kelahiran. satu perkataan, seribu pengertian.
haleef, kahfi & kazim adalah putera-putera aku berumur 5+, 2+ and 1+. khaleef anak pertama, menjadikan aku mak kelam kabut yang baru nak belajar menyusu anak. hihi. kahfi anak kedua, dilahirkan tanpa suami aku dalam bilik bersalin. sob sob. kazim anak ke3 aku pulak lahirnya mudah sungguh – labor pain cuma dalam 3-4 jam. kelahiran mereka semuanya mencatit kisah-kisah suka duka yang aku simpan untuk diceritakan pada hari mereka pula menyambut anak sendiri, insyaAllah.
ntah kenapa menjelang tahun baru 2000, aku terus nekad memakai tudung sepenuhnya, dan sepanjang masa. bukan sebab mak abah aku bising. bukan sebab ikut member. bukan sebab undang-undang kolej. tiba-tiba terbukak hati. itu aku kira merupakan kelahiran baru aku sebagai insan bernama muslimah. doakan aku terus diberi hidayah. kisah tudung korang macamana pulak?
ama dah aku idamkan nak melahirkan buku sendiri. ntah apa yang aku nak tulis. mungkin pasal kisah-kisah aku, suami dan anak-anak di dubai. mungkin aku nak abadikan puisi-puisi yang aku tulis selama ni. mungkin jugak aku nak tulis novel fantasi macam cerita magika KRU tu. dari zaman sekolah lagi aku dah berangan nak tulis novel. ntah dapat tak aku realisasikan kelahiran tu?
ku memang sangat teruja bila tiba bulan jun. pasal aku lahir 24 jun! setakat yg aku ingat, kami sekeluarga tak sambut besar-besaran. cukup beli sebijik kek dan makan sesama adik-beradik. selalunya masa hari lahir adik beradik aku, aku tukang beli kek. jadi masa hari lahir aku pun, aku jugak la kena beli kek sendiri. haha. bila dah kawin ni pun takde surprise-surprise dari suami. memang aku yang google-google pilih tempat best nak makan, dan hadiah kalau aku nak pun, aku akan request sendiri hihi. dah biasa!
arus kita ingat, ade kelahiran, ade kematian. lumrah kehidupan yang sudah tercatit. circle of life. mak aku meninggal dunia sejurus sebelum kita melangkah ke tahun baru 2004. perginya mengejut, kenangan pilu yang tak bisa dilupakan. kami 5 beradik perempuan mesti tabah dan mesti kuat sama-sama. hikmah paling besar tragedi ini ialah menjadikan kami lebih rapat dengan abah. al-Fatihah untuk allahyarhamah noriza mohd. anuar.
barat badan aku terpotong dua. ibarat perut aku dikerat, kemudian kaki pulak ditarik-tarik. ibarat ada tangan rodok ke dalam perut dan menarik-narik isi. begitulah perit sakitnya saat melahirkan anak. dahi berpeluh, tangan terketar, lutut menggigil. mulut kumat kamit baca apa yang patut. suami genggam tangan pun dah tak rasa apa. memang mak-mak bersabung nyawa bila melahirkan. tapi dengan kuasa Allah, hilang terus sakit terlampau ni saat menatap wajah anak yg baru lahir ni. hebat kan? Allahuakbar!
asa rugi kalau aku lalui pengalaman di rantau orang ni tapi tak kongsi dengan sape-sape. jadi, lahirnya blog ni sebab aku nak cerita kat korang pasal kehidupan aku di dubai. pada tahun 2008, aku ikut suami yg bekerja kat sini, dan sejak tu bermulalah cerita-cerita potpet aku tentang benda-benda menarik di dubai, makan-makan best di dubai dan cerita aku, suami & anak-anak. silalah baca ye hihi.
ku sebenarnya tak percaya sangat pada ‘rahsia bulan kelahiran’ atau ‘warna dan personaliti mengikut tarikh kelahiran’ ke – tapi menurut dr. fadzilah kamsah, budak-budak june ni ‘berperangai lemah lembut’ yang buat aku nak gelak, sebab aku ni la yang paling tak feminin berbanding 4 sisters aku yang lain. tapi ade jugak disenaraikan ‘suka buat lawak’ – memang pun! tapi tu lah, terlalu banyak personaliti dan sikap-sikap yang disenaraikan sampai menjadi terlalu umum. ape-ape hal kalau korang nak baca, klik je sini untuk senarai penuh. just for fun, tengok lah mane yang kena dengan korang!
ak menang ipad. nak menang ipad. nak menang ipad! okay lah. aku secara jujur mengaku yang aku bukannya tau apa-apa pasal ipad ni. betul! (mesti adik bongsu aku yang sifu IT tu geleng-geleng kepala hoho) yang aku tau, ipad ni best. ape yang bestnya nanti aku godek-godek la bila dah dapat (ewah!) jadi kasi kat aku je lah ipad tu supaya aku boleh jadi budak baru belajar. nanti lahirlah seorang syigim yang celik IT pulak!
“entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin”
18 comments:
boleh tak kalau nak kata takutnyaaa nk bersalin..huhuhu..niway, gud luck kak syigim..
hehehehe.... i likeee this entry. soo creative..
cool as usual!
creative, good luck!
wah! wah! ... komen saya telah di komen oleh @lissa dan @mommy Lyna :D ....apa pun entri yg menarik berkesinambungan dan 'kritis' :)
p/s : ahli lain mana yek?
salam Syigim - You are very talented in writing. Certain part in this n3 makes me cried. Good luck dear! :)
Yg nie barulah lain dari lain. Bersahaja. Jujur. Good luck!
entry yg best! santai tp padat..(rasa mcm juri plak..hihi) Good luck!
Kalau nak jd budak br belajar kena joint blog budakbrbelajar lah yer... hihihihih...
>> amirah, kak pun takut jgk sebelum bersalin, walaupun yg kali ke3, takutnya tetap sama. tapi tu lah fitrah kita sebagai ibu, pengorbanan yg perlu ditempuh :) thanks dear :)
>> lissa, thanks dear for YOUR reminder! u made it happen! :)
>> mommylyna, thanks for dropping by! cool ye, cool mcm ipad la kan? *wink wink* ;)
>> wan anie, thanks dear :)
>> wahai alyrds juri ku.. ;) thanks drop by! wah, kritis ke? first time org describe my post 'kritis' hihi. harap2 lebih2 positif reviu yg betul ye :)
ahli lain tgh tunggu 'kelahiran' idea tu...
>> kak lina, terharu baca komen kak lina & ur sweet words. thanks dear! :)
>> mommy fara, thanks for ur encouragment & nice words! :) good luck to us! :D
>> asz, thanks! :D takpe, u kira juri umum la ni... hihi
>> AdD, tak tau ke i mmg presiden club budak baru belaja :P
kretip lah ...jeles3x .. :p
gudluck anyway ;)
ummi hanie, thanks :) ramai yg kreatif-kreatif :)
mmg perlukan berbakul2 luck ni!
wow...sgt2 kretip...saya da kering idea.btw..having ipad2 is everything...hehe..
Nanti join contest kat blog saya ekk
http://www.tetikusrusak.net/contest-aku-mahu-jadi-ratu/
dear.. yang ni menarik.. namun jika ada kesinambunagn antaranya pasti lebih memikat!! good luck dear..
Post a Comment