Wednesday, March 20, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 : Pendapat Aku

yay! aku minat sgt masterchef selebriti malaysia tahun lepas. so sangat ternanti-nanti musim ke-2! adoi. kena tengok dari dubai lagi. tahun lepas berjaya tgk masterchef selebriti finale kat malaysia. tahun ni sempat tak?

mula tayang 22 april. tak sabar!

 

masterchef selebriti 

maaf ade yang aku tak kenal sebab aku tak ikut drama melayu (aku kat dubai, malas nak tengok kat youtube dan website) dan aku tak berapa kenal peserta-peserta rancangan realiti tv yg berlambak kat msia. tapi berikut aku beri anticipation aku terhadap karektor2 warna-warni yang bakal memeriahkan masterchef selebriti malaysia musim ke-2 :

 

MasterChef Selebriti

 

* * *

afiq muiz – ok sape ni? tak kenal. tapi nampak macam hensem. pencabar terdekat zain saidin yang comel. harap-harap bukan stakat hensem tapi pandai masak dan klaka macam jehan miskin dalam musim pertama.

aznil hj nawawi – yes, aku nantikan komen-komen witty dan menghiburkan dari pengacara ulung realiti tv ni! aku memang minat aznil yang sentiasa kreatif, lucu dan bijak menarik minat penonton. semestinya favorite peserta aku! aku tengok azwan dulu dalam laser2 dia, dia amat humble depan chef, dan sentiasa menerima kritikan chef juri dengan positif. kita tgk reaksi aznil pulak yang dah biase hos rancangan sendiri!

cat farish – aku minat dia masa kat ruffedge je. lepas tu macam biase-biase je. kita tunggu dan lihat. ntah-ntah pandai masak macam angah!

celina khor – musim lepas ade soo winci yang sgt sweet. musim ke-2 celina khor pulak. suka sangat dia masa mengendalikan 3R. beauty with brains. mesti menarik jugak dia dalam masterchef selebriti ni!

michael ang – tak kenal jugak. hasil google mendapati beliau rupanya pengarah filem dan drama bersiri dengan beberapa kontroversi seperti paparan adegan lelaki tak berbaju. hmm. kita lihat macamana seorang yang dah biase beri arahan pada pelakon dan kru produksi terima arahan dari chef juri pulak!

enot – aku tau dia pelakon komedi. tapi aku tak pasti samade akan terhibur dengan lawak dia di luar layar kaca tv. kita tunggu dan lihat.

keroz nazri – macam comel tapi aku tak kenal. carian google memberitau aku dia penyanyi dan komposer yang menang naib johan program realiti mencipta lagu ye ke? aku tgk video ‘suatu hari nanti’. uish boleh tahan sedap suara. lagu pun best. ok, aku tak sabar nak minat personaliti ni! haha, ayat.

kenchana devi – lagi satu pelakun komedi. hebat sebab satu-satunya pelakun komedi wanita berbangsa india yang berjaya masuk industri yang dominasinya melayu. aku nantikan lawak-lawak kelam kabut yang menghiburkan dari dia.

lydiawati – pelakun jelita 80-an yang sekarang dah ayu bertudung. mesti macam mak-mak kat dapur kan.

sabhi saddi – tak kenal jugak. siape dia ni? google kat youtube, ha ambik kau – gile sedap suara dia. terus jadi hensem. haha. aku dengar lagu ‘nadiku’. maaf terlambat tapi sukanya lagu ni! kenape aku tak pernah perasan dia ni!

norish karman – bosan. tak minat. tak minat lakunan, tak minat in person. perasaan macam haliza misbun kot. haha.

radhi – wah! kejutan betul radhi OAG nak memasak. pernah jumpa dan amik gamba dgn radhi masa dia buat gig untuk youthquake di ipoh. aku expect dia akan gila-gila sikit dalam kelam-kelibut. pasti menarik! eh, kot-kot pandai masak rendang tok!

