Thursday, February 17, 2011

Krisis Egypt : Impak Pada Dubai (UAE)

ramai rakan taulan dan keluarga terdekat yang tertanya-tanya : apa khabarnya tanah arab dubai dan serata arab emiriyah bersatu (united arab emirates; UAE) di kala rakyat tunisia dan egypt bangkit menggulingkan presiden mereka?

dubai pun arab jugak kan? sekarang kan negara-negara arab semua tengah sibuk dengan revolusi dan kebangkitan rakyat masing-masing? dubai macamana? tak bahaya ke? tak nak balik malaysia ke?

* * *

dubai

(image : google) burj arab, dubai & the sphinx & the pyramid in egypt

 

oh dubai!

aku yang tinggal di dubai bersama suami dan 3 anak semuanya alhamdulillah selamat sejahtera, dan hidup di sini macam biase je. biase sangat-sangat biase. insyaAllah harap kekal selamat macam ni.

aku jumpa satu artikel ni yang membincangkan tentang kesan revolusi di tunisia dan egypt terhadap UAE. caranya terang dan jelas, sambil mengemukakan contoh-contoh yang aku pun boleh faham. kalau nak baca artikel tu dalam bahasa inggeris, klik sini.

di sini aku terangkan dengan bahasa aku, supaya 10 tahun nanti aku baca balik pun boleh faham. hihi.

* * *

PERTAMA, UAE BERSIKAP NEUTRAL

pihak kerajaan uae bijak dengan tidak mengemukakan sokongan mahupun bantahan terhadap demonstrasi secara terang-terangan. ye lah, kalo kata sokong demonstrasi tu, goyanglah persahabatan dengan kerajaan egypt. kalo kata bantah demonstrasi pulak, nanti manalah tau rakyat UAE pulak yang marah. jadi diorang senyap-senyap je.

(tapi menteri luar UAE ade lah jugak melawat bekas presiden egypt hosni mubarak masa krisis tu huhu)

 

KEDUA, PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN EGYPT & UAE

rakyat egypt yang sibuk memprotes dulu ni macam-macam tak puas ati. mahukan perubahan, PERUBAHAN dalam sistem pentadbiran dengan meminta presiden mereka hosni mubarak blah selepas 30 tahun memegang jawatan. dah la 30 tahun memerintah, pehtu nak anak dia pulak ambik alih, padehal presiden dilantik melalui pilihanraya. mane tak bengang!

tapi kat UAE takde teringin nak ubah-ubah ni. UAE menggunakan sistem monarki (pemerintahan beraja) jadi tahta kerajaan memang diwarisi oleh anak atau adik beradik. keluarga diraja UAE sangat dihormati oleh rakyat jelata dan status ketuanan mereka tak pernah dipersoalkan.

diorang memang sayangkan bapa pembangunan UAE iaitu sheikh zayed (pegang tahta sejak merdeka kalo tak salah, meninggal 2004, skang anak dia pegang tahta UAE), jadi anak, atau sedara mara dia pun diorang sayang la kot. hihi.

 

KETIGA, PERBEZAAN POPULASI EGYPT & UAE

egypt ngan uae ni populasinya sangat berbeza.

bayangkan rakyat tempatan UAE adalah MINORITI! yes, pak-pak arab tu minoriti di negara sendiri! macamana tu ye? dalam 6 juta je penduduk UAE, hanya 15 peratus adalah rakyat tempatan. rata-rata berkehidupan selesa, dan menikmati kemudahan yang sangat best sebagai rakyat tempatan, walaupun diorang sikit. jarang dengar pasal rakyat merungut tentang kerajaan.

ini berbeza dengan egypt yang sebilangan besar penduduk adalah rakyat tempatan, sebanyak 79 juta la lebih kurang. ramai gile tu! mereka menuntut perubahan dalam sistem pentadbiran, pendidikan dan paling pentingnya; kebebasan bersuara. mereka menentang keganasan pihak polis, kerajaan korup, dan banyak lagi. 60% rakyat hidup miskin – tiada peluang pekerjaan dan pendidikan yang sempurna.

punya la ramai rakyat tak puas hati, mana taknye mencetuskan revolusi ye tak.

revolusi negara-negara arab pulak skang ni rata-rata dicetuskan oleh RAKYAT TEMPATAN. jadi berbalik pada UAE tadi, rakyat tempatan dah le sikit sangat, hidup pulak selesa. jadi ape yang nak diprotes?

expats (rakyat asing) yang tinggal kat UAE (termasuklah aku) memang la sangat-sangat ramai berbanding dengan rakyat tempatan, tapi selalunya rakyat asing ni mane la nak libatkan diri sangat dengan situasi politik kat negara asing yg diorang tinggal tu.

rakyat asing kat UAE nak buat demo? dari india, filipina, indonesia, US, UK, lebanon, iran, iraq, afrika sampaila ke rakyat malaysia sendiri kebanyakan berpusu-pusu ke UAE pun pasal nak cari keja. semua nak sara keluarga, terutama yang tinggalkan anak bini kat negara asal masing-masing. dah dapat keja tu dah cukup best. duk je diam-diam.

kalo tak puas hati bole balik negara asal!

* * *

ini je la 3 poin utama yang aku dapat fahami, dan kasi fahamkan kat korang-korang yang baru nak tahu. kalau ade tersalah maklumat, tolong khabarkan okay, sebab aku tulis ni pun berdasarkan fahaman aku dengan apa yang aku baca dan saksikan di media masa.

memang, rata-rata negara arab memiliki konsep yang sama : diperintah oleh diktator tua yang dah berkurun-kurun pegang tahta. ditambah pulak dengan ekonomi yang meruncing dgn kehidupan rakyat yang tertekan. lepas tunisia, egypt. diikuti pulak demonstrasi yang lebih kurang kat jordan, yemen, algeria dan yang terbaru bahrain – jiran sblah rumah je ngan UAE.

memang ketua-ketua negara arab tengah gabra sekarang. presiden yemen awal-awal dah ckp, “korang xyah la buat demo, aku janji hujung tahun ni aku letak jawatan la. betul. korang tolonglah xyah demo-demo ni.” oklah dialog ni aku buat je hihi, tapi betul, memang lebih kurang mcm ni la presiden yemen umumkan.

harap-harap keamanan di UAE berkekalan, sebab kalau jelas kehidupan tu selesa, tak payah la nak diada-adakan revolusi ni. tak pasal-pasal rakyat asing macam kami ni tersepit di tengah-tengah, macam pelajar-pelajar malaysia di mesir yang dah selamat sampai di saudi dan malaysia.

ok, pak-pak arab kat dubai sila jangan buat demo ye. buat demo camne nak buat nasi mandi ok la jugak. (ok, bad joke. hihi.)

8 comments:

firahadifa said...

apa yg aku nampak , gov dubai nie buat sistem kasta . which aku nampak rakyat diorang hidup mewah semewahnya .. macam raja ... and diorang invite org bawahan like pinoy n bagla etc . surpringly aku plak envy diorang nie.. keje da la senang2 jer.. gaji best giler..

ddfirdaus said...

Btol tu syigim..negara2 arab ni kaya raya tapi kalau rakyat dinafikan haknya sape boleh tahan.. Harap2 mereka2 yg berkepentingan tu sedarla sket. Ramai tak berdosa yg jadi mangsa.

ICA said...

I think the way UAE is govern...political landscape dia lain from Egypt kan. So very unlikely akan jadi revolusi mcm di Mesir. So my bet is you are safe there my dear...errr, unless you plan utk hidup lagi mencabar dari biasa and move to Egypt? hehehehe.

Pala Maldini said...

kadang2 mereka yang menuntut "PERUBAHAN" tu pun sebenarnya tak tau apa yang nak diorang nak.. main ikut2 orang je..

Syigim said...

>> firahadifa, betul jgk kan. padehal diorang sikit je drpd pinoy n bangla :|

>> dbalkis, kesian bab tu lah. yg kaya, kaya sgt. yg miskin susah sgt nk kaya..

Syigim said...

>> ica, yes politic uae lain dr egypt. but bahrain lebih kurang dgn uae, and now diorang pun dah buat demo. brrr. scary. :(

doakan lah xsampai ke dubai ni!

>> pala maldini, that's why ramai tertanya2 - what's next for egypt?

ms. keledek said...

well elaborated and reasoned..bagus bagus

Syigim said...

thanks fatimah dear..i do try :) 10 years down the road i hope i can still understand what i wrote! haha

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails