Sunday, July 5, 2009

Semalam di Bagan Lalang

hmmph.

laporan terkini menampakkan saya belum lagi dapat char kuey teow, satay kajang mahupun durian. tapi ekspidisi bersama keluarga encik khairul membawa saya ke sebuah restoran tepi pantai di bagan lalang, selangor untuk menikmati hidangan yang tidak kurang hebatnya - ikan bakar!

perjalanan dari rumah adik ipar saya k ke bagan lalang memakan masa dalam sejam. saya ternyata belum pernah sampai ke sini!


tiba di bagan lalang, matahari elok sahaja sedang benam, jadi adik-adik ipar saya sibuk bergambar dengan khaleef dan kahfi berlatar belakangkan laut biru sementara hari masih terang, sambil saya beromantika bersama encik khairul! *kelip kelip mata*

teh dan kahfi, tina dan saya

tanpa dirancang, kami berbaju putih belaka! adakah lagak saya setanding ahli kumpulan remaja zaman 90-an?

kami bergambar asyik sambil encik khairul merehat lutut kaki bersama adik lelaki bongsunya, asrar.


siapa si comel di dalam kereta sorong bayi warna jingga ini? pastinya kahfi! ya, mata anda belum rabun. ketiga-tiga saya, khaleef dan kahfi memakai baju t bersulam 'dubai'. saja je.

*senyum*

* * *


* * *

selesai bergambar, kami turut serta mak dan bapak mertua saya yang telah menunggu di 'restoran bagan lalang seaview'.

anak mak, anak bapak

comel bukan, encik khairul bersama bapaknya haji anwar berbaju sedondon 'mr. messy' dan 'mr. happy'? bapak mertua saya bergurau, patutnya belikan encik khairul 'mr. gopoh'. haha. bapak mertua saya memang seorang yang bersahaja dan kelakar.

beliau telah lama pencen dari dunia korporat dan memilih untuk hidup tenang di kampung. saya suka nasihat-nasihat beliau kepada anak sulungnya ini terutama berkenaan dunia korporat - kata-kata emas beliau sentiasa dari minda dan logik, dan bukan sahaja mengikut darah muda dan perasaan hati.

mereka yang baru mengenali encik khairul mungkin menganggap dia serius dan tegas. namun secara tulus, dia adalah lelaki paling kelakar yang saya pernah kenali. serius! anak bapak lah ni!


tempat yang menyajikan makanan lazat dengan harga berpatutan, di kawasan yang dijaga rapi kebersihan serta keselesaannya - pasti menjadi kunjungan ramai - bagai semut bertemu gula (eh, betul ke cikgu?)

nasib baik adik ipar saya k awal-awal telah menempah meja 16 kerusi untuk kami sekeluarga - encik khairul, saya dan khaleef, mak dan bapak encik khairul, adik-adiknya tina, teh, asrar dan sofia; k serta isterinya hami bersama baby baru wafa, dan sekeluarga lagi kenalan k.

makan apa?

inilah sesi di mana saya akan membiarkan gambar-gambar kolaj di bawah menari-nari di minda anda, menceritakan kelazatan dan keenakkan makanan laut bakar!


okay lah. suka saya hendak menceritakannya juga!

kami memesan berpinggan-pinggan ikan pari bakar (tiada ikan kegemaran saya, ikan keli) ketam cili, ikan tiga rasa, ikan stim (agak kelakar jika dialih-bahasa - kenapa ikan tu stim?) kerang rebus, sambal udang, sotong goreng tepung dan yang mesti ada - telur dadar.

saya bukanlah peminat makanan laut secara menyeluruh, namun saya amat gemarkan ikan bakar. cicah pula dengan sambal kicap? lazat!

bagi saya, hidangan di sini sudah cukup hebat, namun encik khairul tetap mengatakan ikan bakar di sungai duyung, melaka adalah yang terenak yang pernah dirasai. mungkin korang boleh pergi sendiri dan buat perbandingan peribadi, ya?


khaleef tidur. kami bungkus makanan untuk dia makan kemudiannya, tapi setiba di rumah k, dia tetap makan malam roti gardenia.

kahfi dan sofia (adik bongsu encik khairul), kahfi dan khaleef bersama tina (yang sebaya dengan adik bongsu saya azot)

sesi bergambar diteruskan lantaran kahfi dan khaleef berbaju sedondon!

(maaf laporan tidak lebar kerana kesuntukan masa! ada bau durian!)

1 comment:

diyana anwar said...

hahahaa.
kelaka laa bile kak syigim post in malay. ;DD

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails