Friday, April 16, 2010

Urut Pantang : Day One

dah dua minggu aku deliver kazim, tapi hari ni baru hari pertama urut pantang.

mak mr. khairul kata takpe sebab :

  • aku takde stitch
  • tak mengalami sakit-sakit pinggang atau otot sepanjang 1-2 minggu tu
  • aku memang dah mula bertungku ngan bengkung sejak balik dari hospital

kalau tanya aku, aku sebenarnye tak minat urut-urut ni. ye lah setengah orang tu (termasuklah mr. khairul) memang suka diurut. bising dia pasal kat dubai ni kedai urut suma ala-ala spa jadi adalah sangat mahal! aku pulak, geli! hihi.

tapi urut pantang ni penting, jadi aku tak kisah la sangat.

  • untuk mengembalikan bentuk tubuh aku yang hot haha
  • membetulkan ketegangan otot dan urat semasa melahirkan anak
  • melancarkan pengaliran darah nifas (akunye kejap dah berenti, kejap ade balik, kejap ade banyak macam ketul, kejap berenti balik - tapi tukang urut kak jah kata ok, normal so takyah risau)
  • mengembalikan rahim ke tempat asalnya
  • membuang angin (paling suka bila part urut kepala, yang dia letak jari-jari masuk ke rambut, goyang-goyang pastu dia macam tekan dan lepas cepat-cepat - eh, korang bole bayangkan ke?)
  • dan yang pastinya menyihatkan dan badan segar

alhamdulillah kat dubai ni, ade seorang tukang urut orang pantang yang berpengalaman, turun-temurun dari maknye. memang seronok dan lega bila mula-mula dapat tahu. namanya kak jah. kak jah ni sebaya ngan mak aku. lahir tahun merdeka. anak pun sama 5 orang.

sonok kak jah ni urut, pasal dia amat peramah dan ade macam-macam cerita nak dikongsi, dan nasihat yang nak diberi. daripada tips-tips penjagaan masa pantang, citer-citer kelakar cucu dia, sampai la ke pasal nak amik maid, tak dilupakan jugak nasihat yang berunsur keagamaan.

jadi sejam berurut ngan kak jah tu jadi macam sesi berborak la kiranye. hihi. ini antara perkara-perkara menarik yang aku baru tau :

  • makan oat + air panas + susu pekat = senang lawas. elakkan makan pisang
  • aku baru tau rupa-rupanya peranakan tu boleh diurut-urut sampai terbalik - ini cara orang dulu-dulu untuk perancangan keluarga. hmm. serius aku baru pertama kali dengar!
  • sayur sawi tu rebus, minum airnya (kira sup sawi la tu) boleh menambahkan susu badan. okeh!
  • lepas mandikan baby, amalkan urut-urut kening baby perlahan-lahan, untuk elakkan mata baby juling. okeh, will do!

with kak jah

hari ni hari pertama urut, dan memandangkan aku rasa okay and sihat, kitorang cadang pergi je rumah dia untuk berurut. lagipun, rumah kak jah kat mirdiff tu jauh gile dari dubai marina ni. sambil aku urut, mr. khairul gi solat jumaat ngan suami kak jah. balik tu, kak jah pelawa lunch ayam bakar ngan kari. nyum!

bestnye kak jah kata bila dia urut-urut dan picit-picit tu, dia boleh rasa yang badan aku dah kurang angin. bila dia urut bahagian perut pulak, dia boleh rasa yang akunye rahim dah kecut elok, dan dinasihatkan teruskan je bertungku untuk maintainkan. hihi. yay!

esok kami datang lagi ye kak jah!

(pakej dia samade nak duk rumah dia selama 3 hari berurut tu, atau amik dia pegi rumah kita, atau kita gi rumah dia untuk berurut. kak jah memang bole sediakan tungku, bengkung dan segala daun-daun untuk tungku dan mandi serta minum. minyak herba pun dia buat sendiri. best kan?)

* * *

me with tokcik, and adik-adik mak - cik & aunty na

cakap pasal pantang ni semestinya teringat tokcik.

tokcik yang jaga mak masa pantang. tokcik yang jaga yong masa pantang. masa pantang khaleef pun tokcik yang jaga aku. tokcik strict - minum secawan air masak panas-panas. subuh-subuh dah start tungku. mandi memang dia monitor supaya jangan lebeh-lebeh.

tokcik pandai urut orang pantang jugak. tapi masa lahirkan khaleef pun dia dah cakap dia tak larat sangat sebenarnya tapi cucu punya pasal, dan kulit cucu ni pun lembut lagi, dia larat la jugak nak mengurut.

tokcik ni adik bongsu kepada tok belah mak. memang jadi kesayangan kami adik-beradik, serta cousin-cousin lain pasal tok-tok kami semua dah takde. jadik tok sedara yg bongsu ni la jadi tok kami.

kalau boleh, nak sangat import tokcik datang dubai untuk jaga masa pantang ni, tapi dia pun dah tak larat tambahan nak travel jauh-jauh ni.

rindunya kat tokcik!

tokcik ade kedai makan tau kat taiping. jadi kawan-kawan, sesape yang gi taiping mesti singgah gerai makan dia okey? dekat balai bomba jalan tupai. nama kedai tokcik tu 'Selera Desa 3&4' - menjual lauk pauk melayu aneka jenis dan air yang sedap-sedap dibuat khas oleh suami tokcik, tokwan. pegi tau!

sila klik sini untuk baca posting pasal kedai makan tokcik ye!

12 comments:

arin said...

waku kak arin kat spa dulu, mmg ramai yg datang untuk betulkan peranakan.kdg2 angkat benda berat pon, peranakan leh tersenget bagai.

nanti kalau kami gie taiping, nak singgah la kedai tokchik and i'm sure i will mention ur name.heheheh.

Nadiah Sidek said...

kite pun tak suka la kena urut2 ni. geli! especially tang blkg bdn. geli satu hal, sakit pun ye. ms pantang dulu..aduhai sakitnya bdn ms diurut tu..dh la 3 hari berturut2..huhu..tapi demi kebaikan, relakan aje..uhuk!

ICA said...

ada kak jah cerita pasai apa takleh makan pisang? just wondering...sebab pisang pun boleh bagi lawas...(I kan suka pisang :)

Syigim said...

kak arin, kak jah pun pesan kalo peranakan tu mcm 'lari' sebenanye kita bole rasa esp kalo kita buat keja berat sgt. tambah2 time pantang ni tu yg xleh byk berjln pun.

definitely kak arin! pegi je kedai tokcik. lauk pun sedap2 tau! ;) ckp je saya ni kawan syigim duk skali masa kat melben dulu heheh..

Syigim said...

>> nadiah, mmg urut utk pantang penting. xleh tak. tu yg tahankan jgk hihi...nk betulkan urat2, n kluakan angin. br sihat badan smpai ke tua ;)

>> ica, ade kak jah ckp tp lupa.. angin kot. sbb dia kata walaupun pisang also can lawas, tp much better amik oat tu dr pisang.

i pun suka gile2 pisang. masak la ape pun - pengat ke, cekodok ke, lepat ke, goreng pisang lagiii la ;)

FiDa@aMiDa said...

oops sorry tadi terlogin id perwakilan heheheh..syiqim..nanti sms no hp kak jah..nak gak merasa dia urut..lama tak urut2 badan ni sini mmg mahal kan ala2 spa gitu

Syigim said...

fida, i dah kasi number kak jah thru msg facebook. nanti check ok. amboi...buat kek berlambak smpai sakit2 badan suma nk kena urut ye? hihihii...

FiDa@aMiDa said...

thanks syiqim..dah terima your message at fb..tq
p/s badan nak pakai lama hehehehe kena service

tiya salam said...

Boleh bg no dia.kak jah tu urut tak org salah urat.

tiya salam said...

Boleh bg no kak jah tu.dia urut tak org salah urat atau tergeliat ke?tq

addved said...
This comment has been removed by the author.
JSAM said...

Salam sis, boleh bagi no tel kak jah tu? Ni email saya jrommels@gmail.com

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails