aku suka kerepek dan keropok. siapa yang tak suka? bole makan kudap-kudap sambil tengok tv. bole makan sambil tengok wayang tgv (seludup je dalam handbag). bole jugak hidang kat org datang ke rumah. laku weh.
bercakap pasal hidang kat orang, masa raya, kerepek memang laku kan. ye la ko nak bersembang pungpang pumpang dgn acik pipah ko yg dah setahun tak jumpa mesti la lama kan. banyak mana la london almond ko nak telan masa berborak tu. jadi kudapan paling best masa datang beraya dan tak muak semestinya kerepek.
masa kat ipoh, yong aku bawakkan ke satu kedai ni – SS kacang putih kat manjoi. katanya kedai ni memang super famous, org jauh pun tau tempat ni.
kahfi, cousin adam & kazim
kalau nak tau owner dia start bukak kedai ni dalam 10 tahun lebih kot. berbekalkan rm10K simpanan sendiri je buat kecik-kecilan kat rumah dia sampai la dapat bukak kedai yang popular ni. siap ada kilang kot.
mula-mula dia ade 15 jenis je kacang putih – sekarang sampai dah berlonggok-longgok tak tau nak pilih yang mana satu. memang bermacam jenis – nak yg klasik kacang putih ada. nak yang macam jenis keropok macam keropok roda tu ada. yang manis-manis untuk bebudak pun ada. semua sekali dalam 50 jenis dah sekarang.
sempoi je letaknya. takde penuh kabinet pun. kacang-kacang dah siap pek bior je dalam kotak tu atas lantai. ade saiz kecik dan besar. ok je tak nampak serabut pun. asalkan ada sistem, kemas dan orang ramai senang nak lalu-lalang pilih kacang.
btw kome takyah was-was ok. insyaAllah, muruku, kacang-kacang ngan kepek ubi pisang sume ade sijil halal. pegi la manjoi nak borong kerepek. takyah tunggu raya pun. bila-bila bole pegi borong untuk kudapan harian. huhu. tengah tergendala dalam traffic jam pon kome bole makan kan?
satu lagi fakta menarik, owner SS kacang putih incik sandera juga adalah pengerusi persatuan kebajikan penjual-penjual kacang putih perak! fuyyoh. .
kakak sulung aku yong yg comel bertudung pink gigih beratur sambil menjinjing bakul yg penuh dengan kerepek dan kekacang. kalo teringin, silalah ke manjoi!
1 comment:
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Perkenalkan diri saya, Farah dari Jehan Kerepek. Jehan Kerepek adalah satu kilang di Banting yang mengeluarkan dan menjual produknya secara borong kepada pemborong pemborong seluruh Malaysia. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pemborong pemborong diluar sana. Kilang ini menawarkan pelbagai jenis kerepek untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami amat menjaga kualiti kerepek kami dari segi semua aspek.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-31802834 (Encik Zaihan @ Cik Farah) atau ws 014-2371942 (Cik Farah) pada waktu pejabat.
Makluman tambahan. Pihak kami memohon maaf, kerana pihak kami belum lagi berurusniaga secara retail...ataupun belian kecil..semuanya dgn urusan borong ataupun bundle pack besar...mohon maaf sekali lagi...
Kepada usahawan dan juga peniaga2 boleh berurusan dgn pihak kami melalui talian 0331802834 @ 0142371942 seperti yang tertera..waktu pejabat... Sekian harap maklum :)
Post a Comment