Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

mari raikan cinta kita untuk Rasulullah SAW…

 

 

BIODATA RASULULLAH SAW

  1. Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
  3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  4. Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
  6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
  7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

* * *

 

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
- Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

* * *


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW :

  1. Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam'ah
  • 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
  • ANAK-ANAK RASULULLAH SAW :

    1. Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra'
  •  

    * * *

    Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


    Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
    - Berkata benar (siddiq)
    - Boleh dipercayai (amanah)
    - Penyampai ajaran Islam (tabliq)
    - Bijaksana (fatanah)

    * * *

    found this on the net. cute and creative! *smile*

    tapi ada yang mempersoalkan, boleh ke maklumat tentang nabi Muhammad dibuat begini. pada aku, kalau sekadar niat nak mengumpulkan maklumat tentang Rasulullah dengan cara yang mudah difahami, ok kot. ringkas, padat dan menarik.

    takkanlah ade orang yang rosak akidah sebab percaya bulat-bulat yang ini memang passport Rasulullah!

     

     

    salam maulidur rasul buat semua!

    2 comments:

    transformed housewife said...

    salam maulidur rasul. buat apa hr ni?

    Syigim said...

    salam maulidur rasul kembali. my husband pi syria minggu ni, jadi me & the boys lepak kat rumah je :)

    check out these postings too!

    Related Posts with Thumbnails