangan, dan bangun bila tiba di malaysia - alangkah terkejutnya dia nanti! kahfi tampak ceria dan tenang - menggoyang-goyangkan kaki kala duduk santai di dalam kereta bayi yang disediakan oleh syarikat penerbangan emirates.

agaknya tahu yang dia bakal pulang ke tanahair buat pertama kali...


penerbangan ok. kahfi cuma meragam sekali-sekala. khaleef pula asyik bila di layankan dengan pilihan kartun yang berlambak serta mainan video yang menarik. tiada masalah. kami suami isteri?

bagi orang lain, mungkin tiada yang hebat (benda kecik, bahasa pasarnya) namun secara peribadi ia adalah pengalaman yang amat ringkas tetapi bermakna apabila belayar di angin biru selama 8 jam tanpa henti bersama yang tercinta di sisi!

*senyum*


kahfi disediakan tempat tidur khas untuk bayi. tempat ini terletak di barisan kerusi paling hadapan setiap dinding kapal terbang; dan di dinding ini lah terletaknya dua lubang untuk meletakkan crib bayi ini.

ianya kelihatan cukup selesa, tambah pula dibalutkan selimut empuk dan ditemani patung unta lembut dan comel dari emirates. kahfi tidur lena!


ini khaleef. khaleef suka main permainan video. dia juga menonton 'madagascar II', 'raksasa lawan makhluk asing' dan 'kisah permainan'.

tiba di malaysia, menariknya kahfi tergelak-gelak sepanjang berjalan kaki ke 'tuntutan bagasi'. sebagai tahu yang dia telah tiba di tanah tumpah darahnya. kami dijemput oleh adik ipar saya, k dan tina. seronok sungguh khaleef bertemu dengan pakngah dan auntie na nya.

kami lantas ke rumah makcik saya, auntie na selepas menyimpan bagasi-bagasi di rumah k.

* * *


khaleef dengan atuknya. khaleef dengan maksunya. cukup bising. cukup meriah. cukup nakal. memang meriah dan gembira dengan gelak tawa. yang pasti, suara paling kuat ialah suara saya.

betul lah!


masuk beberapa jam selepas itu, rata-rata mula bosan dengan saya! uhuk! cousin-cousin sibuk bersms; bapak-bapak budak sibuk berbincang politik, ekonomi dan sebagai!


terima kasih kepada tuan rumah - auntie na!
terima kasih untuk lauk-pauk, masakan kampung yang lazat!
terima kasih untuk kuih-muih malaysia yang enak!
terima kasih untuk roti daging yang memang sedap!


selesai makan-makan di rumah auntie na, kami kembali ke rumah adik ipar saya, k untuk kahfi dan khaleef bergolek-golek bersama auntie-auntie di sana; auntie na dan ateh.

malam ini putera berdua saya menunggu ketibaan atuk, opah mereka dan auntie ya serta uncle asrar dari kampung lalang.

* * *

entri esok pasti penuh dengan durian, char kuey teow dan satay! syukur!

4 comments:

FiDa@aMiDa said...

bestnya dpt jumpa sedara mara :) uwaaaa bila nak balik ni

arin said...

firstly syigim, mmg kelakar bangat baca hang nye entry nih...hahahahha...apo le..bebetul berbahasa malaya..

Baba dah Separuh Abad said...

drama minggu ini episod pertama karya minah arab celup!

Syigim said...

>> cepat-cepat balik, fida! esok i nak gi makan durian! :))

>> hahahhahahaha.. a ah ari tu nk cepat main tulihhhh je blog. bila baca balik ari ni mmg lawak! :))

>> uncle moslim, ni drama minggu ini, later i buat cerekarama or citrawara pulak! :P

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails