Friday, September 2, 2011

Seminggu Syawal @ Dubai

aku masuk semua cerita beraya seminggu syawal ni dalam satu posting je lah. senang. hihi. pokoknya, entri kali ni pasal minggu pertama beraya kat dubai, kawan-kawan di dubai dan makanan malaysia kat dubai.

bab makanan tu yang penting. hoho.


RAYA PERTAMA


rendang pertama yang kami jamah duduknya di kampung mirdiff – rumah abang zaim dan kak ruzina. memang sedap gile, sesuai sangat sebagai pembuka selera di pagi syawal. terima kasih abang dan kakak, jamu adik-adik ni datang beraya hihi.


abg zaim tuan rumah (sitting on sofa in brown), abg faisal shon in black baju melayu, my mr. khairul in brown on the carpet


terima kasih cik tuan rumah sitting in the middle in black abaya


* * *


terima kasih tuan rumah adilah (baju kurung biru) & hafiz (baju melayu hitam)


lepas tu zoom ke oud metha – rumah hafiz dan adilah. sweet je couple ni. kami dijamu laksa pekat panas dan puding roti. kuah kacang nasi himpit pun ada. memang kenyang. rezeki kami pulak jadi batch tetamu terakhir jadi dapat pulak bungkus laksa bawak balik. memang best! terima kasih banyak-banyak hafiz dan adilah. alhamdulillah!

budaya membungkus ni bagus diamalkan, terutama kalau ade makanan lebih dan takde tetamu nak datang dah. tak membazir makanan yang berlebihan, dapat pulak bersedekah, dan kawan-kawan pun dapat merasa makanan kita kat rumah masing-masing. aku lepas tu siap beli ziplock bag kat ikea kalau-kalau ade yang nak membungkus masa rumah terbuka aku nanti! hihi


* * *


RAYA KEDUA


sambung beraya di hari kedua! sama meriah, sama makan sedap-sedap. kali ni ke rumah abang razali dan kak zulfa. makan laksa lagi? takpe! kalau dah makanan malaysia, makan banyak kali pun takpe di dubai ni! dapat pulak makan pulut kuning kari ayam yang dah lama gile tak makan.

percaya atau tidak aku baru pertama kali makan apom polkadot tu. betui. sedap la, tapi tak puas makan sebab kecik sangat. kang aku amik 5-6 ketul skaligus kang macam buruk lantak pulak hoho.

yang menariknya pada aku kat rumah kak zulfa ialah fruit cocktail – sebab ade taruk sumi jelly sekali. sedap weh.


mak-mak orang – me, lin yang dah 6 bulan jadi mak buyong; tuan rumah kak zulfa in orange tudung; adilah in pink tudung & ida


terima kasih jemput kami! tuan rumah abang razali in light blue t, hafiz, TK, mr. khairul & bob


* * *



lepas makan-makan kat rumah kak zulfa, kami terus ke kampung mirdiff – rumah abang aslam dan kak misbah. laksa, laksa dan laksa – ye, ini laksa ke-3 kami pada syawal kali ni! rendang, serunding, lemang dan nasi himpit semua ada – lengkap!

lagi menarik pulak tetamu undangan abe nik dan eiyda bawakan nasi hujan panas beserta kari kambing yang kaw. memang perfect.


raya-raya pun nak main angry bird ke?


masa ni kamera pulak bateri out, jadinya takde gamba dengan tuan rumah budiman abang aslam dan kak misbah. abg aslam sila lah upload cepat-cepat ke facebook ye, boleh saya amik letak kat sini! ape-ape pun terima kasih banyak jemput kami beraya!


baru dapat gamba dari facebook lin, thanks! all the ladies @ kak misbah's house (tuan rumah yang muka arab2 tu, tudung hitam jubah colorful duduk di kerusi sebelah akak selendang putih tu hihi)


* * *


RAYA KEEMPAT

khaleef dengan anak tuan rumah, sarah


raya ke-4 kami berkunjung pulak ke rumah abg faisal dan kak muna di bur dubai. aku rasa rumah ni yang sangat menarik hiasan raya nya – ade rambu-ramba kilat-kilat kaler hijau kat pintu masuk, ada ketupat kat dinding, ade replika lampu minyak tanah kat satu sudut rumah – memang terasa kemeriahannya.


jiran dari syria fatin, kak muna tuan rumah (tudung biru), eiyda, me & kak ani


nak tambah kemeriahan beraya di tanah arab, kak muna jemput pulak jiran arabnya sekeluarga yang berasal dari syria. yg isteri tu cantik orangnya. suka bercerita tapi cakap bahasa arab penuh, sebab dia tak berapa sangat bahasa inggeris ni. aku paham sikit-sikit je. selebihnya memang aku senyum-senyum angguk je.

aku suka sesi ni, sebab boleh la ingat-ingat balik sepatah dua patah ape aku belaja kat uia dulu haha. berkarat gile dah. kagum dengan kak muna yang gigih belajar bahasa arab dengan jirannya ni. kak muna cuba sedaya upaya berbahasa arab dengan dia walaupun kadangkala tak pasti dengan penggunaannya. syabas la kak muna.

jiran aku – sebelah kanan dari india, belah depan dari rusia, belah kiri pulak omputeh. sigh.


dari kiri – husband kak ani (tak ingat nama adoi) abe nik, pak arab dari syria, tuan rumah abg faisal & mr. khairul


jamuan rumah terbuka abg faisal dan kak muna memang sempoi – makan nasi putih panas-panas dengan sup daging, kari ikan, ikan masin dan yang istimewa sekali, kerabu betik muda. aku memang tak reti masak kari ikan, jadi sangat teruja dapat makan tu kat sini haha.

terima kasih jemput kami!



* * *


RAYA KELIMA

kak marini, nadia, liza, azian, me & tuan rumah eiyda


kali ni kami ke sharjah pulak, satu lagi emirates selain dubai, abu dhabi dan lain-lain. jauh perjalanannya tapi amatlah berbaloi sebab rumah ni antara yang mesti pegi untuk beraya! sebab rumah ni je yang akan jamu masakan-masakan kelantan yang sedap belaka, macam nasi dagang dan laksam.

rumah abe nik dan eiyda ni memang tak boleh tidak menghidang nasi dagang. kalau tak buat, mesti orang bertanya. berharga sungguh nasi dagang kelate diorang di dubai ni! kalo tak, mane nak dapat ye?


abg razali, abe nik & mr. khairul yang kenyang



tak tau mane nak mula dulu haha. ade nasi dagang dengan kari ayam dan kari udang. ada bihun sup. ade jugak laksam yang memang aku pertama kali makan yang diorang buat ni lah. sebelum ni aku memang tak pernah makan laksa dengan mee gulung-gulung yang rasa macam kuey teow tu.

ape-ape hal aku tambah 3 kali! (mangkuk nya kecik ok!)



sebelum balik, kami dihidangkan dengan minuman istimewa dibuat dari campuran buah strawberi segar dengan susu yoghurt. minum dengan ais memang sedap sangat lah, tambah-tambah masa musim panas kat dubai ni! ni hasil tangan abe nik dengan resepi rahsianya. memang menyelerakan!

terima kasih banyak-banyak abe nik dan eiyda – memang kami kenyang betul balik dari sharjah hari tu!



* * *


sekian cerita berhari raya aku di dubai. kalau ade rezeki, ade beberapa jemputan beraya lagi yang kami akan redah dalam minggu kedua syawal ni. insyaAllah, rumah terbuka kami pulak menyusul dalam minggu ke-3. tunggu jemputan ye. hihi.

kawan-kawan dubai yang beraya di malaysia – bila nak balik dubai ni? kami nak datang beraya!


15 comments:

FN said...

selamat hari raya shigim! walau jauh diperantauan, nampak meriah kan ;)

ICA said...

wah....raya sakan nampak...hehehe...

Syigim said...

>> fara, selamat hari raya too! alhamdulillah, boleh tahan ramai malaysians kat dubai ni :)

>> ica, raya! raya! mesti sakan....hihi nak cover kesedihan beraya di perantauan :)

Liz said...

kenapa eh? semua makanan yg akak tepek tu senang je cari kat m'sia tapi saya terasa nak terbang ke dubai nak rasa yg korang mkn kat sana. hahaha..

selamat hari raya kak! hari ni baru sempat blog walking semula.

Mama Safiyyah said...

weh mokcik! banyaknye raya??????

mmg best kan bila dengar cakap arab and kita boleh paham sikit sebanyak.....i yg incik suami cakap arab ni pun, kalau dia cakap dengan adik beradik dia and i paham, bangga habis rasa...nak reply dah tak ingat fi'il.....huhuhu

Anonymous said...

Aslmkm Syigim.
Selamat Hari Raya (dah lepas raya enam pun ni).
Waduh, memang beraya sakan! :)

lina said...

salam syigim - wah raya sakan...:)

Affieza said...

Bestnya raya smbil mnikmati hidangan yg best2...hehe...

Syigim said...

>> liz, welcome back to blogwalkin! alhamdulillah, jauh di perantauan pun dpt la jgk rasa masakan msia :)

>> yeen, ur so lucky your kids can grow up in environment where their own dad can speak arabic!

Syigim said...

>> salam, kak G - selamat hari raya :) xpe, syawal sebulan. never too late to wish :)

>> salam, kak lina. selamat hari raya! kat dubai pun raya tetap raya! :D

Syigim said...

>> affieza, alhamdulillah.. duduk jauh pun dpt makanan msia sedap2 :)

Iryani Noor said...

selamat hari raya =p..
wahh meriah dgn makanan..
semua nampak sedap..

Syigim said...

>> iryani, raya-raya ni memang meriah dgn makanan, selain baju baru hihi

nurmisnan said...

Selamat Hari Raya...

Syigim said...

nur misnan, selamat hari raya kembali (maaf lambatnya reply!)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails