Thursday, October 13, 2011

Kisah Dongeng Tak Bermoral?

aku marah dengan status mengarut macam ni. kalau nak buat lawak, buat la smiley ke, atau smiley ada lidah terkeluar ke. takpe. aku terima. walau tak lawak, tapi aku terima kalau niat tu sebab nak buat lawak pagi2 jumaat ni,

dulu ade dah status begini bergelimpangan kat facebook tapi dalam bahasa inggeris. nada agak comel sikit, bak kata aku lah, sebab disusuli dengan smiley face atau lidah terkeluar tanda ada unsur lawak di situ. klik sini untuk yang bahasa inggeris.

tapi bila tulis status begini, pastu akhirnya tulis “ish..ish.. sume xbermoral..” aku sangat bangkang. tambahan pulak aku sayang kisah-kisah fairy tale ni. tak salah pun. enjoy je lah. aku memang membesar dengan cerita-cerita magis dari dunia khayalan dongeng ni – dengan puteri-puteri jelita, putera-putera perkasa, makhluk-makhluk aneh, watak jahat yang sentiasa tumpas di tangan keadilan. jugak kisah-kisah tauladan di sebalik cerita-cerita dongeng ni.

 

ntah

 

status mengarut tu berbunyi begini :

tarzan hidup separuh bogel..

cinderella balik lewat malam..

pinocchio menipu manjang..

aladdin suka mencuri..

batman memandu 320 km/j..

superman pakai underwear kat luar..

sleeping beauty pemalas asyik tidur..

snow white tinggal serumah dgn 7 lelaki..

 

ish ish..sume xbermoral..

 

mengarut!

hello! ini pandangan peribadi aku :

tarzan tak memilih nak separuh bogel. dia dibela oleh sekumpulan gorilla, yang tak pakai apa-apa pun. itupun ajaib dia bole terpikir nak pakai cawat. kalau dia dibela oleh yusuf haslam ke obama ke, pehtu gatai nk pakai cawat lagi, baru la kita bole belasah dia!

cinderella rajin buat kerja rumah. korang yang like status tu, sinki tu dah clear ke?

pinocchio tak ‘menipu memanjang’. hakikatnya hidung dia akan panjang JIKA dia menipu. dan pinocchio selamatkan ayah dia dari perut ikan paus. bukan ayah betul dia pun!

aladdin dapat 3 hajat (wish). dia berkorban untuk tak menggunakan hajat ke-3. dia wish genie biru tu bebas dari menjadi genie. tak selfish.

batman membantu orang dalam kesusahan.

superman tu alien. lantak dia la nak pakai apa. nasib baik la dia sanggup jugak membantu rakyat bumi walaupun dia dari planet lain. korang yang asyik kutuk tu, cuba offer khidmat nasihat etika pemakaian orang bumi kat superman – barulah dia faham!

sleeping beauty tu asyik tido je bukan sebab pemalas! sila baca BUKU weh. dia tu mangsa bomohan oleh musuh bapak dia. kena curse ok. bukan sebab malas. tu dah fitnah. huhu.

snow white larikan diri dari mak tiri dengki yang nak bunuh dia, dan 7 orang lelaki kenit tu yang selamatkan dan dengan baik hati bagi snow white sembunyi kat rumah diorang tanpa bayar sewa pun. sila jangan buruk sangka ye. kesian 7 lelaki tu, nak buat baik pun disalah erti..

 

ok, dah lepas geram. maaf kalau aku over. aku sayang dunia buku aku.

lain kali lihatlah sesuatu tu dari kebaikan. macam kalau berpolitik contohnya, daripada mengutuk parti lain, ceritalah kebaikan, kebolehan, kepintaran parti sendiri. eh eh, dah masuk politik plak! haha. oh, dan rentikanlah buruk sangka. sekian, terima kasih.

salam jumaat semua!

16 comments:

  1. ingat lagi jawapan akak masa status (BI) tu berleluasa. dan saya suka jawapan akak. saya siap copy paste ke my FB sebab saya pun rasa mcm akak rasa.

    ReplyDelete
  2. owh, those people never have a good childhood and maybe never read storybooks....so narrow minded. Cetek ilmu lah tu

    ReplyDelete
  3. setuju dgn syigim. susah deal dgn org yg asyik nampak negatif je tak periksa betul2..huhu!

    ReplyDelete
  4. hentikanlah sifat buruk sangka tu kan

    ReplyDelete
  5. cute la your 'api kemarahan' syigim, i was LOLing till Ahmad tanya apa yg lawak sgt tu..suh dia baca ur post ni, dia blur ja..hahahahahah..only those who grew up with these stories will understand....

    ReplyDelete
  6. Memang agak bangang pun Syigim. Agaknya nak tunjuk yg orang Melayu kene kritikal and jgn pakai ikut je cerita dongeng Barat/asing. Masalahnya hujah tak semenggah. He he he. I grew up with fairy tales too so I can see how ridiculous the arguments are. :-)

    ReplyDelete
  7. kalau tengok apa2 pun dr sudut negatif, mmg nampak yg negatif. Kalau lebih kepadad positif, mcm Syigim cakap, kita akan nampak lebih positif. Kisah2 dongeng Melayu pun byk juga cerita pelik2 tapi kita ambil pengajarannya la.

    ReplyDelete
  8. >> liz, yeargh *high 5* ;)

    >> lil sharky, "narrow minded" - u said it, girl! xpsal2 the storybooks kena kan..

    ReplyDelete
  9. >> eis, yes diorang ni nampak yg negatif je!

    >> nurbeena, sadly, melayu yg ramai begini....

    ReplyDelete
  10. >> pala maldini, lepas geram je haha. ;)

    >> anis, i cant say it better : "only those who grew up with these stories will understand...." yup! thanks for that bit!

    ReplyDelete
  11. >> aisha, "bangang" haha. thanks for amplifying my frustrations! hihi..

    >> kak nur, agree sgt. in fact i was thinking of sang kancil stories - and if i wanna be -ve, sang kancil stories are nothing more than a main character yg pandai menipu! hmm...

    ReplyDelete
  12. syigim, lama x bukak blog you. sorry for that girl. I just started re-blogging, after being pushed by Fadzil. ihihihi...

    about that comment. I AGREE! we grew up with all this wonderfull cahracters of the fairy tales and then came this person whoe started all this stupid statements, makes me wanna slap whoever wrote it.

    missed you and the boys.

    ReplyDelete
  13. Come to think of it, mmg betul la gim. Kalau fikiran kita negatif, semua benda jd negatif. Ur answer boost my positive side :)

    ReplyDelete
  14. alamak tapi saya baca saya gelakla.. sorry ye

    ReplyDelete