Monday, December 3, 2012

Review : Istanbul Aku Datang!, Untuk 3 Hari & SAM.

aku datang lagi untuk review filem. kali ni filem-filem melayu okay! pertama, filem komedi romantik ‘istanbul aku datang!’, satu lagi komedi romantik dari afdlin shauki, ‘untuk 3 hari’, dan filem aksi psiko-thriller ‘SAM (saya amat mencintaimu).

dah tengok ke belum? aku tengok kat dubai ni je ha.

 

* * *

 

 

senang cakap, filem ‘istanbul aku datang!’ ni ade macam filem ‘french kiss’ lakonan meg ryan, atau ‘only you’ lakonan marisa tomei dan robert downey jr – gadis mengejar cinta hingga ke luar negara, ke negara asing yang eksotik dan penuh warna-warni, tapi akhirnya menemui cinta yang tak terduga…

 

aku suka

  1. lisa surihani dalam movie ni tersangat lah comel. melampau. cara cakap, cara senyum, cara pemakaian; cara pakai kasut bukak kasut pun comel. semua comel. nak picit-picit. yusry is one lucky dude!
  2. scene curi-curi makan maggi asam laksa tu pun sangat comel, tak over dan real. lisa dengan muncung comelnya, beto dengan geramnya maggi asam laksa dah kurang sepeket – good chemistry!
  3. runut bunyi dan lagu-lagu dalam filem ni best sangat! sedap didengar walaupun untuk pertama kali. bagi aku, jarang dapat lagi yang macam tu. aku nak je beli album soundtrack filem ni.
  4. aku suka tomok semenjak masterchef selebriti malaysia (bila season baru nak start?) jadi aku suka tengok dia dalam filem ni, walaupun watak yang tak berapa nak best. comel jugak!
  5. aku serius tak kenal siapa beto kusyairy dan ini kali pertama aku tengok dia berlakun. kagum. macam dah biase berlakun teater. ye kot. sebab dari cara pengucapan dialog tu, ekspresi dia, passion dia tu – ala-ala orang teater. aku suka.
  6. istanbul indah. dan sinematography juga bijak menonjolkan keindahan tu dengan permainan lensa. kabur-terang-fokus-jauh. cantik!

 

aku tak suka

  1. cepat sangat beto jatuh cinta dengan lisa. lepas bawakkan dia ke rumah tomok, kecewa dengan tomok, pujuk-pujuk sikit, terus rasa debar cinta? patutnya letakkan beberapa scene sebelum tu lagi untuk menunjukkan ade bibit-bibit perasaan antara diorang – even sebelum lisa tau pasal tomok.
  2. tak menekankan sangat budaya yang kaya di kota istanbul tu, selain dari ice-cream turki yang unik dan kelakar tu. masa piknik keluarga tempatan kat padang tu, bole je ditunjukkan lisa cuba makanan ruji orang turki kan. filem ni boleh je dinamakan ‘manchester aku datang!’, atau ‘zimbabwe aku datang!’ atau ‘kokdiang, kedah aku datang!’. hihi.
  3. lisa sebagai gadis sunti yang berseorangan mencari rumah sewa di negara asing – negara yang menjadi set filem ‘taken 2’ dan ‘james bond’ sebagai negara penuh aksi dan mara bahaya. mr. khairul kata realitinya, orang tu dah tipu duit dia je dah kira bagus la daripada di kidnapnya sekali!

 

okay, secara keseluruhan, aku suka filem ‘istanbul aku datang!’ ni. lisa yang comel, beto yang berkarisma, jalan cerita yang klise tapi diolah menarik, setting yang indah di istanbul dan lagu-lagu background yang infectious.

aku akan rekomen cerita ni sungguh-sungguh. best! nak tengok banyak lagi gamba-gamba lawa pengambaran dan stills dari filem ni, klik sini.

 

 

 

* * *

 

 

 

‘untuk 3 hari’ menarik. komedi romantik yang memang cukup asam garam lawak dan romantis. pasangan bercinta rashidi dan vanidah terpaksa kawen dengan pasangan pilihan keluarga. untuk menjaga hati semua pihak, diorang janji nak kawen untuk 3 hari je, pastu cerai, pastu baru kawen dengan each other. abih tu, yang tu tak pulak nak menjaga hati? lagi sakit hati kot. hmm.

 

aku suka

  1. rashidi dan vanidah sangat sweet! kalau di layar pun begitu romantik, inikan pulak bersuami-isteri betul-betul kat rumah. mesti comel!
  2. scene afdlin meraba ogy. lawak gile. cukup.
  3. filem ‘untuk 3 hari’ diadaptasikan dari novel ahadiat akashah yang memang aku minat gile masa zaman comot budak skolah dulu. bila pulak diorang nak filemkan ‘budak momok’, ‘boy’ atau ‘gigolo’? lagi best!
  4. jalan cerita menarik, scene lawak yang menghiburkan dan takde scene yang meleret

 

aku tak suka

  1. ending lari! lari dari tekaan aku sebenarnya! aku serius ingatkan masa rashidi kejar vanidah sampai ke airport, rashidi tak sempat jumpa vanidah, tapi akan jumpa pulak awek lama dia yang baru sampai dari oversea. ha, kan best dan semua orang akan dapat happy ending! tapi tidak, rashidi dibiarkan di akhir cerita terkontang kanting tanpa cinta – tak adil!
  2. ogy over. ok fine, aku tau memang lah primadona ogy tersohor dengan gaya lakonan over, tapi ni melampau sangat overnya. tambah naik lagi overnya sebab karakter vanidah seorang yang mellow dan memendam rasa.

 

walau apa pun, paling penting cerita ni tak boring dan bole la LAYAN! dah tengok ke belum?

 

 

* * *

 

 

filem ‘SAM’ ni adik ipar aku yang cadangkan. filem melayu yang menarik katanya. ok aku cuba. filem romantik-thriller SAM (saya amat mencintaimu) mengisahkan sam yang bakal kawin dengan kekasih hatinya lisa. ntah camne kehadiran watak-watak kekasih lama lisa dan stalker lisa yang macam gile; serta perkara-perkara pelik menimbulkan misteri dalam hidup SAM sehinggalah satu hari lisa dikidnap

 

aku suka

  1. shaheizy sam tak payah dah nak membuktikan keunggulannya dalam lakonan. memang best. berkesan, real dan penuh ekspresi tak kira gembira, romantis, lucu atau cemas. hebat! aku suka.
  2. jalan cerita yang sangat menarik, terutama sekali ending yang tak tersangka. tak dinafikan ade baur-baur filem omputeh di situ sikit, di sini sikit tapi tetap menarik dek kerana olahan yang berjaya. berdebar-debar sampai ke akhir cerita!
  3. filem ni bermula dengan ringan – tone yang lucu, happy dan romantis. dengan tiba-tiba boleh mengejut penonton bila SAM bertukar jadi filem aksi-misteri. aku suka sebab filem melayu yang tak klise!
  4. hasil kerja pengarah termuda negara syafiq yusuf dari baka pengarah yusuf haslam (yang banyak mengarah filem-filem ultra-klise melayu yang aku tak boleh lansung nak minat) membuat aku teramat kagum. point of view beliau adalah fresh, kreatif dan tak membosankan.
  5. pelakon utama sampai le ke pelakon tambahan semua berjaya bawak watak masing-masing. sekalipun lofa yang aku tak minat lansung dalam filem ‘azura 2012’ pun berkesan jugak la sebagai housemate si lisa. syamsul yusuf abang kepada pengarah muda pun kacak bergaya dan tak kayu dalam filem ni. kira boleh lah!
  6. lagu-lagu indah nyanyian anuar zain yang menghiasi filem ini! best! feeling habis!

 

aku tak suka

  1. watak azad jasmin sebagai si psiko haikal yang nak mengorat lisa. terlampau sangat psikonya – and NOT in a good way. in a way yang confirm mamat ni bukan orang yang bertanggungjawab kidnap lisa, sebab terlampau obvious ke-psiko-an nye tu! haha. perlu ke kat pejabat pun buat muka seposen dan macam tak mandi?
  2. eh takkan satu je yang aku tak suka? ok sebenarnya aku dah malas nak pikir. dah nak pukul 11.30 mlm ni. ngantuk!

 

filem yang lain dari yang lain – aku ingatkan komedi romantis, tiba-tiba jadi psiko thriller. hebat. jalan cerita tak boring, lakunan hebat yang tak kayu, dan yang paling aku suka – ending yang tak tersangka-sangka. syabas. aku tunggu karya seterusnya dari pengarah muda ni!

 

 

* * *

 

ok ade tak filem melayu lain yang best yang korang rasa aku mesti tengok?

6 comments:

  1. Zaiton "Ceritaku". Best jugak.

    ReplyDelete
  2. akak tak kenal beto kusyairy??? OMG. Hehehe... just kidding. Dia dah jadi jejaka idaman malaya sejak drama Jujur Aku Dayus, Aku Dia & Tong Sampah, Geng Surau, Juvana, Sirrun.. eh, banyak lagi la. Mamat ni banyak main drama. Mutu lakonan dia memang bagus.

    Paling penting, dia dah kahwin. Wahahaha

    ReplyDelete
  3. Love your reviews. Dah tengok Untuk 3 Hari. Will watch the other 2 movies soon.

    ReplyDelete
  4. bestnya IAD!

    minat beto sejak Juvana

    ReplyDelete
  5. kalau baca your review, Knur mesti terasa nak tgk. Tak tgk lansung lg semua filem2 tadi. huhu

    ReplyDelete
  6. Kak syigim penah tgk or post about Songlap? Tina rasa mcm penah kan..asrar likes that mocie! Btw, Untuk 3 Hari..nampak mak tam? Nampak Sofia? They were in the movie.. :)

    ReplyDelete