rozita che wan – tak minat. bosan. tapi lepas zain saidin meluahkan perasaan cinta pada dia, aku tertarik utk tgk dia beraksi di luar layar drama tv. best sangat ke sampai zain yang comel muda rupawan tu bole tergila bayang? cinta itu buta! lagi satu nak tgk rozita che wan masak pakai bulu mata palsu (ini mmg quote dari dia ok!)

sathiya – lawak! aku suka! tapi harap-harap dia tak mengoverkan nk melawak. harap-harap bersahaja mcm farouk.

zain saidin – comel. sasa. tapi sebab aku ni minat muka melayu, jadi aku lebih tertarik nak tgk sabhi saddi atau keroz nazri mahupun afiq muiz. aku nantikan bibit-bibit manis (erk!) antara dia dan rozita che wan.

sharifah shahora – macam kenal tapi, macam tak cam. pelakun drama ye? mungkin bosan bagi aku sebab tak kenal sangat, tapi mungkin jugak sweet dan menarik mcm pendapat aku psl siti sarah musim lepas. aku tak minat sgt siti sarah tapi personaliti dia sweet je.

syanie –  aku lebih prefer syanie dari enot. tak sabar tgk dia masak!

syura – penyanyi kan? yang suara macam siti nurhaliza ke? ntah lah. lupa. tapi manis je dah pakai tudung. ini pun stok-stok macam siti sarah kot. aku tak minat tp mungkin personaliti menarik. kita tunggu dan lihat!

yassin – aku prefer lawak dia dari lawak over apek. rilek. bersahaja. jadi aku harap dia kekal dengan lawak bersahaja dan bukan dibuat-buat sekadar nak melawakkan masterchef selebriti.

 

* * *

 

ini semua pendapat peribadi aku je ok, dari diri aku yang tak berapa kenal sgt sesetengah peserta ni. jangan lah emo sangat kalo korang peminat norish karman atau yg lain yg aku tak berapa kenal. lepas tgk masterchef selebriti ni kenal lah!

hmm. tapi kan, pendapat aku lah kalau dah ade syanie patut xpayah ade enot kan. ramai sgt pelakun komedi dlm musim ni. sathiya ngan kenchana devi lagi. yassin pun ade. hopefully they don’t try too hard to be funny. aku rasa penerbit masterchef selebriti ingat rancangan ni nak bank on funny dan humor. tapi tak semestinya pelawak je bole contribute humor. mcm thanuja dan jehan musim lepas bukan pelawak pun tapi komen-komen diorang ade je lawaknya.

lagi satu, musim lepas ade angkasawan dan ratu cantik (bukan dari bidang hiburan) jadi musim baru ni patutnya jemput sekali ahli sukan atau pembaca berita untuk jadi peserta. kan?

ok tak sabar nak tgk! (tolong laaa upload kat youtube!)

5 comments:

Nadiah Sidek said...

tak pernah tengok masterchef. masterchef celebriti lagilah. macam menarik

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

I yang dok Malaya ni x sempat nak tengok Syigim.. but notes for you, mmg lah tak payah tgk live reality show lain yg tah ape2 kat malaysia ni.. tak membina. MasterChef is ok la to watch..

Syigim said...

>> nadiah, best tgk masterchef ni sbb mcm2 cooking task n kdg2 dpt tips memasak :) try tgk junior masterchef laaaagi best sbb budak2 yg masak comel2 tp terer! :)

>> fairus, i can't keep up with the amount of reality show kat msia. :P

Cranx said...

Hi, I juga minat kak Celina dari 3R. Ikutlah dia di Facebook dan instagram. I rasa dia pandai masak. Selalu post masakan dia. :)

Ciara Cordelia said...

Salam, saya sentiasa cemas semasa menonton aksi artis-artis di Dapur Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Makin hari, makin panas jadinya. Paling kasihan Rozita Che Wan, sekarang Che Ta Sunyi di Dapur Masterichef Selebriti, Zain dah keluar.. Hootoh! Ego jugak Zain ni yer. Harap2 semangat diaorang sentiasa membara di dapur Masterchef.

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails