Saturday, May 4, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 : Lepas 11 Episod

klung klang klung klang kuali dengan senduk dah 11 episod dah aku tengok masterchef selebriti ni. setakat yang aku tau, dah 4 orang terkeluar. nasib baik dapat tengok jugak walaupun aku nun jauh di dubai. yay!

dalam hiruk pikuk PRU13, dapat jugak merehatkan otak menggelikan hati tengok selebriti-selebriti malaysia masak-masak! untuk makluman, peserta-peserta terdiri daripada pelbagai kaum – semua masak memasak dengan penuh harmoni ok! say NO to RACISM!

 

 

* * *

 

berikut ialah pandangan peribadi aku selaku orang yang hanya lah menonton di hadapan kaca tv di rumah aku nun di dubai ni. aku tak kenal personaliti masterchef selebriti malaysia musim 2 ni secara peribadi jadi ape yg aku komen cuma pandangan seorang peminat masterchef selebriti! harap jangan ade yg tergusir di hati ok!

 

Yasin

aku agak surprise tgk perwatakan yang terlampau rileks dari yasin dalam masterchef selebriti musim 2 ni. tak beria-ia sangat nak menonjolkan identiti pelawak dia. sampai aku rasa rileks sangat la pulak brader ni! aku mengharapkan lebih banyak lagi komen-komen klaka dari dia tapi kebanyakannya berbentuk ayat penyata yang monotone. haha. apa pun, yasin dah terkeluar. takde la ape impak sangat watak dia, kecuali tajuk masakan dia yang paling klaka, ‘pasta tak pasti’. haha.

 

Keroz

aku tak berapa kenal sape dia, melainkan apa yg aku baca dari carian google. orangnya pun rileks dan tak banyak songeh. mungkin astro pun dah limitkan airtime untuk keroz di masterchef selebriti musim 2 ni memandangkan dia orang baru dalam industri, dan antara yang awal terkeluar. tak sempat nak kenal lebih! aku cukup suka bila dia salah satu jejaka gentleman yang menawar diri untuk ke pusingan penyingkiran bila ketua kumpulan celina tak mampu nak memilih sendiri. respek!

 

Zain

zain oh zain. to be fair, aku suka je dia masa awal-awal masterchef selebriti tu. orangnya memang comel, dan ok je respon-respon dia bila chef bertanya masa dia memasak. dia dgn che ta pun aku suka – panggil-panggil ‘sayang’ masa che ta terkena pisau – aku rasa sweet je, tak over dan menggedik pun mcm yg ramai kata.

tapi, tapi, tapi – insiden hari terakhir zain di masterchef tu memang betul-betul mengguriskan hati. aku memang menitik airmata sebab chef-chef juri tu semua dah pangkat bapak dengan zain tapi sanggup anak muda tu bertutur sebegitu tidak sopan dengan mereka. musim lepas, azwan ali yang laser dan punyai nama besar dalam industri hiburan tu pun punya la rendah diri bila berdepan dengan chef-chef, inikan pulak cikgu oh my english ni.

walaupun aku setuju yang chef jo ckp ‘worst pancake ever’ tu agak terlalu keras, tapi camne mulanya masalah ni – bila zain tak endahkan pertolongan chef jo kan, tapi memberi perhatian penuh pada rakan-rakan selebriti yg konon membantu dari atas. ini bermakna, selebriti-selebriti lain tu la punya pasal semua ni! duk je la diam-diam lenkali! haha.

alah apa-apa pun, yang muda mesti lah hormat yang tua. org baru mesti lah hormat yang lebih berpengalaman!

(rasanya astro nak perli zain habis-habisan lepas tu, cabaran seterusnya lepas zain klua ialah semua orang kena buat PANCAKE pelbagai cara! dan ternyata semua orang mampu melahirkan hidangan pancake yang cantik, gebu dan sedap. ouch, apa khabar worst pancake ever?)

tepat sekali slogan masterchef selebriti musim 2 ni – ‘bila dapur panas, watak lain jadi jelas’! moga zain membuang ego dan memohon maaf pada chef-chef yang jauh lebih tua dan berpengalaman tu ya!

 

Sathia

aku suka sathia. tak kecoh tapi tetap lawak, walaupun tak berniat nak melawak. dah cara cakap dia pun buat tergelak. sentiasa sedia membantu dan belajar benda baru dengan chef walaupun dia dah berumur. korang tau ke dia ni dah 50 tahun seh!

comel je masa tersingkir, dia banyak kali sebut pasal isteri dia cakap masa awal-awal lagi, “abang good luck masuk masterchef selebriti. minggu pertama mesti dah klua!” bangga betul dia bila dapat bertahan lebih dari satu episod! so sweet la ane!

 

Rozita / Che Ta

bagi yang kurang ikut drama melayu, aku tak brapa nak kenai che ta melainkan melalui laman-laman gosip di internet. tak pernah tgk dia berlakun pun. aku lihat dari pose-pose beliau macam plastik dan superficial. tapi dalam masterchef selebriti musim 2 ni che ta membuktikan yang dia juga punyai karakter menarik dan menghiburkan. dengan loghat kedah dia tu, dengan senyum simpul dan tawa manja pada setiap komen dia, memang manis. patut la zain sayang sangat kat che ta. huhu.

yang aku paling kagum ialah gaya ketrampilan dia yg mmg anggun sentiasa. betul dia memang kotakan kata dia nak masak pakai bulu mata palsu mekap tebal semua – maintain, bak kata michael ang! ade satu episod tu siap pakai bunga gedabak kat kepala. tapi orangnya lawa kan, pakai apa pun lawa.

 

Sabbhi

masih baru dalam bidang hiburan, pangkat adik-adik pulak tu, jadi kurang bising dia. namun, komen-komen dia dalam masterchef pun menampakkan kesungguhan dia dalam memasak. kita tengok sejauh mana dia bole pergi dalam masterchef selebriti musim 2 ni!

 

Lydiawati

suka dia. mengingatkan aku pada mak sedara mr khairul yg dipanggil mak tam. orangnya bukan lah muda remaja lagi tapi tetap jelita. suka tengok muka lydiawati ni – natural beauty! aku dah kata dah, masak macam mak-mak dan memang membuahkan hasil yang menyelerakan. ade potensi nak pegi jauh dalam pertandingan masterchef selebriti musim 2 ni!

 

Michael Ang

dia ni pengarah drama kan? aku memang tak sangka lansung akan jadi salah satu karakter yang menghiburkan. BM pun superb! cakap dan lenggok bahasa dia dah macam melayu dah! cara cakap yang seperti jaafar onn, michael ang sentiasa ada komen-komen sinis yang lucu tapi tak menyakitkan hati sangat. terhibur jugak la kadang-kadang. kalau dia tersingkir nanti, sure bosan masterchef selebriti! comel masa dia merajuk tak dapat sama kumpulan dengan shora dan che ta!

michael ang dipuji lepas baked potato dia masak sangat sempurna, lembut – terus dia kongsi rahsia kesempurnaan ubi tu. salut dengan garam ngan olive oil, masuk oven suhu 180 untuk 45 minit, dan sentiasa balik-balikkan setiap 15 minit. cucuk-cucuk sikit untuk test. confirm perfect, katanya. terima kasih michael ang!

 

Syura

tak minat dia sebagai penyanyi tapi suka dengan karakter dia yang positif. lemah lembut dan sungguh menampilkan ciri-ciri gadis melayu bertudung. syabas! biase-biase je la dia ni. tak kecoh sangat. tak laser sangat. jadi tak banyak bole aku komen!

 

Radhi

comelnya radhi! aku rasa macam selalu blur je mamat ni. tapi dalam pada blur-blur dia, dapat jugak dia menzahirkan masakan-masakan yang memuaskan selera chef-chef juri.

kalau zain nak bising pasal pancake kena kutuk, aku rasa masa episod pertama lagi radhi yang dah kena tamparan pedas chef jo dengan komen beliau, “ni paham konsep ke tak ni?” tapi radhi terima je dengan senyum simpul dan kesedaran yang menebal untuk terus improve. macam tu la, bro! harap kekal lebih lama dalam masterchef selebriti musim 2 ni!

 

Enot

tak sangka enot ni manja jugak, eh? haha. manja betul dengan syanie ngan michael ang. aku suka sebab enot pandai masak. aku suka persahabatan mengada manja dia dengan syanie. hihi. aku harap dia kekal lama dalam masterchef selebriti musim ke-2 ni!

 

Afiq Muiz

sekali pandang macam angkasawan sheikh muszaphar, kan? hensem dan sasa, hormat orang lebih tua dan sedia membantu. tolong beri dia more airtime, astro! harap-harap afiq kekal lebih lama dalam masterchef selebriti musim 2 ni sebab aku memang suka tengok lelaki macho pakai apron pegang kuali! hihi

**SPOILER ALERT**

afiq baru tersingkir dalam cabaran spaghetti! aduh hilang pemanis mata nan seorang ni! hihi. sebak sungguh bila chef jo memuji afiq mengatakan anak muda ni kreatif, ade potensi besar bagaikan bintang dan sila jangan berhenti memasak. oh, you can cook for me anytime!

 

Norish Karman / NK

kalau che ta membuktikan yang dia sebenarnya tak membosankan, norish karman pulak membuktikan yg dia MEMANG membosankan. betul tekaan aku, norish karman ialah juliza adlizan of masterchef selebriti malaysia musim 2! haha. sama kan? 2-2 pandai masak, 2-2 bole jadi ketua kumpulan yang efektif tapi kena perli-perli di belakang tabir dengan rakan-rakan sekumpulan haha.

nak buat macam mana kan, macam takde likeability factor – bukan aku je yang pandai-pandai cakap ok, ini dibuktikan dgn rakan-rakan selebriti masterchef pun tak teruja nak satu kumpulan dengan NK. huhu.

ape pun, NK pandai masak jadi mungkin dia kekal lagi untuk beberapa episod.

 

Aznil / Pak Nil

well, siapa yang tak suka aznil haji nawawi? aku memang minat sejak dari zaman ‘poppppp quiz’ sampai lah ke ‘macam-macam aznil’. seorang personaliti yg sentiasa kreatif, ceria dan bijak menghiburkan penonton. dalam masterchef selebriti ni pun dia kekal professional walau dalam apa jua situasi. sebagai seorang yg dah amat senior dalam bidang hiburan, dah menang macam-macam award, dia tetap merendah diri, bersemangat dan bersedia belajar dgn chef-chef juri mahupun rakan-rakan selebriti lain. tak tunjuk diva pun. sama macam azwan ali musim lepas. pedas laser di luar, tapi dalam masterchef, menunjukkan sikap professional. syabas!

oh lagi satu nak tambah, aku rasa dia lah jejaka berumur 51 tahun paling MUDA yang pernah aku tgk. tak dimakan usia je aznil ni!

 

Sharifah

dipanggil shora oleh rakan-rakan masterchef selebriti. aku tak berapa kenal dia. pelakun drama pun bukan watak utama kot kan. pada aku dia sangat cuba untuk buat lawak tapi tak selalunya lawak. cuba-cuba nak kecoh tapi tak selawak michael ang atau syanie. tapi kalau org tu bagus, mmg dia akan puji org tu when they deserve it. itu aku suka. itu je. tak berminat nak tau lebih lanjut psl dia. sekian, terima kasih.

 

Kenchana

ok kalau dah bole cakap BM dengan baik macam celina atau michael, cakap la BM betul-betul. kalau memang dah pelat macam sathia, takpe la nak buat mcm mana. terima je. tapi maaf, aku paling tak selesa dengar kenchana bercakap bahasa melayu pelat india yg terlampau-lampau tunggang terbaliknya, padehal bila kenchana bercakap dengan chef-chef juri bole pulak cakap bahasa melayu dengan sedap dan amat teratur! ape hal?

kalau macam sathia tu takpe – itu memang identiti sathia, lawak cara dia bercakap melayu loghat india. dengan kamera ke, dengan chef juri ke, memang gitu la cara dia bercakap. tapi kenchana ni, terlalu di buat-buat! tak lawak, ok!

kenchana, berbanggalah yang anda boleh bertutur dalam BM dengan begitu lancar dan sempurna. tak payah nak buat-buat pelat lagi ok!

 

Cat Farish

macam comot-comot sikit kan haha tambah pulak dengan rambut dia tu! macam abang burger ramly depan kedai 7-11 pun ade haha tapi aku dapat rasakan cat farish masak dengan penuh tekun dan jujur. orghang perghok pulak kannnn jadi aku sebagai anak kelahiran perak jugak amat terhibur bila dia guna loghat perak dalam pertuturan dia. kejor yob kejor!

 

Celina

celina bukan saja manis, bijak (graduan chemical engineering) bahkan jugak pandai masak. macam soo winci musim lepas. another favorite. pertuturan celina jujur dan berbudi bahasa, dgn BM yang sedap didengar, maklumla membesar di kelantan. mungkin org kata bosan sebab takde kontroversi atau lawak jenaka, tapi ini lah peserta sebenar yang betul-betul nak masak with no hanky panky! tersangat la sweetnye bila dia menitis airmata sebab tak dapat nak pilih ahli kumpulan yg mana untuk ke pusingan penyingkiran! harap-harap celina ke final masterchef selebriti musim 2 nanti!

 

Syanie

ok setakat ni aku takde peserta paling favorite, sebab aku juga suka celina, radhi dan aznil, tapi syanie ni nak dekat-dekat la jadi favorite jugak hihi. orangnya berlawak yang tak over, ceria, sentiasa bersemangat, positif dan sentiasa menghidangkan makanan yang sedap, menyelerakan dan berhiasan kreatif. aku suka! harap-harap syanie masuk final dengan celina ataupun si manja enot!

 

* * *

 

ok lepas cabaran sajian berkumpulan kat sepang gold coast, aku belum lagi tengok episod penyingkiran. jangan kasi spoiler ok!

semua gambar aku ambik dari website astro. terima kasih!

2 comments:

Affieza said...

Zain dah mintak maaf ngn semua juri2 tu secara live kat rancangan Meletop. Astro temukan mereka utk saling bermaafan...

Syigim said...

affieza, ye ke dik? alhamdulillah, terbaik! thanks for the info! :)

check out these postings too!

Related Posts with Thumbnails