siapa yang membesar dalam alam kanak-kanak sekitar tahun 80-an dan 90-an mesti paham sangat gambar-gambar ini! jom kita naik time machine!~
* * *
keropok ubi yang tak berkhasiat tapi asyik betul mengunyah sambil menonton thunder cat atau kisah bersiri citer cina petang-petang. krup krup. 20 sen je sepeket kan.
mak aku selalu tak kasi beli coklat doraemon dalam kotak ni sebab dia kata aku nak mainan dia je, coklat dia bukannye aku nak makan sangat. gile kenangan ni! ingat tak iklan dia – “tora datang lagiiiiiii!”
aku tak pernah ade benda ni, setakat main kat rumah cousin aku je so takde la kenangan sangat. tapi aku bubuh je gamba ni sebab skang ni anak-anak aku ade x-box, kinect, ipad – tapi aku benda sega ni pun takde. jadi anak-anak, you got it easy boys! syukur!
budak-budak pompuan kalo tak pernah main benda ni memang lah. semurah 10-30 sen je bole beli sekeping bergantung pada ketebalan. lepas main simpan dalam kotak kasut. aku punya la suka mainan ni, aku pulak suka melukis – aku siap penah reka aku punya fesyen sendiri, lukis dengan patung dia skali, siap kaler suma. memang beria betul la masa tu haha.
chewing gum rasa strawberi yang sedap sangat! mak aku kata jangan telan tapi degil kan, aku kadang-kadang telan jugak sebab sedap. ntahape kan. ade lagi tak jual chewing gum ni? lagi satu chewing gum yang aku ingat yg macam sekeping kaler pink, kat kertas dia ade gamba, kita letak air sikit kat gamba tu, lekap kat mane-mane nak, pehtu jadi tattoo kan kan kan? ingat tak? haha. lawak.
ni ade jual lagi tak?! serius aku rasa macam nak makan skang jugak! kadang-kadang amik sekeping pastu biar je atas lidah sampai cair kan haha. takde keja.
aku suka ni! belon harga 20 sen sepeket dapat 5 tiub. gile best. sempoi je kan. kalau ade lagi, memang aku beli untuk anak-anak aku. ingat lagi belon tu picit sikit bubuh kat hujung straw kecik kuning tu, pehtu tiup je. jadi belon. pastu sambungkan 2 belon jadi macam kembar siam. main-main sampai meletup, lepas tu penyetkan kat dahi sendiri kasi bunyi letup-letup lagi. wow. nostalgik gile. aku macam terbau-bau je belon tu.
gile klasik. masa skolah kalau aku kena stayback untuk kelab memang kena balik guna bas awam ni. kat ipoh masa tu ade bas kampar (besar, kaler hijau), atau bas ipoh jaya (bas pendek) atau bas rapat setia yang paling tak boleh harap sekali. aku rasa ade 5 jam sekali kot dia lalu bus stop skolah aku tu. dan konduktor dia mcm mat rock dan slalu mengorat akak-akak form 5 yang cun-cun. pastu tiket bas ni kena simpan sebab nanti tiba-tiba ade pegawai naik nak check tiket, kalo hilang kena beli lagi pulak.
kalo korang kaki tv, tak payah aku cakap la kartun ape yang best sangat ni. ni memang favorite kartun tengok pagi-pagi sabtu, selain dari ‘jem’, ‘my little pony’, ngan ‘carebears’. dah besa sikit baru minat citer remaja ‘save by the bell’, ‘ferris bueller’ ngan ‘parker lewis can’t loose’. lagi besa mak aku kasi tengok ‘beverly hills 90210’. hihi. dan semestinya citer-citer klasik lain pun menjadi ikutan macam ‘full house’, ‘macgyver’, ‘quantum leap’ ngan ‘get smart’!
aku memang minat gile ferris bueller dulu macam budak-budak skang ni minat kat one tree hill huhu.
* * *
aku amik semua gamba ni dalam facebook page ‘kenangan manis kita dulu’, lepas member aku kak saniah bubuh kat wall dia. seronok aku tengok. excited bila ternampak gamba-gamba yang aku kenal sangat, dan dah lama tak jumpa. banyak lagi gamba-gamba best yang bole mengimbau kenangan masa kecik. check out ‘kenangan dulu’ di laman facebook korang ye!