Friday, August 3, 2012

Oh My Jawi : Komik Jawi Comel

alahai comelnye komik dalam tulisan jawi ni!

komik-komik dalam tulisan jawi ni hasil karya saudara ahmad nazri mahmood atau nama penanya ‘emit’. dalam himpunan ini, komiknya berkisar seorang gadis comel bertudung bernama ‘annur’, bersama kucingnya ‘meow’ yang sering menjadi fokus bahan lawak dalam komik ini.

 

 

panel komik 1 : hari ni annur demam. meow jangan kacau tau.

panel komik 2 : terima kasih, meow.

panel komik 3 : orang tak pernah tuam dahi pakai kucing lah, meow…

 

haha. comel sangat-sangat si ‘meow’ tu! geram!

 

* * *

 

ni satu lagi yang comel, sempena bulan ramadhan. annur nak pegi bazar ramadhan, tanya ‘meow’ nak kirim apa. haha – apa yang ‘meow’ nak makan sebenarnya? jom baca!

 

376754_4439371387572_1891658598_n

 

* * *

 

‘meow’ tu memang comel, nakal tapi selamba; dan ade je benda klaka yang dia buat!

aku mengaku jawi aku agak karat, tapi pelan-pelan pun asal dapat baca lepas sekian lama tak membaca bahasa malaysia dalam tulisan jawi! seronok pulak walau merangkak-rangkak membaca!

bila nampak suratkhabar utusan dalam tulisan jawi, rasa berat nak membaca. sekadar pandang sekilas. tapi komik dalam tulisan jawi ni buatkan nak baca jawi balik. semua komik dia aku nak habiskan. lukisan comel, watak klaka, cerita pun menarik. patut komik ni diterbitkan – buat edaran di sekolah-sekolah pun boleh!

nak baca lagi komik comel karya saudara emit? klik sini untuk ke facebook page oh my jawi dengan banyak lagi komik-komik yang comel dan bole buat kita tersengih…

teruskan usaha martabatkan tulisan jawi, emit!

1 comment:

Syamsulfaiz said...

Learning jawi is fun....still remember my jawi class during primary school

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails