- kami 5 beradik akhirnya berkumpul di rumah abah selepas 2 tahun tak berlima (2008 syida di melbourne, 2009 pulak aku kat dubai)
- aqiqah 2 cucu abah, kazim dan adam harris
- dah lama rumah abah ni tak buat kenduri jemput ramai-ramai makan-makan meriah-meriah!
kendurinya bersahaja, buaiannya ringkas, tapi semangat besar, adat padat dan meriahnya sangat!
tema warna taklah di war-warkan sangat. cuma pada keluarga terdekat. anak-anak aku pun pakai biru. bapak diorang kata macam penghuni alcatraz je. ceh.
comel tak mak anak 3 ni? hihi. chubby ke, tembam ke, takyah cakap ye. puasa ni cakap yang baik-baik je dah le ye. hihi.
zzzz. kroh kroh. nyenyak je tido. buai yang merilekskan, tambah-tambah dikelilingi orang-orang yang sayang diorang. lagi sedap dan selamat rasa nak tido.
aunty da, diorang suka sangat la buai tu!
lagi pulak didodoikan dengan marhaban yang mengalunkan ayat-ayat indah dari kitab suci al-Quran. mak niraku, sahabat karib aku pun turut serta. seronok sangat bila makcik pun join marhaban jugak! siap bawak kertas marhaban sendiri!
mak niraku yang pakai baju brown tu
sambil-sambil marhaban, khaleef ngan kahfi selalu sangat la menyebok.
my sis syima with her kiddos marissa & sufya, with me & my boys khaleef & kazim
selesai marhaban, yong bawak adam haris keliling makcik-makcik marhaban tu. si adam haris belum botak lagi, jadi makcik-makcik tu gunting rambut dia seciput seorang, ngikut adat. adik bongsu aku azi diberi penghormatan untuk pegang dulang yang ade kelapa ngan bahan-bahan untuk cukur jambul ni.
berat beno katanye. nak terketor tangan, kata organg perghok. hihi.
sape-sape yang dah botak, tak payah pegi keliling ye. kau la tu, kazim oi. duk diam-diam dalam buai ye. nasib dia pun tengah tido.
akhir sekali giliran tuan rumah, abah aku le, atuk si kazim. jadi walaupun kazim dah botak, aku angkut jugak dia, sebab aku nak abah acah-acah gunting rambut dia seciput. eksyen je. hihi. saje nak amik gamba abah gunting rambut kazim.
lepas atuk kazim, opah umi pulak merenjis and eksyen-eksyen gunting rambut kazim seciput. padehal gunting tu tak kena pun rambut dia! hihi.
lepas cukur rambut, anak-anak yatim ambil tempat dan mulakan tahlil dan bacaan Yaasin. bergema rumah dengan surah yang indah tu. betul-betul aku teringat kat mak. moga rahmat surah Yaasin sampai padanya.
* * *
marhaban sudah, baca Yaasin sudah, cukur rambut sudah. masa untuk jamu tetamu yang sudi datang. jemput makan semua!
kat dalam dah sedia ada roti jala dengan kari ayam atau kuah durian. pilih mana-mana suka ye makcik. hihi. ni sebenarnya untuk brunch, khas buat makcik marhaban dan sape-sape yang datang awal. sedap! tapi biase la tuan rumah bukannya sempat makan betul-betul. sempat la merasa sikit!
selain roti jala, ade jugak kuih-muih ni. sedap-sedap belaka. pulut kuning pun ade skali dengan rendang ayam. memang sedap, tapi semua dapat rasa serba sikit. jadilah tu!
lepas makcik marhaban makan-makan, dapat goodie bag ni. dalamnya ade sejadah dan homemade chocolate kalo tak salah. cupcake pun ade kot-kot. malam tu yong, syima, azi yang sibuk-sibuk membalut, sambil syida hias-hias buaian.
makcik marhaban dah selesai makan, kat luar pun ade dok sedia makanan untuk mereka yang datang untuk tahlil. nasi hujan panas tu! sedap tapi pelik sebab ade rasa manis-manis sikit. banyak sangat bubuh kismis kot. tapi ayam masak merah memang best! pedas, tapi tak pedas sangat. sedang-sedang sedap!
walaupun dengan macam-macam lauk, hidangan ini yang nampaknya jadi perhatian - kambing golek! memang sedap sangat sampai habis licin. malahan, inilah hidangan yang habis paling cepat. nasib baik sempat singgah kat meja ni dan suruh brader ni potongkan kambing sepinggan, taruh tepi untuk tuan rumah.
* * *
mak mr. khairul pun datang join sekali, dengan adik-adik teh ngan sofia. seronok khaleef jumpa aunty ya dia.
lagi satu tetamu istimewa semestinya tokcik aku! tapi rasa pelik sikit sebab selalunya tokcik ni akan merangkap tuan rumah jugak, dan dia yang akan menyambut tetamu. kali ni, tokcik datang lambat pulak. tak best la. lenkali datang 2-3 hari awal ye tokcik! hihi.
...dan seperti biasa tokcik aku la yang paling glamer dan vogue di antara semua tetamu. baju sequin-sequin, tudung lip lap tak tinggal. memang bergaya! hihi.
* * *
adik-beradik abah 7 orang. hari tu 3 je dapat datang. semua lelaki. comel sangat. pakcik kudus yang baju purple tu adik lelaki bongsu. pak huri yang baju belang pulak adik lelaki kedua. orangnya memang kelakar dan meriah. abah berbaju batik pulak anak lelaki sulung, yang dua-dua tu panggil 'bang'.
seronok amik gamba diorang sebab dah lama sangat tak jumpa!
yang atas ni 3 beradik, yang di bawah ni pulak 3 cousins. lepas kenduri, masa orang dah makin kurang, diorang bertiga ni sibuk tan-kan kulit main bola tengah-tengah laman abah. berpeluh-peluh. ye lah, kat dubai time ni mane nak klua main bola kat padang. kan tengah panas gile summer. kat umah atuk ni bole la main gile-gile bawah matahari!
haqeem, haiqal & khaleef
* * *
terima kasih pada tetamu yang datang meraikan kelahiran cucunda-cucunda haji sharifuddin, walaupun ade yang ingat aqiqah ni untuk sorang cucu je. ade pulak yang ingat kakak aku ade twins, sebab ade dua buai. sape ntah yang tak kasi maklumat betul ni. hoho.
secara betulnya, aqiqah ni bukan saje untuk kazim ngan adam haris - tapi sekali ngan anak adik aku syima, marissa. tu yang ade baper ekor kambing tumbang tu! terutama kambing golek yang tak sempat makan banyak-banyak tu. uhuk uhuk.
puasa esok ye? salam ramadhan untuk semua! alhamdulillah puasa kali ni istimewa sebab
- pertama kali puasa sambil susukan kazim
- tahun ni sambut ramadhan di malaysia, sampai la syawal nanti!
- tapi sedih jugak sebab mr. khairul puasa sorang-sorang di dubai...
2 comments:
kambing golek?sedap nya.. :)
btw syigim, you can read about sifir ibu berpuasa in my other blog - http://semuanya-tentang-anak.blogspot.com/2010/07/sifir-puasa-ibu-menyusu.html
kak arin, kambing golek tu mmg sedap gile. juicy.
dah check out the posting. nk link la one day. thanks! :)
Post a Comment