mommy lyna dari MySuperKids nak kasi iPad? iPad!!!
caranya bukanlah mudah. ye, susah! betul susah! hihi. kena tulis artikel, dan pastikan artikel itu menarik minat juri. tulis artikel berkenaan apa? hanya bertajukkan ‘saya mahu… dari blog…!’
* * *
saya?
saya sangat suka menulis. saya sangat suka berpuitis. saya sangat suka dengan bahasa, dalam apa jua gaya. menulis bukan hanya untuk orang baca, tapi untuk orang rasa. untuk orang terpana. untuk orang teruja.
saya mahu jadi pujangga dari blog ‘ini fynn jamal cakap’.!
fynn jamal. kenal nama ni? aduh. kalau tak kenal, sila singgah ke lamannya; ‘puisi tepi jalan’, dan lihat sendiri cara dia bermain kata. kalaulah saya bisa jadi pujangga seperti dia!
dia bukan tulis puisi semata. dia bukan berpantun sahaja. bukan pula bersajak belaka. tapi apa saja yang ditulisnya, pasti enak dibaca dek kerana pandainya menyimpul ayat penuh erti, penuh jiwa!
perihal abah yang sayangnya ya amat. alkisah cinta agung dia dan suami. tentang hidup muzikalnya. apa saja yang terlihat depan mata, dan ape yang terlintas di minda pujangganya!
ayatnya ringkas tapi dalam berkias,
gaya bahasanya kadang kasar tapi ada benar,
susun katanya kadang dalam marah tapi tetap bermadah,
paling suka ayat cinta pada suaminya yang berima sungguh indah.
betapa saya mahukan kreativitinya.
betapa saya mahukan gaya bahasanya.
betapa saya mahukan semangatnya.
semua orang boleh menulis, tapi tidak semua boleh menyentuh jiwa sebagaimana tulisan tulus fynn jamal.
semua orang boleh membuat luahan perasaan melalui blog, tapi tidak semua boleh mengocak perasaan pembaca supaya turut serta bersuka, murka atau berduka.
semua orang boleh cuba berpantun bermadah, tapi tidak semua boleh menjadi pujangga seperti fynn jamal.
jadi, saya mahu jadi pujangga dari blog ‘ini fynn jamal cakap’!
* * *
nah, bisa berikan saja saya iPad itu, mommy lyna? *kenyit kenyit*
* * *
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
10 comments:
dah dengar lagu "150 juta" daripada fynn jamal ?
banyak cover version di you tube
pala maldini, of course! sgt sweet lirik lagu tu :)
subhanallah..
tertitis airmata saya membaca sebegini sekali rezeki saya sama kawan2 saya di alam maya ini.
*peluk*
fynn jamal? fynn jamal! terima kasih sbb tinggalkan komen! terkejut sgt! :))
*speechless*
urm. you're SO talented. itu je.
*peluk balik*
:)
as usual bahasa berbunga2 sis Syigim mengocak kenangan lalu..
ehehe.. kenangan once upon a time i was known as 'pujangga' among frens tapi skg dah korup hahaha.
good luck sis!
wah, mommy lyna ni pujangga bersara rupanya! alah, kalau jiwa dah puitis, takkan hilang punya! hihi
thanks for the good luck wish! :) good luck to u too choosing the lucky one!
Salam...
Lawanyer blog nier...
Fynn Jamallll!!!!
Suka bait lagu nier...
Sepertinya... aku ini... jalan yang kosong....
salam abuya hayat :) terima kasih. singgah2 la selalu ye.
fynn jamal mmg punya bait2 ayat yang bermakna semuanya!
bermakna penuh puitis di sini..
Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE
ohoho....saya pun suke
http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/
Post a Comment