Friday, March 23, 2012

Ingatan Yang Buat Aku Sebak

cikgu ibrahim ni jiran sebelah rumah lama abah aku kat ipoh. anak dia kak linda ialah senior aku kat MGS (methodist girls school, ipoh). kitorang dulu ngaji sama-sama, main sama-sama, dan masa raya pun semestinya lah rumah cikgu ibrahim ni antara yang terawal mendapat kunjungan budak kecik yg nak kumpul duit raya ni. hihi. aku lah tu.

dah lama sangat aku tak jumpa kak linda, dan cikgu ibrahim. ade la dalam lebih 10 tahun kot. tambah-tambah lepas abah aku pindah dari kawasan perumahan tu ke rumah yang sekarang ni.

baru-baru ni, nampak gamba pakcik ngan makcik kat facebook kak linda. terus teringat kenangan-kenangan masa kecik dulu. jadi aku pun komen la kat situ, kot-kot ingat lagi ke kat aku ni…

jawapan pakcik betul-betul buat aku sebak. ntah kenapa aku terus nak nangis. mungkin sebab aku terharu pakcik masih ingat begitu skali, dan cakap aku ‘cute’ haha. dan juga sebak kot sebab dia tulis ‘atuk (abah aku) mesti happy ramai cucu’. (rindu kat abah!) yang paling aku sebak ntah kenapa aku terus teringat kat mak. sekarang pun aku macam nak nangis lagi.

mungkin sebab kehidupan aku dekat kawasan perumahan lama berjiran dengan cikgu ibrahim masa tu ialah kehidupan best aku masa mak masih ada. kenangan rumah lama di mana mak besarkan aku. tu yang sebak sangat tu. automatik teringat…

dulu bila mak aku jemput mak kak linda datang rumah, mak akan buat lawak kat tetamu lain, “ha, ni nak kenalkan tetamu palingggg jauh ni.” haha. lawak la tu. padehal makcik duduk selang satu rumah je.

harap pakcik tak kisah saya letak komen pakcik di blog saya ye.

 

Capture

 

“inda, papa & mama still remember syigim. she was a very cute little girl. very friendly & most talkative among her sisters. we liked to citcat with her. i’ve gone through her FB wall and she doesn’t change much. wow she has many children and the grandfather must be very happy. i used to travel & tours with tok oddin. syigim tak teringin ke nak dtg melawat? dtglah ziarah kami yang masih ada lagi & alhamdulillah masih sihat. all the best to u & family in dubai. oh how we wish to visit dubai one day. may Allah SWT blessed you all always.”

 

lagi satu yang buat aku sebak ialah ayat, “..dtg lah ziarah kami yang masih ada lagi..” sebab teringat jiran aku sblah lagi pulak, cikgu mokhtar baru meninggal awal tahun ni, dan yang aku dah lama tak jumpa jugak arwah padehal aku ngan anak dia si ani tu memang bestfriend masa kecik-kecik tocang dua dulu. mak dia cikgu zaharah pulak tengah sakit.

aku mesti ingatkan diri aku pegi melawat jiran-jiran lama ni.

dari Ali r.a katanya: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. jika di di waktu pagi maka 70,000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

* * *

 

april ni adik saya nak kawen, pakcik kena datang ok! (eh, macam la pakcik baca blog aku ni!) insyaAllah saya datang menziarah pakcik bila balik ipoh nanti. terima kasih atas ingatan pakcik. sangat terharu saya. moga Allah sentiasa melimpahkan keberkatan, kesihatan dan rezeki pada pakcik sekeluarga. amin.

3 comments:

transformed housewife said...

kalau Knur pun teringat jiran2 lama yg baik masa kami membesar dulu mmg sebak.. dulu2 kami selalu juga pergi jenguk. skrg susah sikit sbb bila balik Kelantan je rush nak gi situ, sini.

Liz Rohaizat said...

kenangan dulu2 mmg boleh buat kita sebak kan? lebih2 lagi bila dah jauh di negara orang.

Syigim said...

>> kak nur, betul. syigim balik msia pun ramai lg sedara mara yg tak terjumpa. tapi kita xtau mungkin betapa bermaknanya ingatan kita pulak pada diorang kan? :)

>> liz, mmg sebak, lagi pulak org tu pun ingat kat kita :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails