Friday, May 29, 2009

Weekend Award

saya terima 'anugerah' ini dari rakan lama serumah dewan malaysia melbourne di st. kilda dulu. terima kasih, kak arin!


1. salin lencana "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
selesai.

2. ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
seperti yang dinyatakan di atas, kak arin merupakan rakan serumah dewan malaysia melbourne. seorang yang kelakar dan periang, saya amat senang berkawan dengannya. dia juga mempunyai dua anak perempuan yang amat comel, hanum dan zara. siapa tahu mungkin kami bisa berbesan kelak!

3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima anugerah seterusnya.
  1. saya tak suka kopi lansung
  2. saya tidak boleh berbahasa tamil
  3. saya tidak pernah berjumpa dengan naib presiden uae
  4. saya belum pernah memandu kereta di dubai
  5. saya punya 2 anak lelaki, khaleef dan kahfi, dan seekor lipas plastik bernama samad
  6. saya telah lama tidak menonton filem p. ramlee
  7. saya amat suka makan pisang, goreng pisang, cekodok pisang, lepat pisang, kek pisang, lempeng pisang dan berbagai-bagai lagi hidangan pisang
  8. saya amat mengidamkan mesin pembuat roti (perhatian : encik khairul)
  9. saya telah membuat sambal belacan pertama saya dengan jayanya pada hari khamis yang lalu
  10. saya tidak sabar untuk kembali ke tanahair julai ini!

4. kini anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

  1. syida
  2. azi
  3. anneeza
  4. syu
  5. nekPP
  6. kak saniah

2 comments:

Arin said...

kim salam kat samad ye..

Syigim said...

hihi.

samad pun says hi. ;)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails