Thursday, March 25, 2010

A Buddy from London

sekarang jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. sahabat saya niraku akan tiba lagi tiga jam.

dia terbang dari london, transit di dubai untuk 24 jam, dan kembali terbang ke tanahair tercinta malaysia untuk bertemu mak, kakak, adik perempuan dan yang paling dia nak jumpa ialah anak sedara dia aatif yang baru lahir baru beberapa bulan!

sungguh tak sabar tunggu dia sampai!

saya dan niraku di historical dubai bastakiya sewaktu dia transit di dubai tahun lepas!

kami bersahabat sejak di darjah 6, bila kami ditukarkan ke kelas yang sama. sebelum itu, kami berlainan kelas. saya kenal dia pada nama je masa tu sebab niraku memang popular - maklumlah, ahli sukan hebat di sekolah waktu itu!

tapi detik bersejarah kami mula bersahabat tu jadi masa perhimpunan - masa tu kami sama-sama bertugas sebagai pengawas, dan sedang berdiri di barisan paling belakang. saya ingat sangat masa tu cikgu bertugas mengumumkan yang projek 'buddy system' bermula minggu itu, dan kami dikehendaki mencari seorang 'buddy'.

tugas 'buddy' ni untuk mengingatkan masing-masing untuk menyiapkan kerja rumah, membuang sampah di tempat yang betul - ape-ape je lah yang mematuhi undang-undang sekolah.

memandangkan kami kebetulan berdiri bersebelahan, saya pilih dia, dan dia pilih saya. dan kami pun jadi 'buddy' hari itu, dan hari-hari seterusnya - kawan ketawa dan menangis.

* * *

tahun lepas pun dia ade transit di dubai. tahun lepas pun dia datang masa saya mengandungkan kahfi. tahun lepas dia datang kejap je pun dah best.

kali ni mesti best jugak.

24 jam je pun jadi lah!

8 comments:

dbalkis said...

bestnye ada kawan merata dunia..boleh transit melawat kawan..kalau saya g London, transit Dubai, syigim nak kawan tak??hehe..

CikLilyPutih said...

wah transit dr london. mesti banyak bende nak diborakkan betul tak? kalau sy plak yg tertransit kedubai, bole ke syigim entertain ek?

shinichi said...

Dia datang 2 tahun lepas kan (2008). Kitorang pun x sesabor nak jumpe olahragawati sekolah 1991. Reunion just10 - 10 Apr :))))

paij188 said...

teringat my buddy! BFF until now...

*tiba2 nostalgia..

Syigim said...

>> dbalkis, mmg sonok esp london-msia confirm lalu dubai ;) kalo dbalkis tak transit pun jom la kita kawan2 ;)

>> CikLilyPutih, dia dtg subuh tadi.. kul 11 ni br bagi dia rehat haha.. dr tadi pokpek2 lama xjumpa. kalo ciklily transit dubai bole i bwk gi makan nasi mandi... nyummmm!

Syigim said...

>> appreciate the correction, persimon. try not to have too much fun

>> yes, fairus...mmg BFF. i'm so glad she's landing even for ONE day! finally ade la 'girl talk' dlm rumah full of boys ni!!! ;)

DDrfauziah said...

Aslmkm Syigim.
Seronoknyer masih ada contact dgn kekawan masa sekolah=best time tu ... envy la.
If boleh bertanya, Syigim duduk sana ikut hubby yg keje pilot juga ke or keje lain?
I hv never been to Dubai ... sekadar transit ade le. Ingin juga nak ke sana, tp dirancang asyik tak jd jer :(

Syigim said...

wsalam kak G. thanks for droppin by :) a'ah jumpa setahun sekali pun alhmdulillah friendship tu masih kekal :)

syigim ikut suami yg keja di semi-gomen di dubai, bukan pilot ye kak G ;)

dubai is fantastic! must go one day kak G!

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails