kerana facebook : daripada kawan bertukar musuh
kerana facebook : couple boleh gaduh sebab cemburu
kerana facebook : pasangan couple boleh berpisah
kerana facebook : hidup boleh diperbodohkan
kerana facebook : kawan lupa kawan
kerana facebook : kita tak tidur & tak makan
kerana facebook : seseorang tu lupa diri konon dah hot
masa aku baca tu, aku amati ayat-ayat tu satu-persatu. hmm. ade betulnya. memang ada kawan-kawan facebook aku sendiri gaduh sebab status politik yang berbeza pendapat. ada pulak yang risau sebab kawan lelaki fb ntah mana-mana asyik suka 'like' status awek dia. ada yang diperbodohkan sebab membuka pekung di dada - contohnya mengutuk boss sendiri, atau mengeluh tentang 'keperitan' hidup yang terpaksa guna kipas sebab air-cond rosak...
tapi...
kerana facebook : kawan sekolah yang rapat masa kecik tapi terpisah,
dipertemukan
kerana facebook : couple bole meluahkan perasaan sayang di status dengan
gamba profile yang romantis
kerana facebook : ade pasangan yang bertemu di facebook, hingga ke jinjang
pelamin
kerana facebook : hidup bole lebih bermakna dengan berkongsi hadith
Rasulullah, dan kata-kata hikmat yang memberi semangat dan membuatkan kita
berfikir
kerana facebook : kawan akan sentiasa ingat kawan sebab setiap kali
harijadi, pasti ada notification! ruang news feed pula akan
sentiasa berputar menyajikan kita dengan pelbagai activiti dan asam
garam rakan-rakan fb
kita yang tentukan facebook ni bagus atau tidak untuk kita sendiri. seperti benda-benda yang lain jugak. pisau tu, contohnya boleh membunuh, tapi kita-kita yang boleh berfikir waras ni guna untuk potong ayam je lah ye!
moga kita semua pengguna facebook yang bijak! ok, masa untuk log on...
4 comments:
apa-apa pun semuanya ada pro & cons. kita yang kena pandai menggunakannya
kat network saya je dah ada mcm2 rupa orang. ada yg buat baik, ada yg buat jahat. bagi saya, tak perlu terlalu attach dengan FB tu. kita buat yg penting2 aje.
kak, ni takde kaitan dgn FB. cuma nak check je nie. saya selalu ter 'miss' ur new entry. dia macam tak keluar langsung kat sidebar yg akak ada update. tp bila masuk, tgk akak dah update 2-3 hari yg lepas. it's so weird. ehehhe
betul tu. apa2 pun, tengok mcmmana kita guna.
thanks for your insights, girls! :)
to liz, hmm, camne ni. ni yg tak best ni tak kluar update hihi. takpe, tu tandanya nak suruh jenguk tiap2 hari walaupun takde indication ade new update :)
Post a Comment