Wednesday, July 25, 2012

Pertama Kali Cuba Burger Bakar : WOW!

dari dubai lagi aku asyik baca, tengok gamba and dengar pasal makanan ni : BURGER BAKAR.

ape yang best sangat burger bakar ni? selama ni pun burger memang la dibakar kan – digrill. jadi apa istimewanya BURGER BAKAR dari burger ramly atau burger otai yang selama ni aku dok makan? ni yang buat teringin ni!

burger bakar ni, daging burgernya dibuat sendiri – tu sebab saiznya best semacam, dan bukanlah daging burger beku yang kita beli kat supermarket tu. cara masaknya pun berlainan.

 

DSC00332

kejap lagi aku citer pasal burger ni ok!

 

* * *

 

aku tau burger bakar kaw-kaw kat wangsa maju tu khabarnya ialah pelopor burger bakar ni. diorang yang mula-mula memperkenalkan konsep burger bakar di malaysia. adik bongsu aku penah pegi cuba burger bakar kaw-kaw. katanya memang sedap betul, tapi beratur punyalah lama, kalah nasi kandaq beratoq kat penang tu! hihi. adik aku beratur lebih 3 jam baru dapat order, belum kira dapat burgernye lagi.

so adik aku yg lagi sorang syimot ajak aku cuba burger bakar ABANG BURN kat ramal junction foodcourt, kajang. katanya ‘burger bakar abang burn ni’ ialah burger bakar terpantas – tak lebih 15 minit burger siap. nak challenge burger bakar kaw-kaw la ni, yang kena menunggu hampir 3 jam tu (menurut adik aku punya pengalaman sendiri).

kitorang pergi dalam minggu terakhir sebelum bermula ramadhan.

 

575990_221385117984908_1329495271_n

direction ke ramal junction foodcourt. source : facebook page burger bakar abang burn

 

ramal junction foodcourt ni kawasannya luas macam tempat parking kereta, dikelilingi gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan yang sedap gile termasuklah ‘satay willy’ yang dah ramai sgt org suruh aku cuba. itu next ok! hihi.

sebab kawasannya besar, tempat duduk pun banyak dan kalau tak cukup, ade akak-akak yang akan bukakkan meja lipat tu supaya bole duduk. jangan risau. besar, selesa dan open-air. cuma kalau hujan tu mungkin problem sikit, sebab kawasan berbumbung cuma kat keliling gerai-gerai tu je…

 

DSC00316a

aku la tu, kat anak panah tu! hihi. tapi tu sekadar gaya ok. lepas aku amik gamba ni, adik ipar aku din ambik-alih dan dia yg beratur di sepanjang barisan ni, untuk buat pesanan burger dan belanja sekali. yay! thanks, bro!

 

DSC00317

 

menu memang best!

macam biase pertama skali korang pilih le daging atau ayam. bukan setakat single – double ngan triple pun ade! nak extra daging pun boleh! aku tengok daging burger yang single pun dah tebal gile dah – aku tak bole la bayangkan org yang nak makan TRIPLE burger bakar!

secara kasarnya rata-rata pilihan ade berbentuk cheese atau cheesy. perbezaannya? burger bakar ‘cheese’ ade satu keping keju je, dan kalau burger bakar ‘cheesy’ pulak ade DUA keping keju, ditambah pulak dengan ‘cheesy sauce’.

pastu kalau amik yang ade perkataan ‘SPECIAL’, korang bole pilih nak tambah beef bacon slice, atau turkey ham. memang sedap!

bole jugak tambah ‘SUPREMO’. kalau korang pilih mana-mana burger bakar ‘supremo’, kat bahagian atas daging burger diorang taruh cendawan goreng, kat bahagian bawah pulak bawang goreng. WOW. aku yang tengah dok taip ni pun terbayang-bayang!

akhirnya – aku ambik ‘burger bakar daging abang burn cheesy special supremo’ – serius! sekali sekala, bebeh!

 

DSC00332

aku punya – burger bakar abang burn special supremo! burger bakar dengan kepingan keju, turkey ham (yang terkeluar macam lidah tu hihi), cendawan goreng, bawang goreng dan sos keju yang banyak

 

aku senaraikan item dalam menu tu bukan apa – masa pegi ari tu, ada jugak pelanggan yang tak bersedia – dah sampai giliran dia depan kaunter, baru terhegeh-hegeh nak tengok menu. masa tu baru nak pilih. masa tu la baru nak tanya ini apa itu apa.

maaf bahasa aku mungkin agak kasar tapi hello? dah la barisan panjang gile kat belakang, dia bole lagi rilek-rilek tengok menu baru nak pikir-pikir ape nak makan.

aku ngan adik aku awal-awal seblom beratur lagi dah pegi depan tengok menu (menu melekat kat cermin kaunter), kami pilih ape nak order, kemudian baru beratur. bila sampai giliran kami, senang dan cepat je la buat order. baru la licin peralihan barisan tu!

kepada pelanggan-burger-bakar-yang-kena-beratur-panjang – sila bersedia la nak order ape. bole jimat masa!

 

DSC00319

 

5 sebab aku suka burger bakar abang burn ni :

1) daging burger tu sedap marinadenya, cukup rasa dan yang paling penting cukup masak dan takde merah-merah kat bahagian tengah burger

2) ade cendawan goreng kat dalam burger tu. aku sangat kagum sebab pertama kali makan burger ade cendawan goreng tepung kat burger. aku sangat suka segala macam cendawan

3) sos keju yang melimpah ruah. tak kedekut. bagus. moga bertambah-tambah rezeki korang

4) pekerja yang beruniform kemas tapi santai. juga mesra-pelanggan

5) burger sedap tapi tak payah beratur sampai 3 jam!

cuma yang tak best sebab burger bakar abang burn ni tak bubuh seciput sayur-sayuran pun. kasi la salad ke, coleslaw ke. timun pun takde. sebab aku suka salad. aku suka coleslaw! tapi timun takde takpe. aku tak le minat sangat timun dalam burger.

lagi satu, silalah bekalkan TISU yang melampau sikit ok. sebab setiap saat asyik nak mengelap je. lepas 4-5 bite, aku dah tak kira dah. comot pun comot lah! hihi. enjoy!

 

DSC00320

DSC00325

geram aku tengok burger daging gemuk-gemuk ni! nyummy!

 

DSC00322

rahsia burger bakar abang burn ni dapat disiapkan cepat ialah tenaga pekerja yang ramai. so keadaan dapo lebih efisyen kot.

 

gamba lain-lain yang kat atas tu aku punya, tapi gamba best ni aku amik dari facebook page burger bakar abang burn. lihatlah burger-burger daging yang dibakar dan terus dilepekkan kepingan keju di atas permukaan yang masih panas tu. WOAH. keju cair yang akan sentiasa menghantui aku!

 

* * *

 

adik ipar aku din & my sis syimot

 

terima kasih kat adik ipar aku din ngan adik aku syimot sebab dengan penuh semangat bawakkan aku ngan adik bongsu azot ke ramal junction foodcourt ni utk cuba burger bakar abang burn. siap belanja lagi. siap nak suruh pegi awal lagi takut burger habis. best!

tip #1 dari adik ipar aku din : kalau nak makan burger bakar ni jangan bungkus bawak balik nanti soggy gile dan semua benda dah senget-benget dan terkeluar-klua. lebih perfect kalau makan kat situ jugak panas-panas dan semua bahan-bahan tersusun indah. hihi.

 

* * *

 

 

berikut adalah jadual gerai burger bakar abang burn sepanjang bulan puasa. aku amik gamba ni dari facebook page burger bakar abang burn. menariknya di sini gerai ditutup pada pukul 8.30pm – pekerja berhenti sementara untuk menunaikan solat terawikh berjemaah, dan setelah selesai baru operasi bersambung kembali sampai ke waktu pagi buta untuk yang nak bersahur.

moga rezeki bertambah-tambah di bulan mulia ini kerana mendahulukan solat sunat terawikh untuk pekerja-pekerjanya. baguslah!

ok, bila pulak nak berbuka burger bakar ni?

7 comments:

  1. hohoho. tak boleh jadi ni. org dubai dah makan burger bakar dulu.

    actually, burger bakar abg burn ni pada awalnya cawangan burger bakar kat wangsa maju tu. dengar cerita ada masalah dalaman, so abg burn keluar dari cawangan tu dan buka jenama dia sendiri.

    tapi ramai yg suka sbb tak perlu tunggu sampai 3 jam. BBAB kat ampang ni dekat je dgn office saya. maybe sbb dekat, tu yang sampai skrg tak pergi-pergi lagi.

    lps raya ni nak pergi la!

    betul apa yang akak cakap. kalau kita nak beli, make sure kita tau kita nak order apa so that bila sampai turn kita, kita terus bagitau je. takde la masa tu baru nak memilih. ni bukan kat BBAB je. kat tempat lain pun sama :)

    ReplyDelete
  2. tu la..org dubai dh mkn dlu..iskk tak bleh jadi nih
    burgerbakar wangsa maju dh bukak cawangn dkt rumah sy jugak..tp ntah ble nk gi nih..pas raya la kot..huhu

    ReplyDelete
  3. Tinnginya burger tu. Yang duk sekitar KL ni pun tak merasa lagi

    ReplyDelete
  4. >> liz, betul...bila tempat tu dekat dgn kita, rasa mcm bila2, pun bole pegi, tu yg smpai tak pergi2 tu.. ;)

    br tau psl history burgerkawkaw - abg burn ni...thanks for the info

    >> strawberi, kalau dah dekat rumah bole la pergi utk berbuka ngan sahur hihi

    ReplyDelete
  5. >> kak nur, mmg best! sedap sbb lain dr burger biase :)

    >> sal-nurbeena, mmg tinggi burger tu, susah nk gigit...my sister kena asing2kan baru bole makan hihi

    ReplyDelete
  6. Ari tu saya pegi burger bakar kaw kaw tu memang le ramai orang. Nak order takut tggu sampai 3 jam, tapi alhamdulillah, tak sampai 15 minit, burger pun siap. Kalo tggu pun, bukannya berdiri, siap ada kerusi lagi untuk duduk...

    ReplyDelete