Thursday, September 23, 2010

Nasi Lemak Telur Mata @ Kg Melayu, Ipoh

bila korang makan nasi lemak, korang suka makan dengan telur macam mana? telur rebus? telur mata kerbau? telur dadar? takmo telur?

kalau korang suka nasi lemak yg telur mata kerbau separuh-separuh dengan telur dadar, dan bahagian kuning telur tu cair-cair sket – mesti korang suka nasi lemak kat satu kedai makan dekat rumah abah aku kat ipoh, sebab tu specialty dia!

 

SNC00833

 

pasal pe specialty?

kedai ni ade stesen memasak LIVE di mana satu cik kak ni akan masakkan telur-telur masa tu jugak dan bubuh atas nasi lemak korang. fuh, memang best gile.

bila korang order je, macam biase nasi lemak semangkuk diorang letak atas pinggan, tuang sambal secukup rasa, tambah ikan bilis ngan kacang, skali ngan hirisan timun. pastu korang tunggu la telur korang tu dimasak fresh-fresh, panas-panas.

 

SNC00834

 

nasi lemak kedai ni memang sedap berlemak, sambal yang pedas-pedas sedang, ikan bilis rangup ngan telur baru masak panas-panas – memang patut la pun awal-awal pagi kena terpacak depan kedai tu, kalo tak, nasi lemak confirm habis!

 

SNC00835

 

orang-orang ipoh yang berminat nak cuba, cari le gerai ni kat kampung melayu, sungai rapat, ipoh.

dari medan gopeng tu, korang masuk ikut tepi bilion tu, lintas sungai tu – ke arah lapangan terbang sultan azlan shah. korang fokus je kat belah kanan. nanti nampak la gerai tu, kat depan laman rumah yg luas.

 

SNC00836

 

kedai dia biase-biase je – takde dinding, bertulang kayu, beratap zink. tapi makanan memang sedap belaka. mr. khairul yang balik setahun sekali pun mesti nak rasa sekali.

sambil makan sedap tu, order la skali minuman kegemaran yg kena dgn makanan tu. kalo aku biase order milo ais, atau teh o ais limau – tu mmg favorite kalo makan kat kedai mcm ni. kalo mr. khairul, teh o ais, atau kadang-kadang teh tarik, ikut mood dia.

korang suka minum ape?

 

SNC00837

 

selain nasi lemak, ade jugak jual roti canai yg tak kurang hebat rasanya. hari tu kitorang pegi pun order 2-2 sekali! (kasi can la sesekali balik malaysia hihi) nasi lemak makan situ, sebab nak menikmati telur yang masak panas-panas, pastu roti canai pulak kitorang tapau je untuk makan kemudian kat rumah.

memang cukup puas hati!

 

SNC00838

 

yang tak puas hati pun ade – budak busuk sorang ni. hihi. takpe kazim, nanti kazim dah besa dah bole duduk, mak letak kazim atas kusi ye.

hish. teringin la pulak nak makan nasi lemak. sape suruh blog pasal nasi lemak ni bila dah balik dubai! ceh.

5 comments:

arin said...

kat melaka pon ada kedai gini. tapi menu dia nasi lemak/mee goreng je. telur mata dia kitaorang panggil telur goyang sebab kuning telur lembik bergoyang2.sodap!

Hidayah Ismawi said...

I love nasi lemak with any kind of telur but my favourite is telur mata sexy ..hehe

MY LATEST ENTRY: Accidentally cheap..

Syigim said...

>> haha..kak arin, betui gak telur goyang ye. sbb mmg lembik camtu pun!

>> hidayah, telur mata sexy...kenyit2 ke? ahhahahah

h4ni3 said...

ishhh syigim ni...
lapor la pulak tgk nasik lemak tu malam2 ni... huhu

ibu WaWa said...

nanti akak nak trylah...

thanks Syigim

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails