challenge #3 : natural, or semulajadi
challenge #4 : health, or kesihatan
challenge #5 : clothing, or pakaian
challenge #6 : internet
click here for full list.
challenge #3 : natural, or semulajadi
challenge #4 : health, or kesihatan
challenge #5 : clothing, or pakaian
challenge #6 : internet
pegang aku kuat-kuat ya. mari kita merentas masa…
* * *

anak-anak sa-karang, kalau udah dapat ber-puasa penoh, apa upah-nya? RM30? RM300? dapat x-box?
da-hulu tidak adha istilah upah duet kalau bisa ber-puasa penoh. bapak men-didek anak-anak ber-puasa bila tiba bulan ramadhan karena ia tuntut-an ugama. dan hanya orang yang ber-puasa bisa dudok me-nikmati hidang-an yang lebeh istimewa. yang tak ber-puasa hendak-lah tunggu atau makan ber-sendiri-an. sa-masa ramadhan da-hulu kala, duet bukan-lah ukur-an. yang anak-anak mahu-kan ia-lah ber-buka ramai-ramai se-keluarga. ini baru-lah meriah, di-samping men-jalani ibadah ber-puasa!
* * *
ka-pada yang ber-duet, perlu-lah keluar-kan zakat pada bulan ramadhan.
sa-karang ini kounter zakat fitrah adha di-mana-mana. jabatan ugama sedia mem-pungut zakat. da-hulu, bayar terus sa-haja pada orang miskin di-kampong. adha yang sendiri men-cari ibu-ibu tunggal atau orang tua yang tingal ber-sandiri-an untuk terima zakat.
adha juga orang-orang miskin yang ke-masjid-masjid dengan karung, me-nanti orang mem-bayar zakat. dapat-lah sa-gantang beras sa-orang. dapat-lah mereka masak untok ber-buka, atau di-jual untok dapat-kan duet lebeh.
sudah-kah kamu mem-bayar zakat?
* * *
es batu memang laku sa-masa bulan ramadhan. bila ber-buka tiada air es batu, macam tidak lengkap! da-hulu, dengan duet 30 sen udah dapat membeli se-bantal es batu dari kilang es. sa-karang ini, kalau mahu mem-beli es batu, kena bayar dalam RM3! itu-pon baharu dapat sa-peket sahaja!
sa-karang ini, beli es batu dari kedhai, terus sahaja padu motokar cephat sampai ka-rumah. da-hulu, es ketol di-balot dengan sarbuk kayu untok tahan lama. bawa balik pula dengan basikal, atau ber-jalan kaki sa-haja. kalau cuaca panas, es batu pun cayer apa-bila sampai ka-rumah. mula-lah ibu mem-bebel karena rugi-lah 30 sen tu!
sa-karang ini, nampak duet 30 sen ber-tabur-an pon pandang sa-belah mata…
* * *
ber-buka apa hari ini? tak sempat masak, beli sa-haja di pasar ramadhan.
da-hulu, tiada pasar ramadhan sa-perti yang adha pada dzaman ini. duet tidak di-bazer-kan mem-beli meng-ikot napsu di-pasar ramadhan. da-hulu kalau mahu rasa kueh ber-macam jenis, hanya tukar juadah kueh atau lauk se-sama jiran te-tangga. jimat duet, dapat me-rasa kueh yang laen, dan dapat pula meng-erat silaturahim.
kalau ber-buka di-masjed pon seronok karena dapat me-rasa ber-bagai macham juadah yang di-bawa oleh makmum lain. juadah ber-buka ka-biasa-an-nya ia-lah ubi kayu ber-sama kelapa parut di-campor gula. enak!
sa-karang ini mewah sunggoh ber-buka di hotel dan restoran tambah-an pula yang hidang-an buffet ber-harga tak kurang dari RM50!
* * *
bagai-mana per-siap-an hari raya pula? juga perlu uwang. juga perlu duet! sa-karang semua-nya perlu se-dondon. satu warna. sampin pon perlu di-tukar saban tahun karena meng-ikut warna baju pada tahun itu.
da-hulu pernah sa-kali, beli per-siap-an hari raya ber-sama dengan per-siap-an buka sakolah. hari raya pakai sa-haja kasut sakolah yang baharu di-beli. masa itu jenama yang paling hebat tentunya se-pasang 'badminton master dari bata. harga-nya baharu 3.90 sen! sakarang ini anak-anak muda ber-gaya dengan kasut nike yang harga-nya tidak kurang dari RM350 sepasang! ber-tuah sunggoh!
* * *
semua gambar ni aku google. mana yang dapat, aku kredit-kan kembali pada si-pemilik. sila khabar-kan ke-pada aku kalau adha gambar kamu yang aku guna tanpa kredit.
dalam bulan ramadhan yang mulia ini, jimat-lah duet di-mana yang bolih. itu pon sudah satu ibadah. hargai duet dan usah renti panjat-kan syukur dengan rejeki yang Allah beri-kan!
selamat ber-puasa!
* * *
“entry ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah”
kelahiran. satu perkataan, seribu pengertian.
haleef, kahfi & kazim adalah putera-putera aku berumur 5+, 2+ and 1+. khaleef anak pertama, menjadikan aku mak kelam kabut yang baru nak belajar menyusu anak. hihi. kahfi anak kedua, dilahirkan tanpa suami aku dalam bilik bersalin. sob sob. kazim anak ke3 aku pulak lahirnya mudah sungguh – labor pain cuma dalam 3-4 jam. kelahiran mereka semuanya mencatit kisah-kisah suka duka yang aku simpan untuk diceritakan pada hari mereka pula menyambut anak sendiri, insyaAllah.
ntah kenapa menjelang tahun baru 2000, aku terus nekad memakai tudung sepenuhnya, dan sepanjang masa. bukan sebab mak abah aku bising. bukan sebab ikut member. bukan sebab undang-undang kolej. tiba-tiba terbukak hati. itu aku kira merupakan kelahiran baru aku sebagai insan bernama muslimah. doakan aku terus diberi hidayah. kisah tudung korang macamana pulak?
ama dah aku idamkan nak melahirkan buku sendiri. ntah apa yang aku nak tulis. mungkin pasal kisah-kisah aku, suami dan anak-anak di dubai. mungkin aku nak abadikan puisi-puisi yang aku tulis selama ni. mungkin jugak aku nak tulis novel fantasi macam cerita magika KRU tu. dari zaman sekolah lagi aku dah berangan nak tulis novel. ntah dapat tak aku realisasikan kelahiran tu?
ku memang sangat teruja bila tiba bulan jun. pasal aku lahir 24 jun! setakat yg aku ingat, kami sekeluarga tak sambut besar-besaran. cukup beli sebijik kek dan makan sesama adik-beradik. selalunya masa hari lahir adik beradik aku, aku tukang beli kek. jadi masa hari lahir aku pun, aku jugak la kena beli kek sendiri. haha. bila dah kawin ni pun takde surprise-surprise dari suami. memang aku yang google-google pilih tempat best nak makan, dan hadiah kalau aku nak pun, aku akan request sendiri hihi. dah biasa!
arus kita ingat, ade kelahiran, ade kematian. lumrah kehidupan yang sudah tercatit. circle of life. mak aku meninggal dunia sejurus sebelum kita melangkah ke tahun baru 2004. perginya mengejut, kenangan pilu yang tak bisa dilupakan. kami 5 beradik perempuan mesti tabah dan mesti kuat sama-sama. hikmah paling besar tragedi ini ialah menjadikan kami lebih rapat dengan abah. al-Fatihah untuk allahyarhamah noriza mohd. anuar.
barat badan aku terpotong dua. ibarat perut aku dikerat, kemudian kaki pulak ditarik-tarik. ibarat ada tangan rodok ke dalam perut dan menarik-narik isi. begitulah perit sakitnya saat melahirkan anak. dahi berpeluh, tangan terketar, lutut menggigil. mulut kumat kamit baca apa yang patut. suami genggam tangan pun dah tak rasa apa. memang mak-mak bersabung nyawa bila melahirkan. tapi dengan kuasa Allah, hilang terus sakit terlampau ni saat menatap wajah anak yg baru lahir ni. hebat kan? Allahuakbar!
asa rugi kalau aku lalui pengalaman di rantau orang ni tapi tak kongsi dengan sape-sape. jadi, lahirnya blog ni sebab aku nak cerita kat korang pasal kehidupan aku di dubai. pada tahun 2008, aku ikut suami yg bekerja kat sini, dan sejak tu bermulalah cerita-cerita potpet aku tentang benda-benda menarik di dubai, makan-makan best di dubai dan cerita aku, suami & anak-anak. silalah baca ye hihi.
ku sebenarnya tak percaya sangat pada ‘rahsia bulan kelahiran’ atau ‘warna dan personaliti mengikut tarikh kelahiran’ ke – tapi menurut dr. fadzilah kamsah, budak-budak june ni ‘berperangai lemah lembut’ yang buat aku nak gelak, sebab aku ni la yang paling tak feminin berbanding 4 sisters aku yang lain. tapi ade jugak disenaraikan ‘suka buat lawak’ – memang pun! tapi tu lah, terlalu banyak personaliti dan sikap-sikap yang disenaraikan sampai menjadi terlalu umum. ape-ape hal kalau korang nak baca, klik je sini untuk senarai penuh. just for fun, tengok lah mane yang kena dengan korang!
ak menang ipad. nak menang ipad. nak menang ipad! okay lah. aku secara jujur mengaku yang aku bukannya tau apa-apa pasal ipad ni. betul! (mesti adik bongsu aku yang sifu IT tu geleng-geleng kepala hoho) yang aku tau, ipad ni best. ape yang bestnya nanti aku godek-godek la bila dah dapat (ewah!) jadi kasi kat aku je lah ipad tu supaya aku boleh jadi budak baru belajar. nanti lahirlah seorang syigim yang celik IT pulak!
“entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin”
to those of you who did not even know about this contest, there’s no time to explain. for those who did participate in this contest a few months back, i’m asking you whether you knew about being grouped together with 9-10 other contestants in A – J groupings to complete a challenge?
i didn’t know until one of my teammates lissa left a comment in my latest posting. thanks girl! *high 5*
it seems that :
i really didn’t know about all this, and ms. lina concurs when she wrote this posting to wonder why out of hundreds of participants, only four have sent in their entries? well, we had no idea!
anyways, i’m just doing my part as a fellow blogger in this big ol world wide web to inform participants of this first challenge, because i wished someone had told me sooner! i’m weaving words in my head already.
kelahiran.
hmm.
good luck to you people!
mommy lyna dari MySuperKids nak kasi iPad? iPad!!!
caranya bukanlah mudah. ye, susah! betul susah! hihi. kena tulis artikel, dan pastikan artikel itu menarik minat juri. tulis artikel berkenaan apa? hanya bertajukkan ‘saya mahu… dari blog…!’
* * *
saya?
saya sangat suka menulis. saya sangat suka berpuitis. saya sangat suka dengan bahasa, dalam apa jua gaya. menulis bukan hanya untuk orang baca, tapi untuk orang rasa. untuk orang terpana. untuk orang teruja.
saya mahu jadi pujangga dari blog ‘ini fynn jamal cakap’.!
fynn jamal. kenal nama ni? aduh. kalau tak kenal, sila singgah ke lamannya; ‘puisi tepi jalan’, dan lihat sendiri cara dia bermain kata. kalaulah saya bisa jadi pujangga seperti dia!
dia bukan tulis puisi semata. dia bukan berpantun sahaja. bukan pula bersajak belaka. tapi apa saja yang ditulisnya, pasti enak dibaca dek kerana pandainya menyimpul ayat penuh erti, penuh jiwa!
perihal abah yang sayangnya ya amat. alkisah cinta agung dia dan suami. tentang hidup muzikalnya. apa saja yang terlihat depan mata, dan ape yang terlintas di minda pujangganya!
ayatnya ringkas tapi dalam berkias,
gaya bahasanya kadang kasar tapi ada benar,
susun katanya kadang dalam marah tapi tetap bermadah,
paling suka ayat cinta pada suaminya yang berima sungguh indah.
betapa saya mahukan kreativitinya.
betapa saya mahukan gaya bahasanya.
betapa saya mahukan semangatnya.
semua orang boleh menulis, tapi tidak semua boleh menyentuh jiwa sebagaimana tulisan tulus fynn jamal.
semua orang boleh membuat luahan perasaan melalui blog, tapi tidak semua boleh mengocak perasaan pembaca supaya turut serta bersuka, murka atau berduka.
semua orang boleh cuba berpantun bermadah, tapi tidak semua boleh menjadi pujangga seperti fynn jamal.
jadi, saya mahu jadi pujangga dari blog ‘ini fynn jamal cakap’!
* * *
nah, bisa berikan saja saya iPad itu, mommy lyna? *kenyit kenyit*
* * *
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”


mata khabir semakin critical...aku redha apa yg bakal tejadi...semoga anak mama tabah....khayr dah ok n mgkn blh blk..khabir tepaksa tinggal..tp sampai bl? ya allah kuatkan iman & ksabaranku...aminn...









"Yes, if you have a picture of your baby outdoor – at the beach, in the park and even back in your village… you can enter this contest. The greener the environment, the better! Why nature? Because nature is good for babies!"
"In all things of nature there is something of the marvelous."
~ Aristotle (B.C. 384–322)





